Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Muzium menakutkan di Penang : Ghost Museum

Salam Readership. Kat Penang kalau korang nak tahu, memang macam-macam muzium ada. Muzium 3D, Muzium terbalik, Toy Museum, Food Museum dan banyak lagi laa. Tapi yang ini Miela nak review pasal Ghost Museum.

Alkisahnya lepas pergi ESCAPE Penang , alang-alang dah keluar berjalan. Berjalan biar sampai penat kannn. Tetiba teringin nak pergi Ghost Museum , why not?? try betul ka seram kat Ghost Museum tuu?. Seperti biasa kami memang tak tahu jalan, berkat telunjuk waze sampai jugak ke destinasi. Untuk pengetahuan korang muzium ni terletak di 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.

Alamak gambar pulak tak jelaih. Nebes sangat  nak masuk Ghost Musuem kot, haha

Disebabkan gambar di atas tu tak jelaih, so nak habaq pasal harga tiket:

Untuk Warganegara Malaysia yag ada MyKad
Adult : RM 18
Kids : RM 8
Senior : RM 8
Student : RM 10

Bukan Warganegara yang takdak MyKad
Adult : RM 36
Kids : RM 16
Senior : RM 16
Student : RM 16

Pendek kata tak kira mana-mana muzium kat penang termasuk Ghost Museum, asal ada student card korang boleh dapat harga diskaun. Settle pasal harga tiket sekarang nak story pasal pengalaman di Ghost Musuem. Yang menarik muzium ni, korang boleh kenal hantu serata dunia seperti Malaysia, Eropah, Timur dan Barat. Nampak macam menarik kan?.

First time datang, terdengar suara-suara yang menjerit ketakutan. Terfikir juga seram sangat ka muzium ni?. Jadi curious pula, sebab Miela peminat cerita seram ni, hihi. Lepas bayar korang kena tunggu turn masuk. Korang juga akan diberi pilihan sama ada nak masuk bersama guide sambil menerangkan jenis hantu di serata dunia *if korang ni jenis penakut masuk sendiri haha. Atau nak masuk sendiri tanpa guide *ni paling best, korang boleh merasa adengan kejut mengejut sendiri

Dah nama pun Ghost Museum, bila masuk je memang gelap gila. Jalan-jalan sikit mai pulak hantu sergah kita, rupa-rupanya patung je *spoiler . Yang lain boleh tengok gambar di bawah ni. Macam-macam jenis hantu ada wei.

Si ponti tengah menyisir rambut

Hantu daun pisang

Hantu Cina

Hantu Padang Pasir
Ni tak pasti nama hantu ni, lupa pula ehh

Acah-acah dinner dengan family dracula, hahaha

Pengalaman di Ghost Musuem agak menyeronokan. Sampai korang tau hantu yang korang tak pernah tahu seumur hidup. Nampak je muzium ni kecil, tetapi depa pandai design sebuah premis kecil menjadi satu muzium yang terdapat pelbagai jenis hantu. Tentang seram ke tak muzium ni dia terpulang tahap takut korang hahaha. Mula-mula je seram tapi lama-lama korang enjoy dengan hantu-hantu siap selfie bagai, percayalahhh. Pergi Ghost Museum dan alami sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook Ghost Museum Penang.


Wednesday, January 20, 2016

Pengalaman pergi ESCAPE Penang



Salam readership. Kali ni nak cerita pengalaman pergi Escape. Dah lama dah pergi masa bulan November 2015. Baru laa ni nak update story hihi. Escape ni sesuai untuk sukakan aktiviti lasak ni. Sangai berbaloi kalau pergi, best gila beb!. Tips kalau nak beli tiket, jangan beli on the spot sebab harga confirm lah RM75. Tapi kalau korang beli online boleh dapat harga serendah RM41.50!!. Tapi harga dia macam tiket flight juga, beli awal dapat murah. So yang paling murah harga tiket 2 bulan sebelum pergi. Kalau nak survey harga tiket boleh ke https://ticket.escape.my.

