Tuesday, February 28, 2012

Entri sedih: My Love have gone



patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sedih sangat bila terkenangkan DIA. DIA dah pergi buat selama-lamanya. DIA dah tinggalkan cik miela 5 hari lepas. DIA meninggal sebab kemalangan. Kenapa dia harus pergi?. Lebih 4 tahun aku kenal DIA. DIA terlalu baik.Sayu hati cik miela terkenangkan DIA. Rindu tak terubat. Bila melihat gambarnya, rindu sangat-sangat kat DIA.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Harap jangan ada yang terkena ye,hehe. DIA adalah kucing cik miela yang bernama ******. Sedih la kucing cik miela ni mati kena langgar, kesian sangat. Patutlah dia hilang sehari, rupanya kena langgar. Harap DIA bahagia di alam sana.

Sunday, February 26, 2012

Banjaran Titiwangsa yang panjang

Hari ni cik miela nak jadi cikgu geografi pulak (ececeh bila tulis blog macam-macam nak jadi cikgulah,usztazahlah pengkritiklah). Dah dah, mari semua kita belajar mengenai banjaran titiwangsa.

Anda tahu mengenai banjaran titiwangsa?. Tahu.. banjaran gunung paling panjang di Malaysia. Yaa jawapan tepat sekali, sepuluh markah diberi,hehe. Banjaran ini panjangnya ialah 480km, fuhh jauhnya. Jaraknya lebih kurang dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang Johor. Banjaran titwangsa a.k.a tulang belakang Semenanjung Malaysia. Malaysia pun ada tulang belakang ke?.

Selain itu banjaran ni menjadi pemisah antara dataran pantai barat dengan dataran pantai timur Semenajung Malaysia. Gunung paling tinggi dekat bajaran ni adalah Gunung Korbu (2183m). Ada tiga pusat peranginan dalam banjaran ni, agak-agak pusat peranginan apa?. Jangan dok merapu yaa, sebenarnya pusat peranginannya ialah Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser. Kawasan seperti ni memang ramai yang datang, sebab kawasanya berhawa sederhana.

Sekarang sudah tahu mengenai Banjaran Titiwangsa?. Sudah... . Sekurang-kurangnya boleh jugak korang tambah ilimu bila baca entri ni. Rupa-rupanya Banjaran Titiwangsa panjang jugak yea. Nak toup ilmu lagi pasal banjaran titiwangsa sila klik sini

Saturday, February 25, 2012

Aku bangga menjadi seorang penanam anggur

Tahu tak disebalik nama si penanam anggur?. Penanam anggur a.k.a penganggur tau. Cik miela mengaku memang cik miela penggangur, so what?. Bangga pe jadi penanam anggur, duduk goyang kaki jer.

"Tak teringin nak kerja ke sementara nak masuk U tu?". Teringin la jugak, tapi susah nak jumpa kerja yang suitable lagipun kawasan rumah cik miela kampung, memang peluang perkerjaan kurang. Yang banyak pun kerja kilang. Kerja kat kedai pulak, gaji sedikit macam tak berboloi pergi balik bawa motor, duit minyak pakai dengan duit makan lagi.

"Kenapa tak kerja kilang jer?". Memang nak kerja kilang, tapi ayah I tak galakkan kerja kilang. Lagipun kerja kilang 12 hours penat tu lagi penat kalau kerja berdiri 12 jam. Memang cik miela mengakui gaji kerja kilang lumayan jugak untuk lepasan SPM cari duit.

"Kawan-kawan lain kerja, kenapa tak join sekali. Lagi senang kawan ada taklah kerja sorang-sorang jer". Ramai kawan cik miela kerja, bila jumpa je mesti tanya "kau kerja apa?". Kadang-kadang jelous jugak dengan depa tu ada kerja, gaji bagus. Tapi beberapa minggu lepas ada pulak mengadu dah tak mau kerja. Sampai ada yang cakap nak berhenti. Alasan dia satu PENAT. Haha lawak pulak, dulu excited sangat nak kerja, sekarang excited nak berhenti. Tetiba bersyukur jadi penganggur :p .

"So anda bangga jadi penggangur". Yup tepat sekali. Dah lah tak kerja, duit belanja pun sentiasa masuk sebab mak bapak I bagi duit. Tapi kadang-kadang bosan jugak duduk rumah. Kerja buka lappy, tengok TV, layan korea hahaha. Tapi I'm enjoying of my life now. Lagipun penganggur bukan sebarang penganggur sebab kerja menulis blog tanpa gaji,hehe. Cik Miela rasa masa sekarang bukan masa sesuai nak kerja. Biarlah duduk rumah jer, nanti bila masuk U payah nak tengok rumah sendiri hari-hari. Lagipun nama pun perempuan kenalah tolong buat kerja-kerja rumah, tak kerja pun tak pe,hahaha.