Tuesday, January 13, 2015

Ke Sarawakkah kita?


Teringin nak tangkap gambar kat sini

Salam Readership. Yes!! lagi seminggu Miela akan terbang dari bumi semenangjung ke bumi kenyalang. Hampa nak tau, Miela punya excited nak pergi Sarawak. First sebab tak pernah naik flight, kahkahkah mesti hampa gelak kan?. Memang minah kampung ni jakun sikit. Macam manalah nak naik flight, memang takda keperluan nak naik flight. U pun dekat, nak melacong ke luar negara ermm memang taklah. Kite paling kuat lepas ke luar negara, sempadan Thailand je. Ingat naik flight macam bas rapid, bayar RM1.20 boleh ronda satu penang haha. Cuma kan, kes AirAsia QZ8501 buat Miela sedikit gentar. "Eh betul ke aku nak naik light?" Mula-mula cuak jugak, rasa tetiba nak batalkan tiket flight. Tapi gila kau, nak batalkan tiket flight RM300++, penat gua kumpul duit nak beli tiket flight T.T. Last-last pergi jelah, kalau benda dah nak jadi, dia akan jadi. Kawan-kawan dok bagi nasihat "Hang tak payah risaulah, Insyallah tak jadi apa-apa.". Nampaknya sangat Miela dok gelabah, hahaha faham-fahamlah first time.

The second reason is orang excited sebab tak pernah lagi Sarawak. Selama ni dok tengok tv, baca blog pasal Sarawak akhirnya dapat jugak pergi Sarawak sebab rumet Miela orang Sarawak. So, senanglah sikit kalau pergi Sarawak sebab ada kawan. Kang pergi seseorang, menangis dalam kesesatan nanti T.T. Kiranya rumet mila akan jadi pemandu pelacong yang tak berbayar nanti,hahaha. Untung tau kalau ada kawan berlainan negeri, nanti-nanti cuti sem hampa boleh ikut balik ke negeri depa. Boleh makan angin sekali. Miela memang suka bab melacong, kalau boleh satu dunia nak travel. 

Boarding Pass

Doakan Miela semoga selamat pergi dan sampai. Semoga perjalanan ke sana dirahmati Allah. Aminnnn. Dikatakan perjalanan dari Penang ke Sarawak 1 jam 45 minit. So sesiapa yang dok Sarawak mehlah jemput Miela kat Kuching International Airport , bawak gang dengan sepanduk yeee. Hahaha apa kau ingat, Miela ni retis antrabangsa ke apa? . Haha Miela gurau-gurau je.

Mood: Tazzzzabar pegi Sarawak, huhu

Saturday, January 10, 2015

DOWNLOAD DORAEMON STAND BY ME 3D



Salam readership. Amboi mentang-mentang dah habis exam, benda wajib selalu student buat tengok movie. Padahal hampir tiap-tiap minggu tengok movie :P. Pagi tadi baru je download Doraemon Stand By Me 3D . Nak tunggu filem ni tayang kat Malaysia, sampai ke sudah tak tayang-tayang. Padahal filem ni  dah lama tayang kat Jepun, bulan ogos tahun lepas. Miela ni memang peminat tegar Doraemon, hampir semua movie Doraemon dah khatam. Doraemon Stand By Me memang wajib kena tengok. Movie ni dia gabungkan tiga kisah cerita iaitu masa Nobita mula- mula jumpa Doraemon, masa Nobita nak kahwin dengan Sizuka dan masa Nobita berpisah dengan Doraemon. Yang part nak berpisah tu, sedih sangat tapi..... Haa apa tapinya?, kena tengok lerrr. Mana boleh habaq, tak suprise lah jadinya kannnnnn.



TRAILER DORAEMON STAND BY ME 3D


LINK DOWNLOAD:

P/s : Miela play je video tu, kemudian mucul IDM terus download. Lebih selamat sikit daripada direct download

Tamat semester 3




Salam Readership. Fuhhhhhhhhhhh. Dah 3 bulan tak update blog. Sejujurnyannya kan, masuk semester 3 Miela agak busy sikit daripada zaman first year dulu. Semester 3 Miela banyak sangat join aktiviti sana sini, handle projek handle tu projek ni. Sampai blog kesayangan terabai T.T. Sorry naa sayang. Rindu tau blog ni, sekali sekala jenguk blog ni tapi tiada masa nak meniap nokss.

Sekarang dah habis exam dan menikmati cuti semester di HOME SWEET HOME hohoho. Semester 3 ni Miela ada 6 paper je. Habis exam kemarin, 9/1 hari tu. Haishhh tak taulah apa yang Miela jawab masa exam. Takpelah kan janji dah lepas, tawakal je mampu Miela lakukan. Kepada yang tak habis lagi, sabaq naaa. Tabahkan hati, jangan hilang semangat study bila tengok rakan dah balik rumah. Bertahanlah, sikit lagiiiiiiiii. Chaiyok2 hehe.

Banyakkkkk lagi Miela nak update blog ni. Kalau cerita semua dalam satu entri, berscroll-sroll panjangnya. Idea dalam kepala ni dah banyak, tunggu nah luahkan dalam blog. Tunggu entri seterusnya. Stay tune.