Ok dah settle story pasal tiket. Bila dah booking tiket, tiba hari kejadian maka dapatlah pergi ke Escape. Miela pergi dengan kawan berlima naik kereta dari USM ke Escape. Escape Penang ni terletak di Teluk Bahang. Jauh sikit dari USM. Kalau tak tau jalan, pakai waze Insyallah jumpa dan tak sesat kuikui.

Pagi-pagi dah ramai orang

Disarankan kalau nak pergi escape, better pukul 9 pagi dah terpacak kat sana. Sebab memang ramai orang unless pegi hari biasa. Tapi kalau pergi lambat tak best jugak, nanti tak sempat main semua game. Game kat sana semua best-best. Hampa bayaq satu harga, boleh main semua game sampai repeat game yang sama pun takpa. 

Sebelum masuk depa akan check barang kita. Makanan memang tak allowed bawak. 

Kalau pergi Escape tak sah kalau tak gambaq gelang tangan ni

Kalau nak tahu fungsi gelang tangan ni bukan semata-mata sebagai pas masuk escape tapi boleh digunakan untuk beli makanan dan kunci locker. Korang boleh topup ikut suka berapa. Tapi nanti bila keluar dari escape kalau ada baki duit lagi dalam gelang tu boleh dapat refund balik.

Barang korang bawak tu kenalah simpan dalam locker, yelah nak main takkanlah nak bawak beg bagai. Handphone tak bawak masa main game, nanti jatuh pula nangis tak berlagu. Korang kalau main game kat Escape serius dapat hilangkan stress. Dapat hilang segala tekanan dengan aktiviti lasak. 

Disebabkan handphone simpan dalam locker, so gambar masa main game takda. Tapi jangan risau, kat ESCAPE ada photographer khas dan free pulak tu. Si photographer ni akan tangkap gambar masa kita main dan akan upload gambar teresebut 2 3 hari kemudian di Facebook escape.my

Miela sebenarnya jenis takut aktiviti lasak ni, tapi sebab teringin nak memcuba pula. Tambah-tambah bila dah bayar harga tiket tu, amat tak berbaloi kalau tak try game sebanyak mungkin. Mula-mula ingat tak pass dalam game satu ni, sebab tak pernah main langsung. Last-last ketagih jugak nak main lagi, hehe. 


Kalau main game ni, jangan tengok bawah. Nanti korang takut nak terjun.
Bila terjun tak sampai 5 sc dapat sampai kat bawah, sekejap je

Miela dah try beberapa game di Escape seperti Monkey Business, Atan's Leap, Tubby Racer dan Flying Lemur. Yang spoilnya time petang tetiba hujan, so demi keselamatan tidak digalakkan bermain *lain kali kalau pergi pastikan cuaca betul-betul elok, huhu. So tak semua game dapat main T.T

Flying Lemur sangat recommended untuk main. Game ni ala-ala flying fox, tapi yang hat ni
lagi panjang laluannya. Main game ni boleh tengok keindahan alam kat situ sambil
menjerit-jerit main benda ni hahaha.

So kesimpulan Miela nak tekankan di sini kalau nak pegi ESCAPE silalah rancang sebaik-baiknya. Bila rancang korang boleh booking tiket awal, akan dapat harga yang lebih murah dari asal. Plus pastikan nak pergi jangan pergi musim hujan, sebab mosltly game di escape tak sesuai untuk waktu hujan. Sebaiknya pergi awal. Tak dinafikan makan disitu mahal sikit, so nak berjimat makan sebelum masuk or selepas keluar escape, huhu. Apa-apa pun memang berbaloi harga tiket dengan nikmat bermain kat situ. Trylah ke ESCAPE terutama yang duduk kat penang okay?.

Muka-muka yang dah pergi ESCAPE, anda bila lagi?

