Thursday, May 02, 2013

Fuhhhh... Akhirnya


Salam readership, setelah seharian hari ni mengedit segala bagai template ni, akhirnya jadilah blog yang anda lihat sekarang ni. Ni design di luar jangkaan, ingat nak guna kaler biru lagi tapi entah bagaimana dengan newlook blogger ni. ceq pening lalatlah.

Bayangkan mula-mula formatkan design blog tu, konon-kononya nak buat denim template. Nak edit sidebar, font and border semua tu, tengok-tengok search kod yang nak edit tak jumpa eh?. Lepas tu tercari-cari dimanakah tick expand gadget. Haa tak da?. Menyesal gila masa tu terformat template. Try kod tu kod tak menjadi. Aduh pening pening. Sememangnya wajah baru template interface menyusahkan, lebih suka lama old template interface. Google punya kerjakah?



Sebagai jalan penyelsaian Miela pergi ke blog Lysa Faizureen . Tak payah edit bebanyak. ambil freebies template blog kak Lysa je. Sebenarnya Miela tak suka ambil benda-benda free nih *cehwahh. Kalau boleh nak design blog sendiri, baru puas. Tapi dah ini jalan penyelesainya, so dengan rasa rendah diri ambil lah jugak. Lepas  tu edit blog sikit-sikit, ubah yang patut. Itu pun main agak je, mengunakan kepakaran sendiri. Sebab kod banyak tak jumpa. Dan hasilnya, tadaaaa seperti yang anda sekarang *berapa kali ulangkah?.



So penganjaranya ialah kadang-kadang benda yang kita rancang tak semestinya menjadi. Tetapi benda yang lebih baik yang muncul. Anyway thanks kak Lysa, kerana menyediakan khidmat tutorial blog and selalu bagi freebies.

Wednesday, May 01, 2013

Tamat sudah Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2012/2013



Salam readership. Wahai pembaca blog ini sekalian, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa secara rasminya saya sudah tamat menjalani program matrikulasi perakaunan satu tahun sesi 2012/2013. Yahooooo! bestnye :D. Alhamdulilah.. Tak sangka berjaya juga habiskan study kat matrik. Rasa sekejap sangat, lepas bolehlah buat ladang anggur kat rumah sementera tunggu tawaran UPU, haha.

Habis last paper ekonomi, terus blah dari kmpk. Bukan tak sabar, tapi sebenarnya tak nak nangis kat situ. Sorry kawan-kawan tak sempat jumpa : /. Jawab paper terakhir tu dugaan banyak sikit, fikir balik je memanjang, kritikal subjek pula tu. Tak tahulah pointer jadi macam mana nanti. Apa-apa pun semua benda dah lepas, jangan di kenang.

Hidup kat matrik sebenarnya best, best sama macam zaman sekolah dulu. Most of student banyak sama umur dengan kita. Sebab hampir setiap masa berhadapan dengan dorang ni, dah nama pun duduk tinggal dalam asrama.

Akhir kata, Miela pasti akan rindu KMPk. Tahniah KMPk, kerana banyak mengubah hidup saya. And I will miss you to all my friend ex-student KMPk ;"). Semoga ukhwah kita tidak tamat di matrik, tetapi hingga hujung nyawa.

Gambar last day di matrik. *sebelum ambil exam untuk last paper



Kalau rindu dorang, suka dengar lagu ni walaupun
ramai tak berapa suka sangat lagu ni, hehe.

Friday, April 05, 2013

Mula rasa sedih



Memang boleh dikatakan tiap-tiap hari jumaat Miela akan update blog. Yes, waktu macam ni je free. Kalau hari kuliah memang tak da masa nak update blog. Tak kisahlah, tapi sedar tak sedar Miela tinggal seminggu je kuliah then study week, exam lepas tu say  bye bye  to KMPK.

Betulah orang cakap hidup kat matrik kejap je. Rasa semalam je baru daftar matrik, haha. Dah mula rasa sayang kat kawan-kawan. Dulu mula-mula cakap "bilalah nak habis matrik?". Tapi sekarang terasa berat hati nak menghabiskan masa di sini, cepat sangat masa berlalu. Memanglah lagi separuh hati ni rasa tak sabar sangat  nak jadi penganggur balik (habis matrik), tapi err tak tahu nak luahkan rasa di hati kat sini macam mana?. Mixed feeling maybe?

Alhamdulilah matrik banyak mengubah hidup saya. Tak pernah masa sekolah study sampai lewat malam. Tak pernah Miela angkat air sampai ke tingkat dua, tapi kat sini telah menjadi realiti gara-gara takda air kat matrik. Daripada jarang cakap kat depan orang, sekarang selalu cakap sebab selalu kena present. Tak pernah dulu berlakon, tetiba berlakon Itulah orang cakap jauh perjalanan, luas pemadangan. Dari Kuala Kurau sampai ke Gopeng. Banyak jumpa macam-macam jenis kawan :). Dari pelabagai pelusuk dan loghat, kadang-kadang terikut gaya percakapan mereka. Untuk adik-adik yang dapat result SPM. Kalau nak masuk matrik sangatlah dialukan. Tak rugi pun, matrik mungkin mengubah hidup anda. Percayalah