Saturday, November 30, 2013

USM ranking pertama web universiti di Malaysia

Salam readership dari home sweet home. Hehe yeay minggu ni balik rumah, maklumlah rumah dekat je, kurang sejam setengah sampailah rumah itupun sebab selalu jem atas jambatan. Kalau  jambatan Pulau Pinang kedua dah siap, insyallah lagi cepat sampai rumah. Mau balik tiap-tiap minggu :P.

First of all i would like to congrats my own university, USM because got the first ranking web of university in Malaysia. Tetiba rasa bangga jadi student USM, sesuai sangat dengan universiti APEX. So sesiapa lepasan diploma, matrik dan stpm mai mohon USM.  Sebab USM terletak atas pulau, tengah bandar boleh nampak dunia, hewhewhew. Sekarang USM tak bukak lagi pemohonan kat pohon.usm.my. Nanti kalau dah bukak, pakat mai serbu mohon naa.





WE LEAD!!

Friday, November 29, 2013

I'm Lonely

p/s: entri ni sudah lama di dalam draf, so mood menaip ketika itu tengah lonely agaknya.


Salam readership. Sebelum ni Miela selalu update tentang fact ja, cumanya hari ni nak update luahan hati gitu. Sedar tak sedar dah 2 bulan Miela study di USM. Dan korang mungkin tak tahu ada seorang blogger femes study kat sini, cuma Miela tak pernah jumpa. Siapakah blogger itu? you can guess.

Tapi Miela bukan nak cerita tentang blogger itu, tapi Miela nak cerita tentang sejauh mana kehidupan Miela di sini. Alhamdulilah Miela dapat sambung study di USM. Sumpah, kehidupan alam universiti sangatlah berbeza dengan kehidupan Miela masa matrik mahupun sekolah. Tak da dah cikgu/lecturer bagi ilmu makan suap, semuanya kena ada usaha diri sendiri. Belajar pun macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. So kena kerah diri sendiri untuk study lebih.

Firstly, Miela masuk sini macam lost. Sebabnya Miela langsung takda kawan. Kawan kenalan matrik langsung takda sangkut kat sini. Then, kawan baik pun tak sama U. Seriously sedih sangat, kalau dulu di matrik Miela selalu lepak dengan bilik kawan baik. Senang cerita apa-apa benda kami tetap bersama. Seperti korang tahu mungkin Miela nampak je ramah di blog, facebook atau mana-mana laman sosial yang hakikatnya Miela sebenarnya nampak pediam

Miela sebenarnya seorang yang jenis "orang kena tegur aku dulu". Dunia blog dengan dunia luar berbeza, sebabnya tulisan sesorang pun belum cukup mengambarkan personaliti sesorang. Tapi, bila orang dah betul-betul kenal Miela, sebenarnya Miela bukanlah seperti orang sangkakan, kadang-kadang orang cakap Miela ni banyak mulut, dan lawak *orang cakap hehe.

Tapi tulah, sampai sekarang Miela masih belum jumpa kawan yang betul-betul rapat. Just ramai kenalan, kalau jumpa say Hai takpun tanya soalan basa basi gitu. Hakikatnya bila hujung minggu macam ni, lebih banyak terperap dalam bilik. Setakat ni Miela tak pernah lagi outing dengan kawan-kawan. Lagi satu, di sini Miela banyak jalan sesesorang ke kuliah, nampak sedih dan lonely disitu.

Jadi Miela banyak positifkan diri sendiri. "Mungkin dorang takut tegur aku sebab aku nampak sombong?" . Miela jarang menangis sebab keseorangan, sebab Miela fikir nak dapatkan sesesuatu mungkin mengambil masa. Lagipun di USM, Miela ada roomate dan kawan-kawan. Mungkin dalam proses menyesuaikan diri walaupun agak lambat.


Friday, November 22, 2013

Uji otak anda

Salam readership. Tahu tak hari apa?. Haa jumaat la kan. Hari yang paling student suka, sebab hari last kelas untuk minggu ini. Tak kira dari zaman sekolah, zaman matrik dan zaman U memang hari jumaat, lepas kelas Miela takkan study untuk satu hari. Sebab Miela nak rehatkan kepala otak ni daripada study, hehe. So, banyak habiskan masa dengan laptop ni.


Sebut pasal otak, Miela nak recommended satu test ni, sommer braintest . Korang just ambil test otak tak sampai satu minit pun. Test ni tujuan kita nak tahu yang kita ni lebih kepada otak kanan atau otak kiri atau kedua-dua sekali. Secara ringkasnya otak kanan dan otak kiri:

Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory)
Bagi Miela otak kanan macam orangnya macam relax sikit, suka berangan dan berseni serta kreatif gitu. Manakala otak kiri jenis orang hard study la kot, sebab orang kiri pandai matematik, berfikir kepada logik dan mudah ingat. Jeng jeng nak tahu hasil test tadi, Miela otak jenis apa. Tadaa......


Rupa-rupanya saya cenderung takda otak kiri dan kanan. Kiranya Miela seimbang la, dua-dua otak pun pakai. Cuma bezanya sedikit dari otak kiri dengan otak kanan. Yang tadi Miela cakap otak kiri kuat study, Miela tak kuat study macam orang, hoho. Miela study bila nak study je, boleh jadi stress study hard sangat. Bab kreatif dan inovatf  kadang-kadang idea Miela boleh pakai kadang-kadang tak, haha. Tapi kalau nak senang lihat daya kreatif Miela, tengok design blog pun cukup dah, semua ni Miela design sendiri. Tapi yang penting Miela guna kedua-dua belah otak dengan sebaikanya *puji diri sendiri. Korang pula jenis otak apa? sharelah kat sini...