Friday, March 20, 2015

Big Bad Wold Books at Penang Times Square


Salam Readership. Hoho agak lama Miela tak update blog di sini. Alasan klise: sibuk, sibuk menyambung pelajaran. Memang betul pun. Tapi cuma hari ni, rasa-rasa macam nak rehat dari buat assignment. Maklumlah hari ni ada kelas paling favourite, kelas cancel HAHAHAHAHAHA.


Minggu lepas Miela berkesempatan pergi ke Big Bad Wolf kat Penang Times Square. Dah ada orang nak bawak, kita ikut jelah. Lagipun ingat nak habiskan baucer, tapiiiiiiiiii *cerita kemudian. Terima kasih kepada uncle Waze akhirnya sampai juga kami ke Big Bad Wolf. Sebenarnya kami tak tau jalan, walaupun dah 2 tahun Miela study kat USM hikhik.

Kira-kira kol 11 lebih sampai juga ke Big Bad Wolf. Perghh gila ramai baq hang, kat situ. Oh macam menarik je then masuk. Rupa-rupanya kat situ banyak jual buku english. Masalahnya Miela ni jarang baca buku english kecuali buku teks pelajaran itu pun tak pernah khatam huhu. Btw, teringin juga nak baca buku macam ni, mungkin lebih banyak beza dengan buku Melayu.

Buku Melayu ada ja jual tapi tak banyak, cuma 3-4 table je. Yang bestnya Big Bad wolf jualan buku terpakai 75%-95% . Jangan ingat buku terpakai tu buruk-buruk, masih elok lagi macam buku baru!!. Contohlah novel melayu harga asal RM20, tapi korang cuma dapat RM5 sahaja. Begitu jugak dengan buku english, boleh dapat harga RM10, RM15 dan RM20. Tersangat berbaloi lah kalau pergi sini



Tadaaa ni lah buku yang Miela beli di Big Bad Wolf. Ingatkan nak habiskan baucer RM250, tapi nilainya terlalu besar. Kalau habis RM250, kena bawak bagasi la gamaknya sebab buku terlalu banyak. Jadi Miela dapat habiskan sekeping baucer RM50 untuk 8 buah buku. Berbaloi kan?. Miela  pun try-try beli buku english itu pun buku kanak-kanak hahahaha. 

Kepada yang dok di sekitar penang yang belum pergi lagi. Jemputlah datang ke Big Bad Wolf di Penang Times Square. Sempat lagi aihh nak pi, sampai 23 haribulan ni. Jom pakat-pakat serbu naa. 


Tuesday, February 17, 2015

Sponsor February Giveaway by Mellya and Friends

Salam readership. Ni Miela nak habaq kat hampa semua, untuk kali keduanya Miela telah jadi sponsor untuk February Giveaway by Mellya and Friends. Mai ajak kawan-kawan, jiran sebelah, sepupu sepapat join giveaway Mellya *bunyi nak dekat sama ja nama . Banyak tau hadiah menarik seperti yang tertera

barang yang disponsor oleh cik miela

Segak tak sweater ni???.  Inilah sweater yang Miela sponsor untuk givaway ni. Bukan satu Miela sponsor tetapi DUA!!. Haaa apa lagi, jangan dok tercengat depan laptop. Join lekaih  February Giveaway by Mellya and Friends sebelum giveaway ni expired . Syarat dia tak susah mana aihh. Mana tau kot-kot hampa untung sabut dapat hadiah yang Miela sponsor ni. Kalau tak pun, hadiah lain apa kurangnya, yaaaa tak??. Sambil-sambil dapat kenal blogger lain, boleh tambah follower. Memang tak rugilah kalau join. Jangan lupa naaaaa join  February Giveaway by Mellya and Friends.

p/s: Mood nak speaking utagha