Wednesday, January 11, 2017

Beli LivingCabinet 12 Cubes Dark Veins DIY Cabinet Wardrobe dari Lazada



Salam Readership. Alkisahnya bila dah habis study maka bila nak bawak balik barang-barang dari U ke rumah, memang banyak giler barang dah beranak pinak oii. 4 tahun dok peram simpan barang kat U. Barang terlalu overload nak letak mana sampai terpaksa beli wardrobe baru ni haha. So nak save budget sikit beli wardrobe ni beli kat Lazada je.



Harga kat pasaran RM500 tapi kat Lazada boleh dapat harga RM129. Campur postage baru RM145.50. Harga memang berbaloi. Kalau siapa nak save budget beli wardrobe boleh beli DIY Cabinet Wardrobe ni. Tapi tak bestnya sebab tak banyak kaler pilihan dengan harga RM129. Kalau corak-corak cantik sikit, gambar kartun ke dia mahal sikit la.



Delivery dalam masa 3 hari barang dah sampai. Bila barang dah sampai, dia bagi kotak sederhana besar macam ni. Tak berat sangat pun.


Dalam isi kotak dia macam nilah rupanya. Yang tak bestnya korang kena pasang sendiri. Sesuai dengan harga dia. Miela pasang benda ni pun ambil masa 2 jam haha. Nak pasang senang je, ada guide diberi.


Siap dah pasang. Tapi nampak senget jugak. Nama pun pasang sendiri. Rasanya kalau pasang ketat sikit kat penyambung takde nampak senget kot. Well biasalah kalau beli online kadang-kadang tak sama dengan expectation haha. Dalam gambar elok je wardrobe susun tak senget. By the way, benda very value for money. Kalau tak mampu beli wardrobe mahal beli hat ni nak simpan barang ke baju ke. Benda ni diperbuat daripada plastik high quality dan penyambung dia daripada besi. Wardrobe ni memang kukuh la. Kalau berminat nak boleh ke link ini. 6/10 untuk LivingCabinet 12 Cubes Dark Veins DIY Cabinet Wardrobe .


Sunday, January 08, 2017

Nasi Ayam Nazir Sunshine Bayan Baru

Salam Readership. Kali ni nak review ayam paling sedap kat Penang iaitu Nasi Ayam Nazir Sunshine. Dah lama dah pergi tahun lepas hujung-hujung Disember 2016, tapi tahun ni baru nak update haha. Selama ni pergi Sunshine kat Bayan Baru tak perasan nasi ayam ni. Tapi bila dengaq orang cakap nasi ayam dia sedap, kami try rasa.



Kedai dia nampak bersih

Lokasi Nasi Ayam Nazir kat Sunshine Bayan Baru sebelah Mc Donalad. Nazir Cafeteria bukan saja jual nasi ayam je, ada bihun sup, asam pedas, nasi pecal dan lain-lain. Tapi paling femes sekali of course nasi ayam dia.

Tadaaa nasi ayam dia. Sambal nasi ayam nampak sedap

Dah rasa nasi ayam Nazir Sunshine. Memang sedap sangat. Sebab campuran sambal dengan kicap yang pekat buatkan ayam tu memang terasa sedap. Plus nasi pun lembut lagi menambah nikmat makan. So kalau datang or dok penang nak cari nasi ayam penang sedap boleh makan di Nazir Cafetaria Sunshine Bayan Baru, Penang