Friday, January 27, 2017

Shopping di website Guardian



Salam Readership. Hari ni nak review pengalaman shopping guardian tapi beli dalam online. Dan-dan nak review barang baru sampai 😂. Selalu beli kat store dia je. Tapi dengan musim sekarang asyik hujan je sampai malas nak keluar 😴. Bestnya beli kat online ni kita nak barang tu, dia akan tunjuk ada ke tak. Kalau beli kat store kadang-kadang barang kita nak takde, so macam sia-sia juga pergi kalau barang takda 😪. Cumanya beli online ni macam biasa ada charge postage. 

Kisah kenapa tetiba nak beli online walaupun duit sekarang tak berapa nak ada 😅. Sebab utamanya SALE!!. Miela ternampak iklan Guardian buat sale 30% kat Facebook, apa lagi usha nak tengok. Kebetulan tengah nak cari cushion sebab dah habis. Akhirnya jumpa la cushion yang sesuai, harga pun memang murah sangat. Kemudian tambah lagi item bath scrub alang-alang dah shopping

Harga murah sangat siap dapat free item lagi

Delivery pula patut barang dah sampai semalam sebab dah 3 hari dah, siap abam gdex call beria-ria nak bagi barang semalam, tapi tak sampai pun 😓. Maybe sebab hujan lebat sangat semalam. Tapi apa-apa pun barang dah sampai hari ni 😄. Bukak je puas hati, dapat extra barang pulak. Packing kotak product dia comel-comel je 😍. 


Barang pun dah sampai

Ingatkan free gift dapat satu barang je, tetiba dapat pencuci muka free fair & lovely

Review secara kasar untuk cushion AA Catty Doll ni, puas hati beb sebab dapat harga diskaun 30%. Selalu tengok kat online harga RM50 macam tu kot, tapi bila tengok harga asal RM29. Tapi beli harga diskaun kat guardian hanya RM20.83 😱!!. Ingat senang ke cari cushion yang murah tapi berkualti. Kalau tak percaya boleh tengok review kat Youtube pasal cushion AA Catty Doll ni, ramai beauty vlogger pakai.

Comel gila cushion powder dia 😍

Yang bath scrub pula belum try lagi pun, baru beli kan tak sempat guna. Tapi bukak botol dia bau dia wangi sangat. Untuk next if Guardian ada sale gila-gila of course I beli lagi kat online. Guardian dekat sini pun tak banyak and jauh. Kalau korang nak beli barang guardian secara online boleh ke online.guardian.com.my .


Wednesday, January 25, 2017

Umur berapa target untuk kahwin?


Sumbe gambar : Google

Salam Readership. Tak berapa pasti samada umur sekarang ni sesuai nak sebut kahwin ni ke tak. Ada yang cakap awal lagi tak payah kalut sangat tapi yang heran ramai jugak dah kahwin umur macam ni 😒. Masa zaman sekolah dulu ada juga target umur berapa nak kahwin, gatal jugak dulu noh 😂. Nasib tak pernah bercinta lagi zaman sekolah.

Tahun ni dengan rasa tuanya, umur nak masuk 23 tahun. Sebenarnya Miela target kahwin umur 24 sebab suka number genap haha *apa kaitan doh?. Tapi nak dekat dengan target barulah realize ingat senang nak cari jodoh?. Eh tak, Miela ni jenis pemalu memang jenis menunggu orang confess huhu. Sedarlah sebenarnya takde siapa minat kat kau, ok fine 😭.

Tapi pada yang sama kan bila nak dekat target sebenarnya tak ready langsung nak masuk alam perkahwinan ni. Walhal baru ambik kursus kahwin dalam dua bulan lepas itupun saja-saja je ambik. Sebenarnya perkahwinan banyak tanggungjawab bak kata Cik Epal perkahwinan bukan macam fairytale. Lagipun kan umur 23 tahun baru nak habis study, belum ada duit sendiri. Tak puas jadi anak dara lagi. Bila umur 20 lebih barulah kenal dunia remaja sebenar macam pergi tengok wayang ke, makan kat cafe hipster, baru tau makeup sikit walaupun bunyi dia nampak jakun sikit haha. Sebab zaman muda-muda dulu takde benda macam ni sebab takda pendedahan, kesian 😆.

Ok biarlah Miela buat konklusinya. Dengan takde calonnya dan jugak diri sendiri belum sendiri belum bersedia nampak kena delay juga target ni 😅. Miela suka nombor genap, so paling awal pun umur 26 tak pun 28, paling lambat 30. Kalau tak capai jugak, redha jelah noh. Serius memang tak ready lagi, nak capai benda lain sebelum melaksanakan benda yang ini. Kepada yang kahwin awal, hampa memang insan terpilih sebab Allah bagi tanggungjawab sebagai isteri/suami pada usia yang muda. Jodoh akan sampai bila kita dah bersedia. So chill, ada hikmahnya tak kira awal ke lambat. 



p/s: Kepada en.suami ketika baca entri ni saya belum jumpa awak lagi sebab awak tak muncul lagi 😂.