Salam Reaership. Pernah tak rasa MyKuali Penang Noodle's?. Kadang-kadang hampa lalu kat bahagian instant noodle, nampak jenama MyKuali tapi tak rasa nak membeli pun sebab hampa setia dengan jenama instant noodle lain. Atau harga dia agak mahal sikit *tak mahal pun dengan rasa dia yang padu!!. Lagipun time zaman student mesti nak beli instant noodle yang murah, berjimat la katakan huhu. Jangankan hampa, ceq pun sama.

Kalau kat Lazada orang tercari-cari kot benda ni


Tapi kan tetiba nak merasa MyKuali punya selepas tengok video Khalid menceritakan tentang keindahan Malaysia dalam variety show korea. Dalam video tu ada mention instant noodle mykuali tersenarai most delicious ramen. Sampaikan depa makan instant noodle tu pun licin dibuatnya. Miela tengok pun nampak terliur jugak, jadi I try la sambil tertanya-tanya kenapa orang korea pun gila ramen Malaysia padahal kat korea banyak kot ramen yang sedap.  Kalau nak tengok video tu balik, bolehlah skip minit ke 15.2 di https://www.facebook.com/azie.azri/posts/1466471280051234

Tengok gambaq pun rasa lapaq balik  waaupun tak letak hiasan apa 😂😂😂


Tapi Malaysia terbalik pulak, sedangkan kita tergila-gila Samyang hat pedas tu tak try ramen negara sendiri padahal paling sedap kot. So tadi baru try perisa White Curry MyKuali Penang Noodle's punya. Rasanya perghh pekat gila. Rasa macam mee kari betul. Perencah dia ada empat jenis sekali pes untuk santan. Patutlah rasa mee kari betul. Memang worth to buy laa.

p/s: Lidah manusia lain-lain. Tapi bagi ceq, maggi ni memang sedap. Padu!. Kalau nak beli mee ni kat lazada boleh la ke link ini.

1 Comments

  1. menarik utk dicuba nanti...samyang tu bukan sedap pun..tasteless bila makan tu rasa mcm buaya pun ada..dok telan2 jer hehe

    ReplyDelete