Tuesday, February 09, 2016

Tutorial Melukis Doodle Muslimah Dengan Mudah

Salam Readership. Sebelum ni memang ramai juga bertanya macam mana nak buat doodle. Jawapannya Microsoft Excel. Malah orang yang tak reti melukis macam Miela ni, lebih suka guna excel berbanding Paint Tol Sai, Adobe Photoshop, Paint etc sebab excel ada bentuk (shapes) sedia ada. Tinggal nak ubah colour,size dan juga curve.

Untuk hari ni nak share cara lukis doodle muslimah dengan mudah terutamanya yang baru nak belajar nak melukis doodle. Harap korang boleh follow tutorial ni. Kalau tak faham boleh tanya yaaa


1. Select insert>shape>flowchart (delay shapes)
2. Tukar colour dan outline ikut warna kesukaan

3. Insert pula shapes oval kemudian resize kepada size yang sesuai.
4. Tukar colour shapes dan outline warna yang korang suka.

5. Masukan shapes mata warna hitam pula. Susun seperti di dalam gambar
Tips: Kalau nak mudah kerja copy paste je mata doodle supaya size mata sama.

6. Untuk buat mulut doodle, insert block arc shapes. Susun dan warna shapes mengikut kesesuaian


7. Klik mana2 shape, kemudian tekan ctrl+A. Right click, select group. 
8. Klik shapes yang sudah digroupkan, kemudian copy

9. Buka paint dan paste. Ok dah siap boleh save as doodle anda.

Saturday, February 06, 2016

Download substitles di Subscene

Salam Readership. Miela tak sure ramai ka dah tahu tentang kewujudan Subscene ka belum. Tapi tetap juga nak taip pasal Subscene, kalau yang tak tahu mungkin tambah ilmu sikit kan. Actually, dah lama tahu tentang kewujudan Subscene itupun sejak gila tengok movie kat hostel hahaha. 

Pernah tak hampa bila copy movie dari kawan atau download movie luaq negara punya. Bila bukak tengok langsung hampa tak faham sepatah haram depa cakap. Lagi-lagi kalau bukak movie Thailand atau Bollywood, fuhhhh. Sayang pulak kalau nak delete kan. Miela suggestkan hampa download substitles di Subscene ni. 


Ada pernah satu peristiwa tu kan. Miela download movie Dilwale sekali dengan subtitles. Bila tengok, alamak subtitles macam apa tah. Tak matching langsung. Typo subtitle pulak bersempah, haha. So cari subtitiles yang lebih baik dekat Subscene ni. Selain tu juga, bila tengok movie Hollywood kalau pelakon dia speaking tak berapa nak faham. Kat subscene jugak, boleh download subtitles malay. Alang-alang meh Miela nak tunjuk tutorial nak letak subtitles dalam movie


Contoh nak download malay subtitles Maze Runner. Search ja kat kotak subtitles search, nanti hampa akan jumpa yang macam ni



Lepas tu dia ada bagi list subtitles. Macam-macam language ada. Selalu yang ada kotak warna hijau, subtitle memang berkualiti lah. Lepas tu klik list yang hampa suka.



Tekan download, dia akan keluar lebih kurang macam ni. Sekejap je download subtitles ni sebab pakai kb sikit. Normally, subtitles berformat srt. 


Lepas dah siap download, bila buka movie drag je file subtitle masuk dalam video player. Kalau tak boleh juga klik insert subtitles from file.


Maka boleh tengok movie dengan subtitle. Tambah-tambah lagi ada subtitle bahasa kita, mudah lah kita faham jalan ceritanya. Lepas ni takda blur tengok movie, krik krik tak faham. Subscene kan adaaa.

p/s: Kalau dapat subtitles lari timer dengan movie. Try and error download list subtitles yang lain di Subscene.

Tuesday, February 02, 2016

Senarai Peserta Segmen Bloglist by Cik Miela



Salam Readership. Berikut Senarai Peserta Segmen Bloglist by Cik Miela :




Sambil tu boleh blogwalking berkenalan dengan blogger lain ya. Kepada yang belum lagi join, masa ada masa lagi untuk join sehingga 13 Februari 2016. Jika berminat boleh terus ke entri Segmen Bloglist by Cik Miela.