Wednesday, April 29, 2020

Jom Jadi Seller Di Platform E-Dagang (E-Commerce) Tempatan


Pengunaan e-dagang (e-commerce) sekarang ini bukan sahaja memudahkan orang yang tiada masa untuk beli di physical store malah kebetulan wabak pandemic Covid-19 masih belum nampak pengakhirannya membeli secara e-commerce menjadi keperluan untuk mengelakkan risiko bersesak di kedai.


Jadi keperluan untuk membeli di e-commerce semakin meningkat. Platform e-commerce boleh menjadi peluang penjual untuk menjual barang secara atas talian. Pada masa yang sama kerajaan juga mengalakkan rakyat membuat pembelajaan dosmetik dimana boleh meningkatkan kadar ekonomi tempatan.

Tahukah anda di Malaysia pun ada platform e-commerce iaitu PG Mall yang merupakan satu-satunya e-commerce tampatan di Malaysia. PG Mall ditubuhkan sejak 2017 sudah mempunyai lebih 1,000,000 pelanggan dan masih berkembang di seluruh Asia Tenggara.


Kembangkan perniagaan anda dengan PG Mall

1. Satu-satunya platform yang menerima semua transaksi E-Wallet
Kegunaan mengunakan e-wallet dalam transaksi agak menyeronokkan tambah-tambah syarikat E-Wallet menawarkan diskaun atau cashback dalam transaksi. Di PG Mall menawarkan transaksi E-Wallet seperti Maybank QRPay, Touch n Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain. Sesuatu yang menarik tak semua e-commerce menawarkan pelbagai bayaran e-wallet selain PG Mall.

2 Menawarkan kempen yang kreatif untuk peniaga
Penting ya bila menjual memerlukan strategi kempen yang kreatif untuk menarik pelanggan membeli. Di PG Mall menawarakan kempen yang kreatif kerjasama dari pelbagai bank dan syarikat E-Wallet terkenal untuk menarik minat pelanggan untuk membeli

3. Berniaga tanpa modal
Peniaga yang meniaga PG Mall tidak perlu membayar yuran pendaftaran dan PG Mall memang sudah ada strategi marketing setiap bulan untuk peniaga berbanding membuka website sendiri dan memerlukan usaha lebih menarik pelanggan di website yang belum dikenali.

4. Mempunyai kelompok pelanggan yang kuat 
Rata-rata yang sudah membeli barangan di PG Mall banyak feedback yang positif dan juga sudi berkongsi perngalaman media sosial. Bawah tu Miela ada share sikit antara pelanggan yang pernah beli.Feedback yang positif sebeginilah boleh meningkatkan jualan peniaga PG Mall.







PG Mall bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada. Jadi ini akan memudahkan proses delivery untuk seller di PG Mall


PG Mall juga mempunyai Platform Integration Partner yang kuat seperti SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, dan Red Dino. Jika peniaga sudah mengunakan servis penghantaran seperti tadi pihak PG Mall sangat mengalukan peniaga ini untuk berkerjasama kerana PG Mall sudah berintergrasi pihak tersebut.

Menarik kan? Sekarang ni PG Mall sedang mencari dan menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 penjual untuk menyertai PG Mall untuk tahun ni. Jadi luaskan peniaga anda di PG Mall. So nak jadi seller PG Mall boleh ke seller.pgmall.my secara percuma!

About PGMall:
 Website: www.pgmall.my 
Official Instagram: PGMall.my

Friday, April 24, 2020

Review Filem: Kim Ji Young Born 1982




Filem : Kim Ji Young : Born 1982
Arahan: Kim Do-Young
Penulis: Jo Nam-Joo (novel), Yoo Young-A, Kim Do-Young
Pelakon: Jung Yu Mi, Gong Yoo, Kim Mi Kyung, Gong Min Jung, Kim Sung Seol etc

Sinopsis:
Kim Ji-Young (Jung Yu-Mi) has one of the most common female names for people her age. She works at a PR agency. Kim Ji-Young gets married and has a daughter. So she can raise her daughter, Kim Ji-Young quits her job. She leads an ordinary life up to this point. Suddenly, Kim Ji-Young begins to talk like her mother, her older sister and other people. She seems possessed by other people. What happened to her?

Review:

Filem Kim ji Young based on novel Kim Ji Young Born 1982 yang agak popular di Korea. Filem ni agak kontroversi di Korea sebab terlalu angkat isu feminist. Tapi percayalah negara-negara Asean ni tak terlepas isu diskrimanisi wanita dari sebelum kahwin sampai selepas kahwin. Sesetengah orang mungkin kalau tengok movie kata agak slow tapi for me boleh ikut citer ni sampai habis sebab menghayati  watak Kim Ji Young gituu.

Filem ni memang dekat dengan perempuan kat asia. Perempuan memang tak terlepas kata-kata mulut orang tak kira dari sebelum atau selepas kahwin. Biasalah lambat kahwin orang tanya, dah kahwin orang tanya lagi bila nak ada anak. Kemudian isu-isu ganguan seksual ada dibangkitkan filem ni.

