Thursday, August 25, 2011

When say Hari raya

spongebob pun nak raya, ehsan dari pak cik goggle

Salam ramadhan semua. Kali ni Cik Miela nak talk-talk pasal hari raya. Lebih kurang lima hari lagi nak Raya. Yahoo seronoknya. Dalam minggu ni topik paling hangat tentulah R-A-Y-A. Sekarang nie kalau kat sekolah budak-budak sibuk cerita pasal raya tak kiralah persiapan hari raya, balik kampung, plan beraya dan tak lupa juga pasal kenangan raya masa tahun sebelumnya. Orang tua sama jugak cakap-cakap pasal raya.

Yang penting sekali orang mesti dok sibuk tanya baju raya kaler apa?, berapa pasang? dan beli kat mana?. Betul Tak?. Tak cukup dengan itu, ada keluaraga mempunyai tema kaler baju raya. Whole family baju sama, sungguh meriah gitu. Pasangan couple pun nak sedodon kaler baju raya, biar nama sweet. Pakwe makwe dah berpakat baju raya kaler apa,hahaha. Warna baju raya sering menjadi pilihan ialah biru, hijau, merah, purple, oren dan sebagainya.Yang tak boleh blah tu, ada orang nak sama kaler baju raya dengan kaler motor.

Lepas tu pulak seminggu nak raya orang perempuan sibuk buat kuih raya. Macam-macam kuih raya depa buat macam bahulu, sempret, biskut badam, kuih bangkit dan sewaktu denganya. Tapi ada orang beli jer kuih raya, lagi sedap. Mana-mana kuih beli ke, buat ke raya mesti kena ada kuih raya jugak. Agak-agak la, tak kan nak hidang meggi bila hari raya?


ni pun gambar dari sumber pak cik goggle

Kalau budak sekolah mesti sibuk bercakap dengan kawan-kawan pasal plan beraya escpecially budak kampung, kalau budak bandar nanti balik kampung mana ada kawan rapat nak beraya. Dah rancang awal-awal nak pi rumah siapa dulu. "Eh apa kata kita pi rumah orang tu? raya keberapa nak berjalan? pukul berapa nak pi?". Haha gelabah budak-budak nak beraya rumah kawan termasuklah budak sekolah menengah. Style budak sekolah rendah berada selalunya jalan kaki jer, tapi dah sekolah menengah upgrade sikit, pakai motor. So banyak rumah mereke terjah termasuklah rumah orang yang tak kenal.

Bila malam raya, orang malaysia mesti sibuk hantar mesej raya kepada kenalan. Bukan tu saja, malam raya juga budak-budak mestilah main mercun, tapi bunga api jadi pilihan orang sebab tak bahaya sangat kowt. Ada juga duduk depan TV, biasalah malam raya ada cite best. Dan macam-macam lagi orang buat aktiviti malam raya, yang pasti tiada siapa pun akan tidur awal pada malam raya,huhu. Dah la Cik Miela pun dah tak larat cerita pajang pasal raya nie. Bawah nie Cik Miela buat kad raya khas untuk follower Cik Miela dan gambar doodle tu cik miela buat sendiri tau.




Saturday, August 20, 2011

Doodle yang tak berapa nak comel



Tak de keja, Cik Miela lukis la doodle, tapi tak menjadi la..nampak hodoh cikit,hee.. But i try, memang bab melukis cik miela bukan pro la, kepada korang pandai lukis doodle memang Cik Miela tabik spring.. Bakat Cik Miela bukan pada lukisan, tapi mungkin menulis cerpen kowt, tu orang kata. Berdasarkan doodle Cik Miela, body tak berapa nak ok, lengan dia nampak gemuk. Haha kesian doodle nie. Kalau boring-boring nanti nak try lagi la lukis doodle, tu kalau rajin la

Monday, August 15, 2011

Banner untuk SPM


Gementarnya tinggal 3 bulan je lagi nak exam..Ayoo risaunyer, so nak hilang cik miela buat banner SPM, supaya semangat lebih sikit. Tapi sekarang dah tak boleh main-main, kena study gila-gila bak kata cikgu hehe, 3 bulan je pun, pastu takde dah. Kalau tak menyesal seumur hidup. Sebagai penutup entri nie, Cik Miela nak bagitau kat follower yang Cik Miela yang lepas nie mungkin jarang sikit update blog tau, so jangan sedih tau,hehe.Korang tentu faham kan sebab ape....