Sunday, June 28, 2015

Trip ke Sarawak

Salam ramadhan. Hayoo dah hampir 6 bulan berlalu, tapi sekarang baru nak cerita. Dok tersekat dalam draft akhirnya publish jugak hari ni. Lambat benor nak post entri ehhh. Ini kisah cuti sem lepas punya. Okay Miela nak sambung cerita yang tertangguh ni.


Selepas habis aktviti bakti siswa di Kampung Selamat, Bukit Merah. Maka 3 hari selepas itu, terbang menaiki belon *kapal terbang* ke Sarawak. Perjalanan dari Penang International Airport ke Kuching International Airport ambil masa dua jam. Takdalah lama sangat perjalanan ke sana, macam nak pergi Ipoh je. Miela naik Air Asia sebab murah, berbanding services lain masa tu. Ini kira first time Miela naik flight, bila nak merasa kalau tak ikut kawan balik kampung di Sarawak, ye tak?,

Sepanjang 5 hari di Sarawak, sebenarnya tak banyak sangat jalan sebab musim hujan masa tu sob sob sob T_T *plot twist* . Pun begitu dalam keadaan hujan selalu, dapatlah jugak ronda-ronda bandar Kuching, Sarawak.

Kalau pergi bandar Kuching tak sah kalau tak tangkap gambaq  kat sini, mercu tanda bandar Kuching. Memang seebelum pergi aim nak tangkap gambar kat sini hoho.

Muzium Sarawak. Bagi Miela orang semenanjung agak teruja jugak melawat tempat sebegini. Sebab kat muzium ada terdapat macam-macam depa pamerkan tentang Sarawak. Dari segi budaya dan sejarah memang lain sikit dari semananjung. Paling best dapat tengok replika rumah panjang. Selalu tengok kat tv je, tapi tengok replika pun macam real daa.

Miela jugak berkesempatan melawat ke Waterfront Sarawak. Tapi Miela pergi pada waktu malam, memang cantik permadangan kat situ. Ada pulak gerai-gerai makan situ, agak romatik jugak kalau dinner kat situ malam-malam haha. Tapi Miela tak boleh lupa kesedapan pisang cheese kat Waterfront, memang sedap gila baq hang. Selain tu, tempat ni jugak ramai anak muda berbusking. So boleh tengok performace live gitu.

Dari segi makanan, rugi tau kalau tak merasa laksa sarawak, mee kolok, kek lapis dan ais krim gula apong. Kalau nak beli ais gula apong, beli yang besaq tau kalau kecik memang tak puas. Lepas tu tempat laksa sarawak yang sedap kat Mom's Laksa, seriously sangat sedap. Mee kolok pulak Miela tak ingat pula makan kat mana huhu. Dan satu lagi, kalau nak beli kek lapas yang sedap boleh pergi ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kat situ banyak pilihan. Ramai juga orang kita borong kek lapis kat situ. Di bawah ni semua sumber gambar google je,huhu. 

Dapnyaaa, teringin nak makan lagi
Laksa Sarawak tak macam laksa semenajung . Sekali tengok macam mee kari. Tapi sekali rasa pasti nak lagi
Mee Kolok pun sedap. Makan sampai licin dibuatnya

Dayang Shalhah jangan lupa singgah. Bawak ole-ole kek lapis untuk orang tersayang.
Amboi pergi tempat orang, memang kerja makan ja Miela. Sarawak memang banyak makanan unik-unik pulak tu, rugilah kalau tak dapat merasa kan?. Hmm tapi sebenarnya tak puas lagi pergi Sarawak, banyak tempat tak sempat pergi disebabkan cuaca ketika tak berapa nak baik. Harap-harap satu hari nanti dapat pergi lagi :).

