Sunday, July 14, 2013

Jom beli barang Running Man

Salam Ramadhan. Ahoooo dah dua hari tak mengudapte entri , blogwalking dah jarang sejak dua menjak ni. Tu pasal trafik blog merundum jatuh,huhu. Anyway, baru-baru ni Miela beli barang running man online. Waa macam orang kaya nak membeli barang segala, padahal tanam anggur kat rumah tanpa sebijik pun buah tak berbuah wei!!.

Miela ni jenis suka beli barang online if ada penghabiskan stok dan murah. Nampak tak jimat cermat orangnya gitu. Kalau jualan penghabisan stok tentulah harga murah gila kan?.  Jadilah pengguna yang bijak, beli barang penghabisan stok, pesanan penanja dari Cik Miela :P.

Taddaaaa... Ni jelah barang Miela nak menunjuk pun, barang penghabisan stok. Miela beli button ni dalam RM3.00 pastu dapat satu free badges. Mungkin orang kata "membazir je beli benda-benda mengarut ni". Ala sekali sekala buat koleksi apa salahnya kann?.  Button ni berguna ape?, boleh tempek kat pencil box tak pun beg, haha

Kipas susah mati Running Man?. Boleh join group GOM Shoppe. Kat situ macam-macam jual barang running man termasuklah tshirt yang comel-comel.

GOM Shoope

Friday, July 12, 2013

Dia di hatiku

sila ambaikan gambar ini. Hiasan semata-mata :P

Salam Ramadhan. Korang ingat tak entri Dapat tawaran UPU dan USM tu yang Miela dok riuh-riuh dapat dua tawaran sekaligus sampai Miela pening lalat dibuatnya,haha. Malah gambar di atas tu lansung takda mengena dengan UPU. Yoon Shi Yoon pilihan hati Miela?, ohh lagi lah takda mengena lansung. Minat je tapi pilihan masih lagi bukan.

*eh apa aku merepek ni?. Straight to the point, nak tahu tak siapa dia pilihan dihatiku?. Siapalah bertuah tu jadi pilihan hati Miela ni yer. Oh Dia itu ialah USM, bukan Usin Salah Makan yaa. Setelah di timbang kira tolak semua akhirnya Miela nekad memilih Universiti Sains Malaysia,USM sebagai pilihan hati. Bukan senang lepaskan UPM tu, UPM bagus jugak cuma course tu tak berapa nak luas peluang kerja. Kalau USM, course pengurusan still banyak lagi peluang pekerjaan Miela boleh pilih. Cara Miela memang begitu, ketepikan minat sebab masa depan lebih penting.

Plus, my parents galakkan pergi USM, sebab pilihan USM lebih baik dan dekat je dengan rumah Miela. Berkat mak bapak penting yee dok??. Haha dekatlah sangat, dalam masa sejam lebih sampai je Pulau Pinang. Lagi satu universiti USM dapat gelaran universiti APEX. Apa itu APEX? google sendiri. Tapi yang Miela tahu ijazah USM lebih laku dari universiti. Memang rugilah kalau tolak USM ni,dapat  gelaran APEX lagi

Buku panduan bagi siswa baru USM ;3

Mula-mula tu, ragu-ragu nak tekan setuju pergi USM. Yelah kan automatik say good bye to UPM. Tapi bila muncul kekuatan diri terus hilang perasan ragu tu. Then, terus print surat tawaran dan benda-benda alah yang lain. Banyak benda kena buat lepas ni.

Sememangnya bila ada dua pilihan mebuatkan kita keliru dan blur nak pilih. Nahh, dulu tahun lepas langsung dapat U, tapi kali ini lepas keluar matrik dapat dua pilihan U. Rezeki di bulan ramadhan katakan. Apa-apa pun I would like to say hye to USM.

Thursday, July 11, 2013

Dapat tawaran UPU dan USM

Salam Ramadhan. Tahu tak hari ni hari apa?. Hari ini kite dah cukup couple seminggu yer uolzzz #ehh. Tak sebenarnya hari ini sudah terjawab teka teki yang Miela tunggu selama ni. Macam makcik kat kampung tunggu anak dia pulang di hari raya *perumpamaan pelik. Menunggu dan menunggu. Hari-hari boleh Miela katakan, selalu usha facebook UPU dan laman web usm walaupun tahu result keluar 11 hrbln. Haha mana tahu result keluar awal. Haha gila bukan?.


Sebelum result keluar perasaan Miela gambar di atas ni, haha over kan?. Pagi-pagi  dah dok depan lappy tercinta. Tunggu punya tunggu akhirnya keluar jugak. Terketar-ketar jari ni nak taip no IC, nasib baik tak lupa. Macam mana tak terketar-ketar, sebab benda ni melibatkan masa depan.


Alamdulilah, dapat dua tawaran sekali gus berkat bulan ramadhan. Bertambah lagi dugaan, dulu dugaan menunggu sekarang dugaan nak memilih Universiti. Nampak je senang, tapi nak buat pilihan tu payah. UPM dan USM, dua-dua antara universiti terbaik di Malaysia. Haih susahnya nak pilihan. Hmm thinking again. Semoga Allah permudahkan Miela dalam membuat pilihan.

P/s: What you see is what you get