Kim Ji Young dalam filem dia rasa terperangkap selepas berkahwin. Dimana dia terpaksa lepaskan kerjaya dia demi nak menjaga anak. Kemudian dia juga terpaksa jaga hati keluarga mentua dan keluarga sendiri. Dia juga tak terlepas dari persepsi orang ramai bila dipandang rendah terhadap wanita dah berkahwin.

Tapi bestnya dalam movie ni suami dia (dilakonkan oleh Gong Yoo) seorang yang penyanyang dan cuba beri terbaik dekat isteri dia. So citer ni memang takda geram-geram, slow-slow burn gitu. Fakta korang perlu tahu ini filem kali ketiga Gong Yoo dan Jung Yu Mi berganding dalam satu filem selepas filem Silenced dan Train To Busan. Maybe orang suka ambik dorang bersama sebab nampak serasi.

So kalau nak tengok movie Kim Ji Young Born 1982 boleh tengok dekat Viu


Rating:4.5/5


Tuesday, April 21, 2020

Antara Netflix, Iflix atau Viu yang mana paling best?


Semasa PKP sudah pastinya masa lebih banyak diluangkan di rumah salah satu aktivitnya menonton movie dan drama. Disebabkan PKP banyak masa terluang, so Miela sampai 3 media streaming gunakan untuk menonton drama dan movie. So Miela nak review satu-satu sebab masing-masing ada pro and kontra.

Tapi sebelum  tu, mesti yang dah biasa tengok movie atau drama free contohnya dari facebook, website atau telegram mesti pelik kenapa Miela pilih streaming yang berbayar. First I memang suka tengok kat phone lebih puas, sebab nak bukak laptop pun slow. Lepas tu ketiga-tiga streaming channel memang mobile friendly dan smooth je nak tengok movie ke drama takda tersekat-sekat.

Lagi satu ciri I suka dia boleh save minit keberapa kita tengok, maklumlah kadang-kadang tengok movie or drama suka stop sat, pastu malam baru sambung. Kalau kat tempat  lain, kalau kau stop pastu nak sambung 2 3 jam kadang-kadang lupa stop cerita kat mana. Then of course ada subtitle, siap ada subtitle bahasa Melayu lagi. Lagi satu harga dia tak mahal, ibarat bayar yang sebulan macam harga tiket satu movie tapi boleh tengok macam-macam movie dan drama. Nak repeat sampai lembab pun takpa.


Netflix
Netflix memang dah sedia maklum famous, banyak jugak movie dan series yang premium hanya di Netflix. Harga serendah RM17 sebulan(untuk mobile sahaja) sehingga RM55 sebulan. Orang cakap nak jimat kena share account, 1 account boleh sorang  dapat dalam RM15-RM17 gitu. Bayaran mahal sikit dari hat lain, tapi memang berbaloi.

Kat sini memang banyak movie dan series wastern, kalau kat Netfliz memang sini no 1 paling banyak pilihan ceta orang putih. Tapi netflix mostly movie memang tak berapa sesuai nak tengok 1 family, sebab banyak adengan keterlaluan sikit . Memang tak istilah tapis-tapis kat nerflix. Bagi Miela netflix Malaysia tak berbaloi subscribe lama-lama, sebab jemu jugak tengok dekat situ sebab tak banyak pilihan ceta I nak tu, Kalau setahun tu 2-5 kali subscribe bolehlaa. Kalau rasa berbaloi maybe kena tukar vpn luar negara disebabkan Malaysia netflix punya terhad berbanding negara lain



Iflix
Ramai confius Iflix ni adik beradik netflix ke? Nama nak dekat sama tapi bukan, Iflix memang diasaskan di Malaysia. Content Iflix sesuai dengan citrasasa tempatan walaupun kandungan kurang sikit up to date berbanding netflix dekat sini. Tapi kebetulan memang menawarkan secara FREE sempena PKP, boleh cuba Iflix.

Kat sini banyak jugak movie dan drama lama-lama. Boleh imbas zaman kecik dulu, ada movie zaman-zaman Erra Fazira berakon, lepas tu ada movie zaman kegemilangan MIG dan agak jugak menarik minat I iaitu Misteri Nusantara. Kalau bab zaman drama TV3 lama-lama pun ada, boleh tengok kat sana. Kat Iflix banyak jugak dari content dari tanah seberang espiacially cerita seram.



