Monday, September 30, 2019

Review Audrey Capsule Hotel, Kota Kinabalu Sabah


Hai guys. Bermula entri ini dan entri seterusnya Miela akan story tentang trip ke Sabah. Alhamdulilah Miela baru sampai rumah semalam setelah bercuti ke Sabah 5 hari. So untuk first entri tentang Sabah nak story tentang tempat penginapan pertama I duduk setelah sampai di Sabah.

Sekarang ni banyak hotel ala-ala capsule sebab harga sangat berpatutan untuk orang suka travel bajet. Lagipun travel lebih focus kepada berjalan, sesuai ambil capsule hotel macam ni sebab banyak spend di luar daripada dekat bilik. Miela jumpa Audrey Capsule Hotel ni pun dekat Agoda. Ada Miela ceritakan cara nak order di entri ini

Audrey Capsule  Hostel antara paling murah kitaorang jumpa. Masa promo dapat lebih kurang RM19 semalam. So kami stay dua malam size katil queen dapat RM36.75/per pax dan total 2 kepala dapatlah RM70.32. Murah kan??


Hostel ni terletak area Penampang. Jauh sikit dari kuasa bandar tetapi dekat dengan Airport Kota Kinabalu. Jarak dalam 15 minit perjalanan dari airport. Hostel dia terletak atas kedai Lighting tu, tingkat dua berhadapan kedai mamak Mahathir. Walaupun jauh sikit dari kawasan bandar tapi dekat kedai makan seperti kedai mamak, KFC dan 7Eleven. So tak perlu risau kalau nak cari makan.


Yang ni tak I tau nak panggil tempat apa, maybe mini lobi lah. Basically korang boleh check in dari pukul 2 petang sampah tengah malam. Sesuai nak stay 1 night kalau flight sampai malam. Kat mini lobi boleh charge handphone dan powerbank. Sini juga boleh buat port untuk sembahyang.


Inilah rupa bilik capsule untuk 2 orang. Ada bawah dan atas. Tapi I prefer ambik bawah sebab malas nak panjat.






Bawah katil ada laci, memang muat sumbat bagasi. 


Ada juga laci berhampiran pantry. Tapi kitaorang tak guna sebab laci bawah katil dah cukup letak barang kami and lagi dekat kami boleh cari barang.


Ada lampu dan cermin. Lampu boleh tukar-tukar colour lagi.


Dalam katil capsule ada tv, tapi kitaorang tak guna pun sebab hostel kami tinggal fungsi lebih kepada tempat kitaorang tumpang tidur sahaja. Tv ni kitaorang pun tak reti guna huhu.


Cons
Dengan harga bajet of courselah kita tak boleh expect selesa macam hotel 5 bintang. Hostel capsule ni mix gender, so agak difficult terutama perempuan muslim nak jaga aurat kalau berada di luar capsule. So environment macam asrama sikit. Bilik mandi memang kena share. Lagi satu capsule dia bukan sound proof so kalau kita sembang dalam capsule boleh dengar. Pendek kata kat hostel capsule kena behave sikit dan agak kurang privicay. I not recommeded untuk family besar tinggal sini tapi untuk solo traveler atau orang muda yang bujang stay sini yes ini maybe tempat korang stay hotel bajet


Pro
Very save our bajet dengan satu malam RM19 kalau book online if walk in dalam RM30 satu malam. Miela rasa tempat ni boleh jadi tempat pelarian konon merajuk boleh tidur sini 😆, haha okay gurau je. Kemudahan basic ada kat sini macam pantry, tempat iron baju, and ada ruang nak solat. Tuala pun boleh korang minta. Orang jaga hostel pun sangat ramah. I very recommended untuk orang nak stay sekejap 1 or 2 malam yang lebih focus untuk jadikan tempat tidur sahaja and more to spend masa berjalan.

Sunday, September 22, 2019

Tutorial Lightroom : Filter Green Turqoise


Hai korang. Dalam banyak-banyak aplikasi edit gambar Lightroom antara favourite I tapi lihat dasarnya lightroom memang nampak  bosan sebab tak banyak filter and kena create sendiri. Tapi once korang pro pakai lightroom, gambar gelap tak payah risau confirm cantik daebakk. Lightroom kena explore barulah pro.

Untuk kali ni Miela nak ajaq edit gambar pakai filter ke preset apatah yang pasti tema Green Turqoise dengan mengunakan Lightroom. Lightroom boleh download free dekat Apps Store atau Google Store. Filter ni sesuai untuk gambar-gambar yang banyak warna hijau. Tak nak bebel panjang jom let's start!



