Saturday, July 28, 2012

Ujian di bulan ramadhan



Haha hari ni baru lepas habis kuliah ganti untuk cuti hari raya. Di kesempatan nie, Cik Miela ada mood nak mengupdate blog. Mujur bawak broadband pergi matrik, sempat jugaklah nak update blog nie. Nak harapkan wifi kat kmpk, sampai kucing bertanduk pun takkan ada (hanya budak kmpk jer tahu).

Perkembangan sekarang, Cik Miela sedang menghitung hari untuk Ujian Pertengahan Semester (UPS) pada 7 haribulan lapan. Ini satu ujian buat kami sebab UPS berlangsung pada bulan ramadhan. Berpuasa di KMPk memang MENCABAR jugak la, bukan apa sebab hari-hari kena naik tangga sampai tingkat empat la lepas tu berjalan dekat kawasan berbukit. Memang memenatkan jugalah, tapi Cik Miela andaikan itu cabaran di bulan ramadhan ni.

Jadual UPS. Err

Lagi satu bersahur dan berbuka puasa tanpa family. Huhu sayu hati rasanya. Dahlah Cik Miela tak biasa berpisah dengan keluarga, kali ini terpaksa sambut bulan ramadhan di KMPk tanpa family tercinta. Sahur je makan roti, biskut menggi. Kalau upgrade sikit makan bihun goreng yang beli kat bazar ramadhan yang semalam.

Errrr, Cik Miela dah blank nak taip apa lagi. Teringat assignment berlambak tu, terhapus niat untuk taip entri blog pepanjang. Anyway, doakan Cik Miela untuk UPS. :)

Saturday, July 21, 2012

Salji di bulan Ramadhan

Sudah sekian lama, blog yang dipenuh salji akhir terupdate juga oleh Cik miela. Pada 1 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi ingin mengucapkan kepada semua umat Islam Selamat Berpuasa. Itu baru pembuka kata,huhu. Sebenarnya banyak story nak tuliskan di sini, tapi dengan masa yang padat nie mungkin sedikit cerita dapat dikongsikan.


Susah sedia maklum yang Cik Miela sudah rasmi menjadi pelajar KoleJ Matrikluasi Perak sesi 2012/2013 so atas sebab itu blog ini bersawang bersalji semua tu =='. Mesti orang terntanya-tanya best tak belajar kat Matrik. Cik Miela semua senyum jer. Tak bermakna senyum menunjukkan seronok duduk kat matrik. Eh, tak best ke duduk kat Matrik?.


Dalam kehidupan ni ada suka dan duka begitulah juga belajar kat Matrik ni. Hidup kat Matrik begitu padat dengan. Banyak assingment, kuliah sampai pukul 5 petang, kuiz tiap-tiap minggu, malam pula ada group discussion WALAUPUN JADI BUDAK AKAUN, ok?. Tapi nasib baik budak akaun nie banyak gap contoh budak akaun rehat pukul 12.00 tengah hari sampai 2.00 petang, jadi ada gap 2 jam. Sebagai budak matrik, memang patut mengunakan masa tu dengan sebaik-baiknya seperti siapkan assigment dll. Lepas rehat masuk kuliah balik dan begitulah hari-hari. Kalau sebut assingment tak payah cakap, assignment sentiasa bertambah. Boleh cakap assingment itu ifiniti (tak terhingga), aigoo.


Tapi..... Jangan ingat tak best duduk kat Matrik? walaupun jadual sangat pack, saya Cik Miela enjoy duduk kat Matrik. Kerana saya ada kawan-kawan, roomate dan pensyarah baik-baik di KMPk nie. Tambah-tambah lagi KMPk merupakan kolej matrik paling cantik kat Malaysia (Bangga lima minit jap) kerana terletak di atas bukit. Kalau lihat keindahan alam kat KMPk memang mendamaikan. Hoho tentang classmate pula, macam-macam jenis orang jumpa maklumlah lain orang lain perangainya. Most of my classmate cakap errrr tu,Cik Miela cakap loghat utara. sikit Nampak keganjilan di situ. Terbelit lidah juga nak cakap dengan depa tu, tapi saya akan pastikan akan dapat kekal my language saya tu, hee.


Sebenarnya nak story mory lagi nie, tapi tapi banyak kerja lar nak di siapkan. Ciki Miela akhiri entri nie dengan Assalamualaikum.

Saturday, June 02, 2012

Minggu orentasi yang padat

Salam. Hari ni Cik Miela nak taip entri ringkas-ringkas punya. Nak cepat, yelah esok nak balik matrik. Kol sepuluh setangah kena ada dalam bas. Balik nie pun sebab ada benda nak dibereskan. By the way, minggu orentasi sangat-sangat penat dan pack timenya tapi.................. BEST.
Bukit bukau subur menghijau..lalalala~
Mula-mula masuk matrik macam culture shock sikit untuk Cik Miela. Yelah Cik Miela mana pernah rasa duduk hostel. Tahu tak matrik kat perak ni sangat-sangat lah besar dengan berbukitnya. Time orentasi kena jalan untuk menuju ke dewan masjid cafe anjung siswa dll. Siyes bukan setakat jalan tapi mendaki lagi. Nama pun duduk kat kawasan berbukit, kalau tiap-tiap hari mendaki ada harapan la tawan gunung everst,bhahahaha. Tentang jadual yang pack pulak, memang padat. Makan pun tak sempat sampai nak menangis nak terkenanglkan rumah tak sempat weyy. Sebab sibuk sangat terlupa terkenangkan tentang family even ada contact family hehe.

Orentasi yang Cik Miela suka ialah aktiviti bersama Mentor Mentee. Hehehe hal ini kerana, Cik Miela tak suka duduk dalam dewan, sebab dalam dewan padat giler kalah ikan dalam tin sardin yang menuat 2500 lebih pelajar matrik [batch paling ramai dalam 10 tahun]. Kalau aktiviti Mentor Metee tak lah panas macam kat dewan. Pelajar matrik dibahagi setiap kumpulan dengan tempat berlainan. Cik Miela dapat bilik kuliah 6, best jugak. Kebanyakan dalam dewan tu bila present memang daebak Cik Miela cakap, mereka pandai cakap kat depan macam motivator. Tapi Cik Miela ni jenis memalu sikit, maaf memang saya begitu :P.
Padat kan dewan nie. Penuh wooo
Minggu Orentasi nie mestilah ada orang yang menguruskan, siapa lagi kalau bukan abang kakak AJKO [pelajar matrik bacth lepas]. Macam-macam perseonaliti abang kakak AJKO, ada yang garang, semangat, dan seporting. Abang AJKO paling seporting is abang Luqman. Klik nama dia, dapat lah usha blog dya, haha promate blog orang jap. Giler abang nie lawak, sampai nak tergelak guling-guling, nasib baiklah dewan tu sempit kan. Abang nie boleh kecek kelate lagi.

Maaf sampai disini Cik Miela boleh cerita kat korang pasal minggu orentasi. Haha kalau TAK FAHAM isi entri nie, maaf sekali lagi. Sebab taip pun kelam kelibut nampak, tapi kalau budak KOLEJ MATRIKULASI PERAK batch 2012/2013 pasti faham dan rasai apa Cik Miela rasa sepanjang minggu orentasi.