Saturday, February 20, 2016

TUTORIAL MELUKIS KARTUN KAEDAH TEKAP (Mircosoft Excel)

Salam Readership. Tutorial sebelum ni Miela ada ajar melukis doodle dengan kaedah paling mudah sekali dengan mengunakan shape sedia ada di entri ini . Tapi kali ini Miela nak ajar cara melukis sedikit advance dari sebelum ni. Cumanya korang guna shape yang sedia ada tetapi ubah line dan points shape ikut gambar. Yang bestnya yang tak reti melukis tu, kaedah tekap ni membuat korang rasa boleh jadi pelukis profesional kononnya haha. Let's follow tutorial step by step.


1. Insert gambar korang nak lukis. Sebagai contoh tutorial, saya pilih gambar Minions. Kemudian resize gambar Minions sebesar korang nak. Lagi besar gambar, lagi cantik kualiti gambar bila save nanti.



2. Yang ini saya pakai size dalam anggaran tinggi row 30.
3. Untuk badan Minions saya guna shape bulat. Untuk lebih mudah menekap, klik disable colour shape fill untuk lebih nampak. Resize ikut bentuk badan.



4. Dah masuk shape bulat, tapi tak ikut badan minions?. Mudah je klik format > edit shape > convert to freeform. Kemudian klik balik edit shape>edit points.
5. Sekarang korang dah boleh lukis tekap ikut badan minion dengan mengedit point shape.



6. Sambung pula buat lukis bentuk tangan, kasut, mata etc dengan bentuk yang sesuai. Tips dia kena pandai main edit point bila shape dah convert to freeform.
7. Tips 1: Kalau ada points yang tak sesuai boleh tekan delete



8. Bila dah siap lukis semua, korang akan nampak banyak shape yang digunakan. Seterusnya bolehnya fill shape dengan colour.



9. Tips 2: Fill colour bahagian paling luar. Contoh fill colour anak mata, kemudian mata seterusnya last sekali baru colour bahagian badan.



10. Tip 3: Kalau nak bagi ada tone colour untuk lebih cantik gambar boleh klik kat gradient.



11. Hasil colour seperti di dalam gambar. Kemudian tekan ctrl+a Right click, select group



12. Paste di paint. Kemudian dah boleh save gambar.






Tadaaaaaaa ni hasil lukisan Miela. Harap ada follow tutorial ni. Kalau tak faham boleh tanya di ruangan komen. 

Monday, February 15, 2016

Pemenang Segmen Bloglist by Cik Miela

Salam Readership. Sabtu lepas baru sahaja tamat Segmen Bloglist by Cik Miela. Maka hari ni Miela dengan besar hati untuk mengumumkan pemenang Segmen Bloglist by Cik Miela. Tahniah kepada pemenang dan tak menang tu boleh cuba lagi yaa.



1 x Toup RM10 + Bloglist 6 bulan :



10 X Bloglist 6 bulan :


p/s: Ucapan terima kasih juga kepada peserta yang join Segmen Bloglist by Cik Miela. Hope lepas ni kalau Miela buat segmen atau giveaway, pakat-pakat lah join hiks. Yang pemenang toup boleh pm saya di fecebook


Friday, February 12, 2016

Program motivasi di SMK Sri Kurau

Salam Readership. Minggu lepas Miela ada join program motivasi sebagai fasilator di sebuah sekolah. Menariknya sekolah tu sebenarnya sekolah lama Miela. Hampir 5 tahun tinggalkan SMK Sri Kurau ni, sekejapnya masa berlalu. Tak sangka pula cuti semester sempat juga menabur bakti di sekolah lama. 

Ceritanya begini. Miela ada suggestkan sekolah lama Miela kepada Mahasiswa Berbakti untuk buat program berbakti. Mahasiswa Berbakti sebenarnya kawan-kawan Miela juga. Depa ni geng yang suka buat program motivasi sekitar daerah kerian secara sukarela gituu.

Akhirnya depa terima suggestion Miela, untuk buat program motivasi di situ. Lepas dapat approval dari pengetua barulah dapat laksanakan program motivasi yang bertajuk "Program Motivasi Menuju Puncak" *haha dah macam bunyi Akademi Fantasia pula. Miela pula join program ni sebagai fasi jemputan ni heee.

Dah lama tak tengok pemadangan sekolah sendiri dari tingkat 1. Sebenarnya
sekolah ni ada bangunan  paling tinggi tingkat 1 je.

Wakil abang fasi start bagi ceramah pembakar semangat 

Orang bagi ceramah kat depan, haha sempat juga nak selfie :P

Di akhir program juga dapat berselfie mereka yang terlibat program motivasi ni. Pegang
monopod pulak macam terketaq-ketaq gambaq pun jadi tak berapa nak ready hahaha

Ni muka abang dan akak fasi yang terlibat dalam program motivasi di
SMK Sri Kurau



Last. Tak pernah sangka datang ke sekolah lama sebagai fasilator. Dulu masa Miela masih bersekolah alumni yang bagi ceramah atau jadi fasilator yang datang mostly ada rekod cemerlang masa sekolah. Boleh dikatakan yang datang tu memang senior calon straight A la kat sekolah. Sedangkan Miela jauh nak dicalonkan harapan sekolah, orang cakap sedang-sedang ja percapaian kat sekolah dulu. But now, Miela boleh datang ke sekolah lama dengan tujuan untuk memotivasikan junior-junior supaya mereka pun boleh ikut jejak untuk belajar sampai menara gading.