Friday, April 27, 2012

Yes Free!!

Hari ini pelanggan astro pasti bergembira sebab Astro terlalu baik nak bagi siaran 130 channel free. Tapi ingat sampai 6 mei je, pastu good bye lah,huhu. So, guna kefreeaan ni, dengan sebaik-baiknya dengan duduk di rumah menghadap astro,hoho. ASTRO memberi peluang ini sebagai menghargai kemenangan ASTRO dalam PUTRA AWARDS kategori "BRAND OF THE YEAR".

Pasti sesi berebut-rebut dengan family sendiri ada, semata-mata nak tengok saluran astro kegemaran masing. Jangan berebut-rebut yaa, jangan sebab astro nak bergaduh segala. Kan tak bagus tu?. 10 hari je kita dapat saluran free kan, macam tak puas pulak. Kan bagus astro buat macam tu untuk selamanya. Amboi ingat syarikat Astro bapak kau punya?.

Kebanyakan 130 saluran free nie, cik miela tak minat sangat la. Minat pun Disney, Animax, Nickhledeon dan Bintang [yang ingat la]. Cik Miela minat saluran One HD, sebab boleh tengok Running Man selalu. Tapi atsro kat rumah bukan beyond pun, so jangan mimpi la. Yang free banyak pulak channel kartun yang cik miela minat, biasalah dulu masa kecik mana ada merasa channel tu. Ada pun saluran basic2 je, paling koman pun Mustika je. Tu je Cik Miela nak cerita pasal Free ni, jom tengok astro. Macam-macam ada

Wednesday, April 25, 2012

Dapat tawaran matrikulasi


Salam semua, hari ni tajuk entri simple ja. Dah tak tahu nak tulis tajuk entri yang best-best. Mungkin malas nak fikir kot. Berdasarkan tajuk entri hari ni, korang mesti dah agak yang Cik Miela dapat tawaran Matrik. Alhamdulilah dapat juga akhirnya. Cik Miela dapat course perakaunan yang bertempat di Kolej Matrikulasi Perak KMPk.

See?. Tapi macam biasalah, sekarang tengah pening memilih samada Ya atau Tidak terima tawaran matrik. Orang kata sangat rugi kalau tolak tawaran matrik, bukannya senang. Tapi rasanya tak perlulah cik miela buat keputusan terburu-buru, tengok UPU dulu kemudian baru pilih. Sebenarnya matrik ni ok juga, mujur dapat Kolej Matrikulasi Perak KMPk, sebab kolej matrik Perak merupakan kolej matrik terbaik di Malaysia.

Cuma bimbang sedikit, Cik Miela sebenarnya tak ambil akaun masa dekat sekolah sebaliknya pure science. Pilih akaun pun sebab subjek Kimia memang tak boleh bawa pun dan akaun boleh dikatakan minat jugalah asalakan takde subjek biologi sudahlah, dah pencen takmau baca buku biologi lagi. Seksa nak hafal semua. Kalau masuk bolehkah Cik Miela bersaing dengan mereka yang dah basic ada pasal akaun?.Huhu pening pening.

Wednesday, April 18, 2012

Suka baca Novel


Halo halo Cik Miela in the house. Hari ni nak taip entri berkisar tentang hobi Cik Miela yang suka baca Novel. Ya, selain hobi membaca blog-blog orang, menbaca novel juga hobi Cik Miela. Patutlahlah pakai speck, banyak baca buku la tu. Haha wayang je kan. Korang pun mungkin suka baca novel kan?. Cik Miela suka baca novel terbitan Alaf 21 dan yang terbaru KakiNovel Enterprise. Hobi ni sejak kecil lagi. Yelah menbaca kan jambatan ilmu. Memang patutlah dulu Cik Miela dapat anugerah NILAM peringkat Perak. Ececeh menunjuk la tu, tapi perak je pun tak sempat sampai peringkat emas sebab Cik Miela pun dah habis sekolah.

Gambar ni hanya sebahagian koleksi novel Cik Miela, tak larat nak tunjuk semua. Tapi... yang bawah sekali novel pinjam je pun :p. Novel kawan Cik Miela. Mujur kawan-kawan Cik Miela ada hobi yang sama suka baca novel. Jadi kami selalu bertukar-tukar novel dan sama-sama baca. Sejak zaman sekolah dah over, hobi ni semakin menjadi-jadi. Tiap-tiap bulan mesti ada dua or tiga novel di beli ataupun pinjam kemudian baca. Gambar yang ditunjukkan juga antara novel-novel faveret Cik Miela. Semuanya best-best belaka.


Tentang ingin memiliki novel sendiri, itu memang impian Cik Miela. Teringin nak pegang novel sendiri, dengan atas nama Salmila Nadia (mungkin guna pena lain). Tetapi bukan masa sekarang, akan datang. Sebab makin lama kita hidup makin banyak pengalaman. Dan pengalamanlah yang banyaklah memudahkan Cik Miela menulis novel. Sekarang menulis cerpen dulu lah. So,doa-doakan je kat Cik Miela supaya Cik Miela dapat hasilkan sebuah novel.