Saturday, May 30, 2015

Hiking di Bukit Jambul

Salam Readership. Minggu lepas Miela pergi ke Bukit Jambul, ni bukan kompleks Bukit Jambul yang hampa dok selalu lepak tu tapi betul-betul Bukit Jambul punya tau haha. Perjalanan dari RST USM ke Bukit Jambul kalau naik kereta 5 minit je. Dekat kan?.

Inilah kawasan mendaki Bukit Jambul

Tujuan utama pergi ke sana adalah bukanlah semata-mata untuk hiking je, bolehlah sambil-sambil tu kuruskan badan. Motif yang kedua pulak nak hilangkan stress selepas dua tiga minggu dibelenggu oleh assignment. Kitaorang berempat pergi hiking pada waktu pagi. Dalam pukul 8.15 pagi dah bertolak ke sana. Kami siap bawak sandwich pergi sana, konon-konon nanti bila sampai puncak boleh berkelah atas Bukit Jambul. Lagipun kat sana, tak da orang jual-jual makanan pun. Bawak bekalan salah satu sebagai alternatif sambil jimatkan duit huhu.

Sandwich laku macam pisang goreng da, hahaha
Tempoh mendaki Bukit Jambul lebih kurang 20 -30 minit gitu. Bergantung jugak dengan stamina korang, kalau hat jenih cepat penat sat-sat benti lambatlah hampa  sampai naa. Tapi sebelum hiking, buatlah aktivti rengangan dulu kang teruih naik cramp pulak kaki tu. Itu first time yang pergi hiking, memang penatlah, sebab tangga dia tinggi. Yang selalu pergi hiking, takda masalah sangat bab hiking ni. Selalu nampak penduduk yang duduk kawasan tu rajin hiking, bukan hat muda tau tapi yang umoq lebih 40++ dah. Laju gila depa naik atas puncak dari kami hat muda ni, malu dibuatnya hahaha. Kami kan baru first time. Tapi tabik spiring kat depa walaupun usia dah meningkat, tapi rajin berhiking.

Track mula-mula sebelum mendaki yang lebih mencabar

Selfie first, sebelum hiking. haha

Misi hiking bermula

Bila dah sampai puncak, permadangan ni korang bakal nampak. Cantik tak??

Bila turun balik dari Hiking, tangkap gambar dulu as reward.
\
Untuk pengalaman pertama hiking di Bukit Jambul, memang sangat penat hahahaha. Tapi best dan berbaloi. Banyak peluh keluar, kalau tiap-tiap hari hiking boleh hilang berapa kg agak-agak??. Yang penting dapat hilang stress dan lupakan seketika tentang exam yang makin hampir. Oklah kan, daripada dok stress dalam bilik kita beriadah. Balik USM kita study sempena peperiksaan yang menghampiri. Alamakkkkkkk.

Friday, March 20, 2015

Big Bad Wold Books at Penang Times Square


Salam Readership. Hoho agak lama Miela tak update blog di sini. Alasan klise: sibuk, sibuk menyambung pelajaran. Memang betul pun. Tapi cuma hari ni, rasa-rasa macam nak rehat dari buat assignment. Maklumlah hari ni ada kelas paling favourite, kelas cancel HAHAHAHAHAHA.


Minggu lepas Miela berkesempatan pergi ke Big Bad Wolf kat Penang Times Square. Dah ada orang nak bawak, kita ikut jelah. Lagipun ingat nak habiskan baucer, tapiiiiiiiiii *cerita kemudian. Terima kasih kepada uncle Waze akhirnya sampai juga kami ke Big Bad Wolf. Sebenarnya kami tak tau jalan, walaupun dah 2 tahun Miela study kat USM hikhik.

Kira-kira kol 11 lebih sampai juga ke Big Bad Wolf. Perghh gila ramai baq hang, kat situ. Oh macam menarik je then masuk. Rupa-rupanya kat situ banyak jual buku english. Masalahnya Miela ni jarang baca buku english kecuali buku teks pelajaran itu pun tak pernah khatam huhu. Btw, teringin juga nak baca buku macam ni, mungkin lebih banyak beza dengan buku Melayu.

