Tuesday, February 05, 2013

Cuti Mid Sem


Salam readership. Aduhai lagi seminggu nak habis cuti baru gegeh nak update blog. Hehe biyane, terlupa nak update blog yang dah bersawang ni. Sebenarnya... sebenarnya.. Miela takda cite yang best nak story kat sini. Tak macam blogger lain, kehidupan dorang best-best tu selalu update blog. Wah ayat pasrah nampak?. Tak mengapalah, walaupun kehidupan tak segempak mana nak jugak update blog ni, haha.

Sekarang ni Miela tengah cuti mid sem. Biasalah lepas exam, mestilah cuti. Nak rehatkan minda katakan. Cuti pun tak lama, nasib baik ada cuti tahun cina je. Tu cuti seminggu lebih. Boleh je nak buat cuti sendiri sampai dua minggu, tapi memadangkan hari rabu ada presentation terpaksa menbatalkan niat nak extend cuti 2 minggu. Kesian..

Apa-apa pun syukur alhamdulilah, dapat jawab exam dengan izinNya walaupun demam masa tu, huhu. Dahlah tak berapa nak study masa tu, nasib baik boleh jawab. Harap-harap 4Flat la, amin. Minta-minta sejuklah hati permeriksa kertas tu ek?. Maklumlah tulisan pun tak berapa lawa, opps rahsia terbuka,hehe.

Sekian sahaja story untuk hari ini

Thursday, January 17, 2013

Semakin sibuk


Salam readership. Ni first entri untuk 2013. Haha nampak tak permainannya?. Baru 17 haribulan berbuah satu entri pertama untuk tahun baru ni. Nak buat macam mana, hidup kat matrik padat sikit. Sometimes curi masa sikit untuk update blog ni. Kesian blog, dah berhabuk.Kesiann....

Bila ada entri nak taip, mestilah ada story nak cerita. Hmm, ok Miela sekarang menghitung hari je nak UPS 2. Sekejap dah nak masuk pertengahan semester. Exam UPS 2 pada 28.1.2013. Preparation? still 15%, haha. Apa ni? seminggu lagi kot. Ok 0k ok nanti Miela study eh.

Bila nak dekat exam, mesti macam-macam program matrik buat. Antara aktiviti dibuat untuk persediaan UPS seperti Body Support System, bengkel kecemerlangan, projek Galus dll. Ia amat memenatkan, dengan jadual yang pack. Selalu habis kelas 5 petang tau, huhu penat kot kelas dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.

Kuliah kuliah kuliah

Lepas tu dengan projek dinamika lagi. Maklumlah jadi SU, kena buat proposal. 2 3 kali jugaklah kena reject, akhirnya terima jugak. Projek apa?, nanti Miela bagi tahu.Then, satu projek lagi i-Dica. Persembahan multimedia apa tah (nampak sangat tak ambil tahu :P). Mula-mula i-Dica buat dalam peringkat dalam, kemudian siapa yang menang, akan dibawa ke Port Dickson untuk pertandingan di antara kolej-kolej matrikulasi lain.  Best kan? tapi memenatkan sebab kena siapkan multimedia tu sebelum UPS dan baru buat pemilihan untuk ke peringkat seterusnya. Menang atau tak, Miela tak kisah yang penting semangat kerjasama ;D.

Sekian sahaja story untuk hari ini

Saturday, December 29, 2012

Meja Belajar

Semangat mengupdate blog tetiba je muncul selepas menbaca blog Fatin Liyana. Memang selalu jugak follow story kak Fatin Liayana. Cara dia tulis eh bukan, sebab blog mana boleh tulis guna pen atau pensil bak kata Saudi, sebut taiplah senang cite. Perghh memang best ayat-ayat dia. Suka tengok blog yang entri guna ayat bersahaja je tak payah guna ayat-ayat skema sangat. Nanti bosan.

Ok ok ok, tujuan Miela update entri ni sekadar nak tunjuk-menunjuk study table Miela kat Kmpk ni :P bukan promo untuk sellling eh,. Tahulah meja study meja hak kerajaan Malaysia, yang tak seberapa sangat. Tapi meja nilah nak study, nak makan, nak main laptop dan hah meja nilah nak update blog pun. Thanks yea meja, hahaha.

Cantik tak cantik tak?


Ada basket, beg, meja, buku, segala benda dekat meja study tu. Meja Miela takdelah selawa meja-meja budak kmpk yang lain. Takdalah cantik, tapi asalkan tak nampak macam sarang tikus dah kira bagus. Hahaha

Laptop mesti ada.
Nampak serabut je charger laptop dengan charger fon

Buku-buku yang tersusun
Nampak tak nampak tak? (nampak ape? -,-'). Buku Muet, buku tutor, buku add math SPM pun ada. Ingat tak pakai ke buku SPM  bila masuk matrik? masih boleh digunakan lagi tahu?.  Kalau korang perasan buku yang hujung belah kanan tu buku tu bertajuk ' The Secret of Dajal'. Serius buku tu memang best, sesuai untuk kita sebagai manusia akhir zaman. Moga-moga kita dilindungi daripada fitnah dajal. Amin...

Softboard

Habis softboard dipenuhi oleh note, jadual, kelendar dan gambar. Note kalau letak depan mata senang nak ingat. Bolehlah korang nak follow tips ni untuk study.Then, gambar kelas pun ada kat softboard ni, hari-hari dorang tengok Miela study. Boleh jadi pembakar semangat gitu #Ehh. Kalendar pun ada, senang nak hitung hari bila nak cuti. Isk-isk orang menghitung hari nak exam, dia pula menghitung hari nak cuti.



Sekian sahaja story untuk hari ini