Viu
Viu ni lebih banyak content-content dari Korea Selatan. Kadungan yang disajikan still up to date. Drama Korea yang latest The World of The Marriage pun ada siap ada sub Bahasa Melayu lagi. Kalau peminat drama dan movie Korea memang sesuai nak subscribe. Sini suka banyak variety Korea termasuklah Running man, 2 days 1 night dan The Law Jungle

Kalau nak subcribe Viu sebulan cuma RM10 boleh tengok dekat phone ataupun PC tapi kalau nak lagi jimat Miela suggest hampa bayar GrabPay dapat RM8 sahaja. Bab pembayaran I suka kat Viu berbanding Netflix (direct debit) sebab guna online banking ataupun e-wallet. Kalau netflix pakai direct debit, tambah melibatkan transaksi luar negara rasa macam tak berapa secure sikit


Kseimpulan
Setiap media streaming ada kelebihan target berbeza, macam Netflix lebih kepada wastern. Iflix lebih kepada citarasa tempatan dan Viu more to Korea. Untuk Netflix, harap satu hari nanti ada kaedah payment lagi mudah tapi mengunakan sebaliknya pakai online banking ataupun e-wallet macam Viu. Tapi dari kekemasan layar, susunan suggestion content Netflix memang no 1. Setiap hari Netflix akan update ranking movie/drama yang tengah trending dekat Malaysia. Untuk Iflix dengan Viu masih belum ada lagi. Cuma kelebihan Viu dan Iflix ada subtitle Bahasa Melayu berbanding Netflix

Search Results

Web results


The World of the Married

Search Results

Web resulThe World of the Married

Wednesday, April 15, 2020

Resepi Ayam Buttermilk Mudah

Ayam buttermilk antara menu favourite Miela masa PKP ni, banyak kali dah buat sebab mudah dan sedap. Ayam Buttermilk ala-ala makanan moden sebab pakai susu, orang dulu selalu pakai santan. Jom baca sampai habis nak masak Ayam Buttermilk paling simple, semua orang boleh buat 



Bahan bahan
Dada ayam
Butter
Bawang putih (cincang)
Daun kari (tak guna sebab bahan takda)
Cili padi (cincang)
Secukup rasa
Susu full cream
Tepung goreng ayam
telur
Cili kering (hiasan)




Antara bahan yang digunakan, abaikan F&N tu 😝

Cara memasak:
1. Potong ayam secara dadu
2. Pukul telur kemudian celupkan ayam dengan telur tambah sedikit secukup rasa
3. Salut ayam dengan tepung goreng (pakai readymade, lagi mudah dan cepat)
4. Goreng ayam sehingga kekuningan dan toskan
5.Kemudian panaskan butter dalam 2 sudu atau lebih sedikit
6. Masukan bawang putih yang dicincang, tumis sehingga naik bau
7. Kemudian masuk daun kari, cili padi atau cili kering untuk menambah pedas
8. Masukan susu, boleh lebihkan susu kalau nak kuah lebih
9. Kemudian masukan ayam, masak hingga mendidih

Dah siap, sedia untuk dihidang. Resepi mudah cepat, boleh juga boleh dibuat juadah berbuka


Saturday, April 11, 2020

Cara nak sambung bayar dari penangguhan bayaran pembiayaan melalui Maybank2U

Salam Readership. I just nak share short artikel mengenai cara mudah terutamanya rasa masih lagi mampu nak bayar auto debit bulanan melalui maybank2u. Tutorial just untuk auto debit daripada Maybank sahaja, kalau bank lain kena rujuk bank berkenaan.


Maybank telah membuat kenyataan di Facebook kepada penguna yang ingin meneruskan pembayaran debit bulanan boleh isi form dekat Maybank2U sehingga 15 April. Cara dia mudah sahaja boleh ikut step dibawah

1. Log in Maybank2U
2. Klik OPT OUT NOW dekat bahagian kiri


3. Select loan yang nak diteruskan bayaran bulanan, selepas baca agreement betul-betul klik Agree & Submit

4. Request SMS TAC


5. Masuk TAC number dan confirm. Done!!

Jika masih perlukan tutorial secara video, boleh tonton video dibawah. Selamat Mencuba


Tuesday, April 07, 2020

Kampung Agong, Penaga, Penang

Salam Readership. Bila dah lama PKP ni, tetiba rindu dunia luar. Alang-alang tu nak throwback jalan-jalan ke Kampung Agong Penanga, Penanga. Masa kami pergi dulu lebih kurang seminggu sebelum Perintah Kawalan Pengerakan.

Tempat ni memang famous untuk dijadikan port bergambar suasuana ala-ala kampung dengan dekorasi ala-ala Bali. Tak perlu pergi ke luar negara cuma RM5 tiket masuk je. Biasa waktu weekend memang ramai tambah-tambah musim kenduri, lepas kenduri orang singgah sini. Samalah kami lepas kenduri singgah sini jugak hahaha.


Cantik kan ala-ala love


naik boyan bawah pokok


Ada jugak boyan sarang burung


Memang kat sini banyak pokok kelapa, tapi kena hati-hati takut buah kelapa
jatuh tak kepala pasal-pasal masuk hospital 😅








So kami dapat ambil beberapa gambar dia Kampung Agong, Penaga, Penang lebih kurang sejam. Sebenarnya tak cukup tu, kena 2 jam lebih baru puas haha. Cara nak pergi senang je Waze Kampung Agong, Penaga, Penang nanti jumpa kawasan betul-betul banyak pokok kelapa. Boleh masuk wishlist tempat nak pergi lepas pkp okay?