Memang boleh dikatakan tiap-tiap hari jumaat Miela akan update blog. Yes, waktu macam ni je free. Kalau hari kuliah memang tak da masa nak update blog. Tak kisahlah, tapi sedar tak sedar Miela tinggal seminggu je kuliah then study week, exam lepas tu say  bye bye  to KMPK.

Betulah orang cakap hidup kat matrik kejap je. Rasa semalam je baru daftar matrik, haha. Dah mula rasa sayang kat kawan-kawan. Dulu mula-mula cakap "bilalah nak habis matrik?". Tapi sekarang terasa berat hati nak menghabiskan masa di sini, cepat sangat masa berlalu. Memanglah lagi separuh hati ni rasa tak sabar sangat  nak jadi penganggur balik (habis matrik), tapi err tak tahu nak luahkan rasa di hati kat sini macam mana?. Mixed feeling maybe?

Alhamdulilah matrik banyak mengubah hidup saya. Tak pernah masa sekolah study sampai lewat malam. Tak pernah Miela angkat air sampai ke tingkat dua, tapi kat sini telah menjadi realiti gara-gara takda air kat matrik. Daripada jarang cakap kat depan orang, sekarang selalu cakap sebab selalu kena present. Tak pernah dulu berlakon, tetiba berlakon Itulah orang cakap jauh perjalanan, luas pemadangan. Dari Kuala Kurau sampai ke Gopeng. Banyak jumpa macam-macam jenis kawan :). Dari pelabagai pelusuk dan loghat, kadang-kadang terikut gaya percakapan mereka. Untuk adik-adik yang dapat result SPM. Kalau nak masuk matrik sangatlah dialukan. Tak rugi pun, matrik mungkin mengubah hidup anda. Percayalah

1 Comments