Thursday, July 03, 2014

Tutorial: Cara buat header transparent simple dan mudah


Salam Ramadhan. Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Macam dah lama tak buat tutorial. Dahulu kala, 3 tahun yang lalu Miela ajar Tutorial: Cara buat header tanpa mengunakan adobe photoshop . Entah reader faham ke tak dengan tutorial tu, maklumlah dulu masih budak-budak lagi nak mengajaq pun hehe. Tapi kali ni Miela nak ajaq cara buat header dan mudah tapi guna Adobe Photoshop. Ala kacang jaaa.

1. Mula-mula bukak adobe photoshop, tak kiralah  CS4, CS5, CS6 mana-mana pun sama je. Miela guna Adobe Photoshop CS6.


2. Pilih File > New .  Pastu jumpa la kotak seperti bawah ni. Size korang adjust sendiri ikut saiz korang nak. Macam Miela buat saiz 960 x 236 pixels . Lepas tu tekan ok. Part ni korang cuma adjust saiz saje.


3. Pilih icon T yang belah kiri korang untuk naik taip huruf. Seperti bulatan merah dalam gambar. Lepas tu korang taip words yang korang nak. Untuk centrekan words tu, korang boleh kilik icon anak panah tu untuk gerakan words, juga seperti dalam bulatan biru dalam gambar dibawah. Manakala untuk resize words tekan ctrl + t .


4. Untuk tukar warna words, higlightkan words tu dulu, kemudian klik icon segi empat tepat untuk pilih warna. 


5. *Option* Kalau nak lagi cantikan header tu boleh klik text layer untuk adjust. Nak tambah stroke, shadow, gradient etc pun boleh.


6. The second last step, unclick icon mata dekat background layer. Kalau tak jumpa juga, boleh tengok bulatan oren dalam gambar kat bawah. So background dah jadi petak-petak, takda warna putih kan? . Itu maksudnya header tu dah transparent. If kalau huruf macam tak kemas lagi, boleh klik seblah icon aa dekat atas header tu *kotak kuning dalam gambar*, nak smooth, sharp ke, strong pun boleh sampai korang rasa puas hati dengan header


7.  Last sekali klik file>save as . Pastikan format nak save PNG. Kalau tak menjadilah header transparent korang tu yeee. 


Senang kan buat header guna adobe photoshop??.  Tak payah korang nak potong ikut huruf untuk buat header transparent. Cuma untick background layer dah jadi. Selamat mencuba!!

Wednesday, July 02, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My


http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Salam Ramadhan. Kenali Nile? Nile online shopping Malaysia yang menjual baju muslimah , pakaian , kasut , buku , kelengkapan rumah dan lain-lain dengan harga yang sangatlah berpatutan. Sebelum ni pun Miela pernah shopping Nile . Waa sekarang ni Nile buat offer free delivery sempena ramadhan ni, macam menarik je. Tapiiiiiiiiiiiiiii lagi best dapat RM300 free dari nile.com.my !!.  Nile telah lancarkan giveaway sempena hari raya ini.

Kalau dapat RM 300............ Miela akan spend RM150 untuk family Miela. Mungkin Miela beli kuih raya kot, maklumlah orang kat rumah memang kuat makan kuih raya. Malam raya, satu balang pun boleh habis kuih raya. Then, lebihan dari RM 150 untuk bagi duit raya kat anak-anak buah, hehe. Oh ada lagi RM 150, of courselah shopping. Nak beli baju, kasut dan tudung. Dah terbayang ni, harap-harap ada rezeki menang giveaway ni. Nak join, klik sini .