Buku Melayu ada ja jual tapi tak banyak, cuma 3-4 table je. Yang bestnya Big Bad wolf jualan buku terpakai 75%-95% . Jangan ingat buku terpakai tu buruk-buruk, masih elok lagi macam buku baru!!. Contohlah novel melayu harga asal RM20, tapi korang cuma dapat RM5 sahaja. Begitu jugak dengan buku english, boleh dapat harga RM10, RM15 dan RM20. Tersangat berbaloi lah kalau pergi sini



Tadaaa ni lah buku yang Miela beli di Big Bad Wolf. Ingatkan nak habiskan baucer RM250, tapi nilainya terlalu besar. Kalau habis RM250, kena bawak bagasi la gamaknya sebab buku terlalu banyak. Jadi Miela dapat habiskan sekeping baucer RM50 untuk 8 buah buku. Berbaloi kan?. Miela  pun try-try beli buku english itu pun buku kanak-kanak hahahaha. 

Kepada yang dok di sekitar penang yang belum pergi lagi. Jemputlah datang ke Big Bad Wolf di Penang Times Square. Sempat lagi aihh nak pi, sampai 23 haribulan ni. Jom pakat-pakat serbu naa. 


Thursday, November 07, 2013

Trip ke Thailand(Songkhla dan Hadyai) selama 2 hari 1 malam

Salam readership. Hari ni Miela berbesar hati nak cerita tentang pengalaman Miela melancong di Thailand.Class gitu dapat melancong pi Thailand, padahal naik bas je pun, haha. Pasport langsung tak buat, sebab Mila guna border pass / pas sempadan. Pas sempadan nak buat murah, RM10 boleh guna 6 bulan. Nak pergi hari-hari pi Thailand pun tak pa, haha. Tapi pas sempadan ni khas untuk orang perlis,perak,kedah dan kelantan sebab negeri-negeri ni bersempadan dengan Thailand. Untung kome jadi orang perak :P.

Contoh pas sempadan *abaikan muka yang di mosaic :P

Cetanya gini, Miela dan family ke Thailand dengan Thailand Travel Agency, so naik bas lah. Naik bas save cost sikit daripada naik kereta, yolah kalau minyak habis terpaksa isi minyak di Thailand dengan harga 4X harga minyak di malaysia. Tak habis tak habis dengan save cost Miela oi!, haruslah kan hehe.

Nak masuk sempadan Thailand, kami masuk melalui pintu sempadan Bukit kayu hitam. Perghh memang sesak kat situ, masing-masing sibuk nak cop pasport/border pass. Tambah-tambah lagi masa tu cuti depavali, selunggok rakyat Malaysia kat pintu masuk sempadan.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Songkhla, mengambil masa dua jam. Mula-mula tengok negara Thailand, tak berkelip mata tengok dari tingkap bas. Nampak bahasa thailand, tapi malangnya lansung tak faham. Then, Selatan Thailand ni banyak betul 7eleven dan Tecso Lutos. Jalan sikit nampak 7eleven takpun Tesco. Rasanya lebih 10 7eleven Miela jumpa kat selatan Thailand ni. Satu lagi uniknya Thailand, motor dorang, comel betul dengan raga kat depan macam raga basikal. Dorang ni naik 3orang atas satu seat motor selamber je, kalau Malaysia pun ada cuma tak banyak macam kat Thailand ni naik 3 orang atas satu seat motor.

*sumber google


Part ni pula, Miela excited nak ceta. Kami telah  berkunjung ke Samila Beach. Tak percaya??. Cer google, terharu pulak jumpa Beach nama sendiri macam jejak kasih gitu. Memang empunya nama ni tak lepaskan peluang tangkap gambar di Samila Beach. Sebelum jalan-jalan di sekitar Samila Beach, kitaorang makan dulu di restoran di sekitar Samila Beach. Disebabkan kami noob sangat, orang Thai bagi harga cekit darah 960 Bath lebih kurang RM96. Gila tak mahal, kitorang just makan nasi putih,tomyam, telur dadar,kailan masin dengan udang masak sambal je. Besalah, pelancong luar selalu terkena perkara macam ni. Jadi kalau melancong pandai-pandai pilih tempat makan, terutama jangan pilih tempat makan yang tak ramai orang yee.