Light
Exposure: +0.13
Contrast: -11
Highlights: -92
Shadows: +15
Whites: -45
Blacks: -13




Color
Temp: +20
Tint: +14
Vibrance: +26
Saturation: -11




Color Mix
Red: Hue +15, Sat +15, Lum -39
Orange: Hue -12, Sat +10, Lum +23





Color Mix

Yellow: Hue +28, Sat -28, Lum +21
Orange: Hue +100, Sat -90, Lum +100






Color Mix

Blue Sky: Hue +30, Sat +17, Lum +17
Blue Sea: Hue -24, Sat +12, Lum 0




Last sekali sebelum save klik Create Preset dan namakan Green Turqoise supaya lepas ni senang boleh masuk filter dan jimat masa nak edit. Setiap gambar akan berikan result berbeza bergantung lightning dan kualiti gambar. Tapi kalau macam kurang okay tu boleh adjust yang mana patut. Insyallah kalau banyak masa Miela akan share tutorial lightroom filter lain pula

Monday, September 16, 2019

Idea deco : Ladder Decor



Salam Readership. Baru-baru ni Miela beli tangga decor ni. So I nak buat kelainan sikit nak hias bilik ni which is tempat sejadah dan tuala susun pakai ala-ala tangga ni. Lagipun jimat sangat ruang daripada pakai rak biasa. Dapat idea sebab tengok tangga nii ada jual kat Ikea. Tapi harga dalam seratus lebih. Agak mahal juga. But I terkejut bila jumpa benda dekat Shopee harga cuma RM20.00 masa promo hari tu.


Korang search je dekohub, nanti boleh jumpa Ladder Decor ni



Actually benda ni kena pasang sendiri. Walupun I gurlgurl kacang je pasang benda alah ni. Lupa nak bagitau barang ni sampai ambil masa 3 hari, sebab I pun beli masa cuti. Tapi kira cepat barang ni sampai.


Dia bagi skuru, sangat mudah pasang sendiri


Dah siap *bunyi Mira Filzah

Apa yang boleh Miela katakan, I sangat puas hati benda ni sebab sangat jimat duit kalau nak bandingkan harga kat pasaran. Even kena pasang sendiri, padan harga memang berbaloi. Itulah kan best shopping dekat Shopee, kalu pandai cari jumpalah yang murah. Siap ada review, senang kita percaya nak beli sesuatu barang.

Tuesday, September 10, 2019

Rupa-rupanya Hotel Del Luna wujud dekat Malaysia!!!

Siapa peminat kdrama mesti tahu drama  Hotel Del Luna baru je tamat pada 1 September lepas. Hotel Del Luna mengisahkan Jang Man Wol (IU) pemilik Hotel Del Luna dimana Hotel Del Luna merupakan tempat persinggahan orang mati sebelum masuk ke alam baka katanyaa. Hotel di drama ni menyediakan servis untuk orang mati nak laksanakan hajat dorang yang tak tercapai sebelum mati. Jadi Jang Man Wol memerlukan pengurus manusia Ku Chan Song (Yeo Jin Goo) untuk menguruskan hal yang manusia untuk tolong client hantu-hantu ni. 

Mesti teruja peminat drama Hotel Del Luna bila tahu rupa-rupanya kat Malaysia pun ada Hotel Del Luna?. Tak percaya?, jom tengok gambar di bawah.



Hotel ni dipercayai tengah renovate lagi. Ada yang volunteer nak jadi manager ke?



Hotel Del Luna dalam drama. Logo macam lebih kurang je

Apa pendapat korang?? Miela rasa Hotel De Luna kat Malaysia boleh jadi marketing yang baik untuk peminat kdrama datang hotel ni kann. Yang mana belum tengok drama Hotel Del Luna boleh layan trailer dulu kat bawah. I dah tengok episode okayy.


Sunday, September 01, 2019

Dekorasi bilik asrama Universiti Sains Malaysia jadi perhatian

Semakin hari kita lihat netizen sering didedahkan pelbagai idea dekorasi di sosial media. Miela tak terkecuali banyak jugak join group di Facebook nak cari idea dekorasi ni, dalam group tu ramai share idea 😍. Selalu orang deko ruang tamu, dapur atau bilik je. Agak rare sikit bila orang buat dekorasi untuk asrama pelajar. 

Lain pula USM, baru-baru ni tetiba naik dekat timeline I yang mereka perkenalkan rekaan hostel ala-ala Ikea. Kami hat almuni tetiba rasa nak sambung balik study dekat USM. 











credit: Univerisiti Sains Malaysia 

Dekorasi dibuat dikatakan dibuat di Desasiswa Fajar Harapan. Projek ini diasaskan oleh Prof.Aldrin Abdullah, Timbalan Naib Canselor untuk memberi pengalaman hidup dan pembelajaran yang berbeza untuk pelajar USM. Apa pendapat korang dengan dekorasi mewah dan menyenangkan ni? Jangan lupa komen dibawah yer.