Salam Readership. Sejak kebelakangan agak kecewa juga pula dengan Nuffnang ni. CPUV bulan ni naik satu je. Selalunya tiap-tiap bulan naik banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi tak tau kenapa CPUV bulan ni agak sendu sangat. Nak kata pageview menurun, tak pulak makin naik adalaa. Bulan 2 ni pun pageview naik mendadak kemudian follower makin hari makan naik. Tak faham kenapa CPUV pulak tak naik walaupun pageview naik 😂. Terbalik pulak, I can't understand why. Dahlah setia dengan nuffnang dah 5 tahun tapi lately dia buat hal pulak huhu.

So kalau dalam 2 bulan nuffnang ni sendut jugak ingat nak tukar iklan lain. Jadi disini nak tanya blogger pengalaman iklan mana yang berbaloi pasang kat blog?. Kalau boleh nak senang masuk income dan paling penting senang cashout. Ada laa pernah baca selain nuffnang yang boleh menjana income seperti Google Adsense, Involve Asia, Amazon, Lazada dan lain-lain. Tapi tak tahu yang mana terbaik that why Miela perlukan pendapat daripada korang. Kalau Miela suka pasang iklan konsep sama macaam Nuffnang kira per unique visit daripada konsep Affiliate. Jadi yang manakah alternatif terbaik selain Nuffnang?



10 Comments

  1. Setakat skrg CCL masih setia dgn nuff .. prnh apply adsense .. beu 3 hri menapak kt blog ... iklan adsense kna tarik ... tak tahu pulak apa puncanya

    ReplyDelete
  2. Betul...Nuffnang semakin sukar untuk dilihat iklan2nya..

    ReplyDelete
  3. rasanya Google Adsense pun terbaik sbb dlm USD..

    ReplyDelete
  4. apply adsense ok cik la. nuffnang kalau perassan dia memang dah tak update dah. tengok home dia dgn blogger of the month semua tak update. dari 2016 lagi tuu

    ReplyDelete
  5. Involve Asia tu dia affiliate punya konsep. Kalau ada deal baru lah kita dapat. dia tak kira per unique visit. Baik lagi nuffnang tapi tak tahu apa yang terjadi dengan nuff sekarang. Adsense pun ok kot?

    ReplyDelete
  6. nuffnang dah semakin sendu sekarang ni

    ReplyDelete
  7. kak mia guna google adsense

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete
  8. sama lah fieyqa punya nuff pun haru je. haha. dah lah website dia pun tak boleh bukak T_T

    ReplyDelete
  9. kita pun nak cuba lain jugak nih

    ReplyDelete
  10. tak arif tentang ini tapi nak tahu jugak.. hmm sy punya semua sendu je.haha

    ReplyDelete