Friday, May 22, 2015

Prank birthday kawan berdarah


Salam Readership. Actually Miela tak boleh move on lagi dengan prank birthday kawan semalam hahahaha. Rasanya mahu luahkan disini, mana tahu bila dah tua boleh ceq baca balik entri ni hahaha. Tapi maaf na gambar tak banyak sangat untuk hampa bayangkan cerita kami ni. Sebab banyak gambar dah terdelete, huhu.

Actually mangsanya bernama Hassan. First time tau ceq terlibat prank birthday untuk kaum lelaki hahah. Ceq sebenarnya cuma watak cuma pelakon pembantu dalam kisah prank ni. Dah ceq sorang ja gurl gurl yang terlibat, hmmm.  Miela just nak tolong kawan baik Sham, Anas dan kawan-kawan untuk prank kawan mereka, Hassan. Siap ada group WhatsApp sekali woooooo.

Projek Mega sangattttttt


Maka bermula kisah prank selama tiga hari. Birthday mangsa 18 Mei tapi kami merancang prank selama 3 hari sehingga 20 Mei pada malam kumuncak. Kesian betul si mangsa, tidak tahu kejadian pelik selama tiga hari adalah prank semata-mata haha. Berikut adalah peristiwa mangsa ditroll hahahaha:

gambar hiasan

  • Mangsa telah kehilangam kunci motor, menyangka itu adalah satu ujian dariNya. Tapi cuak jugak si mangsa kan. Kau banyangkan kalau kunci motor atau kereta hilang mana tak ke cuak. Sedangkan kunci itu disorok oleh kawannya. Akhirnya kunci itu dijumpai di dalam beg. Terpingga-pingga juga si mangsa macam mana kunci boleh masuk dalam beg.
  • Okay part ni Miela mainkan peranan. Konon-kononya marah dan jelous *padahal tak* terus leave group dengan mangsa. Dan ignorekan mangsa selama 3 hari. Sampai jumpa pun tak mau pandang muka hahah.
  • Mangsa mendapat surat dan coklat dari secret admire. Part ni Miela jadi watak kedua konon menjadi secret admire kepada beliau dengan menulis surat bernamakan Merpati Putih. Hampa tau, first time ceq seludup diri pi tempat motor asrama semata-mata nak tolong depa jayakan misi prank kepada mangsa  dengan meletakan surat di atas raga motor -__- *memadangkan asrama lelaki dan perempuan bersebelahan*
Amboi seronok betul dapat surat, padahal surat tipu ja hahaha.

  • Kasut mangsa telah dicuri pada hari kedua, tetapi hari ketiga barulah beliau sedar kasutnya hilang. Ni sibuk sangat sampai kasut pun tak sedaq hilang.
  • Pada malam kemuncak, Sham diberitakan bahawa beliau eksiden dan mengalami kecederaan teruk di kepala. Pandai depa berlakon nohh, guna darah cap strawberry baq hang taruk atas kepala. Kalutlah si mangsa tu tengok kawan dia eksiden katanya. Sampai nak bawak pergi hospital. Last-last masa tu jugak kena baling tepung dan darah bau strawberi. Hahahahahaha.
  • Tak cukup dengan itu, selepas segalanya cerita didedahkan. Mangsa mendapat hadiah besar. Hadiah tu pun I yang tolong balut tau, lelaki mana tau balut hadiah cantik-cantik. Rupa-rupanya hadiah tersebut merupakan kasut beliau hilang, hahahahaha okay ni lawak.

Malam kemuncak. Berjaya jugak prank dorang


Sebagai pemerhati dan pelakon extra tak berapa nak extra sangat merasakan, ganas jugak lelaki bila prank birthday kat kawan ek??. Kalau perempuan takdelah prank sampai berdarah bagai. Apa-apa pun, Miela ucapakan Happy Belated Birthday, Hassan merangkap kawan baik. Semoga hang panjang umoq dan teruih sukses dalam hidup!!

3 comments:

  1. Salama cik miela. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Dahsyatnyaa prank ni! Klu saya jadi mangsa saya mesti dh geram. Nasib baik mangsa merupakan seorang laki ahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaa. boleh tahan prank ni. sampai 3 hari.. hahahaha.

    ReplyDelete