Sunday, April 06, 2014

Bila april

Salam readership. Akhirnya kita bersua kembali setelah sebulan tak mengupdate entri, berikan tepukan gemuruh buat cik miela, yeahhh -,-" . Very nice date right? hari 6/4 last update entri 6/3 *waktu entri ditaip*, sah memang cukup sebulan. Miela bukan malas tak nak update entri selalu, tapi kekangan masa tu haa. Ini pun waktu time cuti mid semester hoo.

Nak buat aconor, hidup sebagai student selalu sibuk. Tambahan pulak semester ni Miela ambil 8 subjek dengan subjek paling tough sekali, business law memang kena study lebih. Pening betul nak fahamkan law dan saat paling kritikal sekali bila dapat soalan suruh tentukan hukum apa. Huhu susahkan jugak tentukan hukum mana satu, yelahkan darah yang mengalir dalam badan cik miela ni bukan darah tuan-tuan hakim arif lagi bijaksana. Selain tu sekarang sibuk nak kumpul myscd. Join je macam-macam waktu semata-mata mycsd, wah nampak sangat tak ikhlas :P. Peduli apa janji mycsd. Hanya budak usm je tau bertapa pentingnya mycsd T.T.

Ok now cik Miela nak bagitau kat hampa ni yang  Miela ada sponsor dalam satu giveaway by Amirah Azman . Kalau sudi join lah, tak keluar duit hampa pun. Modal taip entri dengan ikut syarat-syarat yang begitu mudah sekali. Nak tahu cik Miela sponsor 2 keychain felt owl handmade . Cik Miela buat sendiri, baru nak berjinak-jinak dalam dunia kraf felt. Dulu Cik Miela pernah cerita tentang pengalaman menghadiri kursus menjahit felt dalam entri ni. Sebenarnya keychain tu besar, lebih kurang besar external hardisk gitu. Tapi yang penting comel, hehe. Jangan lupa join yee.

Burung hantu yang comel ^-^

Ok, Miela tak nak taip entri pepanjang kang lagi merapu. Lagipun Miela rasa seram pulak seseorang kat ruang tamu, orang dalam rumah dah tidur tinggal Miela yang sorang je yang setia depan Lula *nama lappy* . Dengan ribut kuat kat luar, baik chaw dulu masuk bilik. See you next entri :).

Thursday, March 06, 2014

Beli buku terpakai dengan Bookup.my


Salam readership. Kenapa perlu berbelanja lebih untuk buku rujukan yang hampir mencecah RM100++ sedangkan kita boleh pakai buku rujukan secondhand yang sama dengan original 100% cuma tak ada bau kedai sebab bukan buku baru, hehe. Yang penting kita boleh guna buku rujukan untuk study dengan cara paling jimat.


Jawapannya ialah Bookup.my  . Waeyo?? . BookUp satu gedung yang menjual buku terpakai sebanyak 80% secara online. Bukan semua student macam kita mampu beli buku original. Dahlah tak dapat biasiswa, harapkan duit hutang ptptn ataupun baucer buku yang setahun sekali je dapat. Sedangkan setiap tahun ada dua semester. Dalam satu semester tu kena beli macam-macam buku mampu mencecah RM500++.

Tapi lain citanya BookUp ni, seperti Miela bagitahu tadi korang boleh jimat sehingga 80% dari harga buku asal. Menariknya lagi korang juga boleh jual buku terpakai melalui BookUp. Yelah kan daripada engkau perap buku tu sampai dimakan oleh anai-anai lebih baik jual je dapat jugak duit sikit. Cuma perlu ikut step yang diberikan.


Bercerita tentang pengalaman Miela berurusan dengan BookUp minggu lepas. Pada mulanya Miela ternampak iklan BookUp dalam USM, mahu tak terbeliak mata balik bilik terus buka website BookUp . Walaupun baucer buku BB1M dapat, tapi tak cukup pun nak beli buku original semua sekali yang diperlukan untuk semester dua. Pada asalnya Miela berurusan online dengan BookUp, tapi bertuahnya Miela dapat save money untuk delivery fee sebab kebetulan BookUp nak datang USM. So, Miela beli by the hand at the same time I sell my previous book have use before. Begitulah ceritanya budak nak berjimat beli buku :P.

Jika korang berkeinginan nak beli buku terpakai atau menjualnya, bolehlah terus ke Bookup.my atau Facebook BookUp . BookUp tidak terhad jual buku rujukan tetapi jual novel english, buku motivasi dan lain-lain. Sekarang BookUp buat promotion bagi baucer RM2 apabila sign up di BookUp. Cepat daftar sekarang,  sebelum promosi tamat *ayat gaya promoter cehwahh*. 



p/s : Esok tak ada kelas, yeay.