Sunday, August 12, 2012

Alhamdulillah

Hari khamis lepas Cik Miela baru lepas balik dari Matrikulasi sempena cuti ujian peretengahan semester dan cuti hari raya. Gembira tak terkata akhirnya dapat keluar dari "penjara" dalam masa 2 minggu. Siap ada yang packing barang sebelum UPS. Nampak S E M A N G A T disitu. Biasalah siapa tak seronok kalau diberi cuti. Dengan terujuanya Cik Miela tunggu bas sejam awal sebelum bertolak, kerana S E M A N G A T pulang ke kampung. Siap nyanyi lagu balik kampung lagi :P. Relaks Cik Miela, rumah tak pernah lari la, hehe.


So far, Ujian Pertengahan Semester OK!!. Tapi Cik Miela rasa tak cukup sejam untuk menjawab, ngam-ngam ja cukup dan tak sempat recheck. But main problem is subject killer, matchematic. Uhh rasa nak nangis pun ada, tak cukup masa nak menjawab =.=. Hmm, sebab mate tak dapat 4flat. Aik?? mate jugak dipersalahkan. Subjek lain ok, especially ekonomi, my favourite subject. Akaun, mujur jumlahnya imbang (budak akaun fahamlah), so probability dapat markah ada. Bisnes, i not sure tapi boleh jawab dengan baik. Harap-harap skema permarkahanya boleh terima jawapan saya.


Satu entri memang tak cukup Cik Miela hendak bercerita, next entri Cik Miela cerita lain. Don't worry Cik Miela cuti 2 minggu beb, boleh update blog nieh, haha. Apa-apa pun saya bersyukur saya dapat menjawab UPS dengan baik dan pulang ke kampung dengan selamat. Alhamdulillah.

Saturday, July 28, 2012

Ujian di bulan ramadhan



Haha hari ni baru lepas habis kuliah ganti untuk cuti hari raya. Di kesempatan nie, Cik Miela ada mood nak mengupdate blog. Mujur bawak broadband pergi matrik, sempat jugaklah nak update blog nie. Nak harapkan wifi kat kmpk, sampai kucing bertanduk pun takkan ada (hanya budak kmpk jer tahu).

Perkembangan sekarang, Cik Miela sedang menghitung hari untuk Ujian Pertengahan Semester (UPS) pada 7 haribulan lapan. Ini satu ujian buat kami sebab UPS berlangsung pada bulan ramadhan. Berpuasa di KMPk memang MENCABAR jugak la, bukan apa sebab hari-hari kena naik tangga sampai tingkat empat la lepas tu berjalan dekat kawasan berbukit. Memang memenatkan jugalah, tapi Cik Miela andaikan itu cabaran di bulan ramadhan ni.

Jadual UPS. Err

Lagi satu bersahur dan berbuka puasa tanpa family. Huhu sayu hati rasanya. Dahlah Cik Miela tak biasa berpisah dengan keluarga, kali ini terpaksa sambut bulan ramadhan di KMPk tanpa family tercinta. Sahur je makan roti, biskut menggi. Kalau upgrade sikit makan bihun goreng yang beli kat bazar ramadhan yang semalam.

Errrr, Cik Miela dah blank nak taip apa lagi. Teringat assignment berlambak tu, terhapus niat untuk taip entri blog pepanjang. Anyway, doakan Cik Miela untuk UPS. :)

Saturday, July 21, 2012

Salji di bulan Ramadhan

Sudah sekian lama, blog yang dipenuh salji akhir terupdate juga oleh Cik miela. Pada 1 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi ingin mengucapkan kepada semua umat Islam Selamat Berpuasa. Itu baru pembuka kata,huhu. Sebenarnya banyak story nak tuliskan di sini, tapi dengan masa yang padat nie mungkin sedikit cerita dapat dikongsikan.


Susah sedia maklum yang Cik Miela sudah rasmi menjadi pelajar KoleJ Matrikluasi Perak sesi 2012/2013 so atas sebab itu blog ini bersawang bersalji semua tu =='. Mesti orang terntanya-tanya best tak belajar kat Matrik. Cik Miela semua senyum jer. Tak bermakna senyum menunjukkan seronok duduk kat matrik. Eh, tak best ke duduk kat Matrik?.


Dalam kehidupan ni ada suka dan duka begitulah juga belajar kat Matrik ni. Hidup kat Matrik begitu padat dengan. Banyak assingment, kuliah sampai pukul 5 petang, kuiz tiap-tiap minggu, malam pula ada group discussion WALAUPUN JADI BUDAK AKAUN, ok?. Tapi nasib baik budak akaun nie banyak gap contoh budak akaun rehat pukul 12.00 tengah hari sampai 2.00 petang, jadi ada gap 2 jam. Sebagai budak matrik, memang patut mengunakan masa tu dengan sebaik-baiknya seperti siapkan assigment dll. Lepas rehat masuk kuliah balik dan begitulah hari-hari. Kalau sebut assingment tak payah cakap, assignment sentiasa bertambah. Boleh cakap assingment itu ifiniti (tak terhingga), aigoo.


Tapi..... Jangan ingat tak best duduk kat Matrik? walaupun jadual sangat pack, saya Cik Miela enjoy duduk kat Matrik. Kerana saya ada kawan-kawan, roomate dan pensyarah baik-baik di KMPk nie. Tambah-tambah lagi KMPk merupakan kolej matrik paling cantik kat Malaysia (Bangga lima minit jap) kerana terletak di atas bukit. Kalau lihat keindahan alam kat KMPk memang mendamaikan. Hoho tentang classmate pula, macam-macam jenis orang jumpa maklumlah lain orang lain perangainya. Most of my classmate cakap errrr tu,Cik Miela cakap loghat utara. sikit Nampak keganjilan di situ. Terbelit lidah juga nak cakap dengan depa tu, tapi saya akan pastikan akan dapat kekal my language saya tu, hee.


Sebenarnya nak story mory lagi nie, tapi tapi banyak kerja lar nak di siapkan. Ciki Miela akhiri entri nie dengan Assalamualaikum.