Saturday, June 21, 2014

Tukar warna

Salam readership. Alhamdulilah hari dah masuk hari kedua Miela berada di home sweet home. Maklumlah dah habis exam, hehe. Rasa lega yang amat. Yang tak habis exam bawak bersabar yaa, teruskan perjuangan anda di dewan exam.

Semalam, Miela redesign blog ni. Seperti korang nampak, blog ni dah bertukar kaler. Sekejap je design, tak sampai sehari pun. Padahal main tukar-tukar kaler je. Tak reti nak design hebat-hebat macam blog orang lain. Blog yang dulu yang kaler pink pun dah cukup setahun, so kenalah tukar baru. Orang kata setahun hanya sekali. Eh macam raya pulak, bulan posa pun dah nak dekat.

Design blog 2013/2014

As you can see, design yang sekarang macam lebih kurang sama dengan design lama. Cuma design sekarang lebih simple dan nampak matang sesuai dengan umoq tuan blog ni yang nak masuk umoq 20 tahun, kononnyyyyaaa. Ada suara-suara sumbang mengatakan design blog lama ni macam kebudak-budakkan, takpa lah janji orang baca blog kita sudah, ye dook?. Dan most important, blog tak loading lama. Kalau blog lama pasti akan jejaskan bilangan view.

Untuk background blog ni pula, Miela ambil dari cerrybam.com . Kat situ banyak background cantik-cantik. Cakap ja nak kaler apa, merah kah, biru kah, pink kah, nak kaler pelangi pun boleh haha. Kalau tak tau nak tukaq background macam mana, boleh tanya Miela.

p/s : Holiday mood is on. Yeayy

Wednesday, June 04, 2014

Apa-apa jerr lah


Salam readership. I dah tak tahan ni, I nak update blog jugak!!. Ini symptom baru lepas tengok video panggilan hangit encik izzuddin hahaha. Nampaknya dah sebulan lebih tak update blog, fuyooo sibuk nampak?. Hmm hmm. Hati ini sebenarnya niat dah tak nak update blog sampai habis exam, tapi tengoklah sekarang ni dah beranak satu entri dah pun. Takpe lah  rehat sebentar bersama blog tercinta ni hehe.

Sebenarnya macam-macam benda nak update ni, tapi exam dah nak dekat biar hold dulu. Nanti lepas exam, haa update puas-puas. Cuti 3 bulan woo, memang syiok arhhh. Dalam masa sebulan lebih tak update blog, rupanya banyak jugak cpuv masuk, trafik blog tetiba naik mendadak walaupun blog ni jarang update. Bila di kaji balik rupa-rupanya ramai yang search tentang entri-entri lepas tentang matrik, ramai lah dok cari. Itulah kelebihannya guna teknik SEO, walaupun berbulan tak update blog trafik tetap naik.

Exam pun dah tak lama lagi, tinggal berapa hari je lagi. Tengok jadual exam, perghhh pack. Gap exam cuma ada 3 hari je total. Tapi yang syioknya exam habis awal. Namun balanya last payper Business Law, aiyoo kalau exam last papyper salunya hancus sebab ingat nak balik je kih kih. Padahal umah dekat ja. Sapa yang ambik Business Law memang faham azabnya. Haii redha jee lah, janji dah usaha sebaik mungkin.



Pejam celik pejam celik semester dua pun dah habis, well alhamdulilah semester depan dapat lagi duduk kat hostel saujana. Nasib baik Saujana sayanng kite, kalau tak merempat duduk buat jambatan huhu. Ok dahh tak boleh lama-lama lepak kat sini, nyahhh kau pergi study cepat.


p/S: Doakan kan saya untuk exam semester dua ni