Sunday, November 17, 2019

Resepi Sandwich Butter Kaya

Salam Readership. Hari ni Miela nak share resepi paling mudah dan senang nak buat, sumber dari Facebook. Walaupun mudah tapi memang sedap. Kebetulan Miela buat sandwich butter kaya untuk makan-makan dengan officemate, disebabkan takde masa nak memasak mengalahkan mak yang ada 6 anak 😂. Alhamdulilah memang cepat je habis dorang makan. Memang laku. Kalau nak tahu resepi dia jom baca sampai habis.




Bahan-bahan
1 Bungkus Roti  Gardenia Coklat Kismis
1 Bungkus Roti Gardenia Butterscotch
Plata (Sepatutnya butter, Plata pun boleh)
Kaya



Cara-cara:




1. Sapu roti butterscotch dengan plata, 2 dua lagi sapu roti kismis coklat dengan kaya.
2. Susun roti lapi-lapis dengan selang warna ikut korang suka. Kalau Miela buat tiga lapis. Ikut kreativiti nak buat berapa lapis yer.
3. Telangkupkan roti dan potong segi tiga.



Dah siap. So mila buat nipis sikit dari resepi sebenarnya, senang nak makan haha. Kalau tebal tu rupa macam kek juga. Mudah sangat resepi ni 4 bahan je. Dan rasa memang sedap sangat. Memang tak cukup kalau sebijik je. Korang kena cuba okay.

Sunday, November 03, 2019

Beli donut di Nash Bitro, Bandar Perda

Selalu kalau kita dengar tentang donut, jenama terkenal seperti Big Apple  dan Dunkin Donut. Tapi jarang-jarang orang tempatan buat kedai variasi donut macam Big Apple dan Dunkin Donut. Baru-baru singgah makan dekat Nash Bistro. Jadi masa nak bayar nampak macam-macam jenis donut yang tersusun. Rambang mata kot.



Untuk yang belum tahu Nash Bistro asalnya nama Nash Donut. Dia dimiliki oleh Nasi Kandar Nashmir Sdn Bhd. Nash Bistro menawarkan  tempat makan dengan suasana yang selesa dan pelbagai menu makanan seperti nasi arab, makanan goreng-goreng dan wastern. Desert kek dan donut pun ada. Apa-apa pun I memang tetarik dekat bahagian donut tu. Jom cuci mata tengok gambar donut dibawah








Harga donut agak berpatutan. Dah repeat dua kali, tanda sedap lah kan. Hari tu hat 12 pcs bawak balik kat anak buah. Depa makan pun lincin je. Ada flovour strawberry, coklat dan cheese boleh korang pilih. Kalau datang bandar perda jangan lupa singgah Nash Bistro okay.