Owner Samila Beach :P

Lepas makan , kita orang berjalan disekitar Samila Beach. Cantik sungguh pantai dia, *dalam hati macam tak caya je sampai Thailand. Disitu jugak, boleh jumpa ramai pelancong Malaysia. Bestnya kat sini ada jual askrim kelapa, harga dia cuma 30 bath. Rugi tak rasa kalau pi Samila Beach, sangat sedap sebab aiskrim dengan isi kelapa nyum nyum. Samila Beach jugak ada jual keychain, baju dan barang-barang yang lain boleh dibuat ole ole. Macam Mila beli keychain sepeket dalamnya ada 10 keyhain cuma 100 bath, maknanya 1 keychain lebih kurang seringgit la. Nampak tak murahnya di situ.

Sekitar Samila Beach

Malam pula, singgah pasar terapung di Hadyai. Apa lagi. shopping timelah masa tu. Kat situ ada kasut cantik-cantik cuma 100 bath. Miela kalau nampak benda murah kat pasar malam, boleh jadi ratu pasar malam ni, nampak barang murah semua nak beli hihi. Makanan pun ada jual, tapi yang menariknya air minuman yang dijual di pasar terapung Hadyai jual dalam pasu kecik. Boleh bawak balik pasu kecik sebagai kenangan. Akhirnya malam baru kami check in Hotel di Greenview hotel setelah seharian berjalan.

Hari kedua pula, eh hari terakhir di Thailand la. Nama pun melancong dua hari. Sarapan pagi kitaorang makan di restoran Hamid di tengah-tengah bandar Hadyai. So, kami naik tuktuk lebih kurang macam teksi lah. Teruja sungguh naik tuktuk ni, 6 orang cuma 280 bath. Restoran Hamid antara restoran halal yang ada di Thailand dan masakan semuanya dari Malaysia. Menu paling sedap of course lah nasi lemak. Itu makan sebelah pagi, kalau sebelah malam menu dia mungkin  lebih sedap. Lepas makan, shopping lagi, jalan-jalan di sekitar bandar Hadyai.

Kenderaan kaler biru itulah tuktuk

Berjalan punya jalan, maka sampai destinasi pelancongan terakhir di Thailand iaitu Danok. Hok alah dekat je dengan Malaysia, berapa meter je dari Malaysia. Time kat Danok lah kitaorang habiskan saki baki duit Thailand ni kat situ, haha shopping lagi. Kat situ banyak baju cantik-cantik, rambang mata dibuatnya. Kat Danok jangan risau kalau duit Thailand dah habis, sebab di Danok boleh terima duit Malaysia.

Itulah cerita serba ringkas pengalaman melancong di Thailand. Miela ni kalau jalan, lupa dah nak tangkap gambar bebanyak. So tak dapatlah tunjuk banyak gambar. Tapi pengalaman melancong ke Thailand sangat best, sambil melancong kita boleh kenal budaya di sesuatu tempat. Rasa nak pergi lagi je. Anyway, Miela nak sponsor hadiah giveaway berupa dua keychain dari Thailand. So siapa yang berminat sila komen di entri ni beserta nama,url blog, facebook dan nama giveaway sedang/bakal dilancarkan. Hanya satu blog terpilih akan disponser, dan Miela akan pm terus melalui facebook. 

Keychain dari Thailand


P/S: Nak buat giveaway sendiri tak mampu, sebab kekakangan masa. Lagi satu, tolong like gambar ni, like je kan tak susah, hee.