Friday, July 03, 2015

Resepi agar-agar Oreo Milo

Salam Ramadhan. Nak berbuka tapi bosan dengan dessert yang sama?. Apakata kali  ni berbuka dengan dessert Agar-agar Oreo Milo. Bunyi pun macam sedap ja, actually dessert ni memang sedap perghhh. Resepi ni Miela dapat from another blog tapi Miela ubah ikut gaya Miela haha. Dan buat agar-agar ni senang ja nak buat, bahan pun mudah dicari.

Bahan-bahan yang diperlukan


Bahan-bahan:-

12grams paket agar-agar
600 ml air *anggaran 1 botol air
1 tin susu
7-9 sudu besar gula *kalau nak lebih manis boleh letak lebih
Setengah paket besar oreo *lebih tu boleh makan terus hehe
Serbuk milo secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Masak agar-agar hingga cair kemudian masukkan susu dan gula. Kacau dengan sebati.
2. Asingkan 3/4 dari periuk. 3/4 agar-agar itu yang di masak bancuh dengan serbuk Milo kemudian tuangkan dalam bekas untuk lapisan pertama.
3. Bila lapisan pertama agak-agak dah keras tu tuangkan lebihan agar-agar atas permukaan lapisan agar-agar Milo. Tak perlu tunggu lama-lama untuk lapisan pertama betul-betul keras takut nanti tak melekat dengan lapisan kedua.
4. Selepas tuang lapisan kedua tu, hancurkan oreo tersebut dan taburkan keatasnya
5. Bila agar-agar betul-betul mengeras, boleh siap untuk dihidangkan.

Siap!!


Mudah kan?. Agar-agar ni sekejap ja buat, cuma nak tunggu dia keras je. Dan hasilnya memang sedap sampai licin. Hoho Selamat Mencuba!!

Thursday, July 02, 2015

Shopping dengan Muslimah Clothing

Salam Ramadhan. Sekian lama berbulan-bulan tak shopping online, so menjelang nak raya sempat juga shopping online. Tambah-tambah bulan puasa ni, daripada penat-penat cari barang apa yang kita nak lebih baik cari dalam online. Semuanya ada, cakap ja nak warna apa biru, hitam, kuning, hijau,? pilih sahaja.

Al kisahnya begini, Miela baru beberapa hari lepas shopping baju kat kedai biasa. Disebabkan susah nak cari tudung yang matching dengan jubah, hmmm beli online jelah kan. Sudahlah beli baju raya tu jenuh pusing kedai, ni nak cari tudung yang sesuai dah tak larat nak pusing-pusing cari.

Kemudian Miela terjumpa satu butik online Muslimah Clothing, so pergi situ laa. First Miela klik bila jenguk laman web tu, Miela klik Warehouse sale hahaha. Mana tahu ada tudung yang kita nak ada dalam sale kan. Jimat duit betul tak?.

Sale sale sale

Dikutkan semua nak beli, boleh bersaing dengan Che Ta baju raya 60 pasang. Tapi takpalah, kang kena bebel dengan Mak huhu. Lagipun niat asal nak membeli tudung. Akhirnya jumpa jugak tudung pilihan.

Shawl Salema Satin-Starfruit. Harga RM37.00, RM33.30
Shawl ni matching dengan warna baju raya, warna yang cantik ditambah material satin

Shawl Dollies Halfmoon-Mint RM32.00, RM19.00
Alang-alang membeli, tambah lagi satu lagi shawl. Warna yang cantik dengan corak polkodot gitu




Dan semalam abam posmen hantar parcel kat kite. Gembira bila tengok barang yang kita order dah sampai. Dahlah beli dengan harga sale, bila pegang material tudung perghhhh memang kualiti kain sangat terbaik. Tudung pun besar dan labuh lagi senang nak bergaya mengikut syariah kan. Memang rasa berbaloi beli di Muslimah Clothing.

Muslimah Clothing
Twitter: @MCCLabuhLonggar
Instagram: muslimahclothing