Sunday, May 14, 2017

Segmen Mencari Bloglist By Kinah

Salam Readership. Tumpang lalu ya, Cik Miela pun nak join segmen bloglist ni hehe. Kebetulan tarikh tutup pula hari ni. Kalau nak join cepat-cepat tau sebelum tamat

Klik Banner untuk join

Syarat-syarat:

Follow blog Kinah
Like Facebook Page Love Is Simple
Berlangsung dari 6hb Mei hingga 14 Mei 2017
Blogger Kinah sedang mencari 10 bloglist


Sunday, May 07, 2017

Pengalaman jual beli di Carousell

Salam Readership. Hampa suka tak beli barang second hand?. Actually Miela suka juga beli second hand sebab berbaloi. Sayang kot, barang boleh pakai tapi tuan empunya dah taknak barang tu. Ataupun beli barang tapi tersilap beli, nak return balik ke kedai dah tak terima. Daripada buang gitu je, apakata jual balik. Kadang-kadang tak tahu kat mana boleh jual barang yang tak nak guna dah. Jawapannya di Carousell!



Carousell macam-macam ada. Sesuai la kalau hampa nak jual barang terpakai seperti baju, alat makeup, gadget, buku, tv , sofa etc macam-macam boleh jual. Tapi jangan jual kawan sudah 😂😂😂. Kalau takda barang nak jual pun boleh juga cuci mata kat sini. Paling menarik di mata ioulss ada orang jual tudung duck wehh. Kalau harga original pun mahal, tapi yang second hand murah sikit la, tu pun belum cukup pitis nak beli huhu. Makeup orginal pun ada orang jual macam NYX dan MAC, cuci mata ja la sekarang noh. Ok banyak sangat marepek ni. So nak cerita pengalaman menjual dan membeli barang di Corousell.

Jual barang di Corousell

Miela start jual barang di Corousell kira start bulan 3 hari tu. Tu pun tak banyak pun nak dijualnya. Mostly Miela jual novel-novel terpakai. Tapi sebab rak buku dah penuh, so Miela decide nak jual kat Corausell. So far dah 3 buku dah terjual, dan ada bakal customer still berminat nak beli. Nak jual barang kat Carousell senang je, snap letak detail sikit pastu dah boleh jual.


Macam gambar di atas, macam ni kalau nak start jual barang di Carousell. Korang boleh tetapkan kategori, detail dan harga barang. Jual barang di Carousell mudah je, bila ada customer nak beli dia akan dm kita. Dan jangan risau bayaran semua boleh direct dengan kita,


Beli barang di Carousell
Kalau dah menjual, Miela  juga tergoda orang lain punya barang yang dijual. Miela ada pernah sekali beli barang di Coursell. Miela beli shawl Ereeka Jusoph. Harga asal RM40 50++ something kot tapi yang dijual RM20 include postage. 


Mudah je nak beli dm cakap berminat, buat payment apa semua tunggu barang nak beli tu sampai di rumah.


Akhirnya dapat shawl yang diidamkan tu dengan keadaan begitu baik. Still elok di pakai hehe. 


Carousell memang aplikasi yang best. Korang boleh dapatkan di Apps Store dan Google Play store. Tambah lagi kalau yang suka bergaya nak merasa barang orginal tapi tak mampu nak beli boleh beli barang di Carousell. Yang nak jual, silakann mudah je semua benda ada dihujung jari. Hanya perlu dafar di Carousell.  Hampa jangan lupa juga, add Miela di Carousell dengan username CikMila94. Kat situ Miela banyak jual novel-novel terpakai. Dapatkan sebelum orang lain grab, hehe.

Facebook : Carousell MY
Twitter : @thecarousell

Saturday, May 06, 2017

Cara Mohon Sijil Matrikulasi KPM

Salam Readership. Sebenarnya dah hampir lupa tentang sijil matrik. Dah lama kot mohon sijil, dalam hujung bulan 1. Dan dalam  bulan Mei baru dapat, lama kan?? 😂. Ada terdetik nak call pihak KPM kenapa lama sangat sijil tak sampai-sampai ni, tapi dah dapat it's okay 😉. Dapat pun sebelum habis intern, nanti habis intern nak mohon keja boleh show off sijil matrik hoho 😎.

Sebelum korang tanya, baik ioulss bagitau cara macam mana nak dapatkan sijil matrik. Sijil matrik tak kira mana-mana batch boleh dapatkan walaupun dah 10 tahun dah habis matrik. Dapatkan sijil matrik tau, hak kita tuu huhu. Tak susah pun nak mohon.

Inilah rupa sijil matrikulasi. Simple je


1. First pergi laman web kat sini untuk pemohonan sijil matrik. Klik link biru tu and download.

2. Baca panduan dan isi borang. Baca dengan teliti okay panduan tu. Dia ada dua option sama ada nak hantar borang by email or surat. Yang duduk jauh dari putrajaya better hantar surat sebab korang kena hantar sampul pos ekspress sekali untuk pihak matrikulasi hantar balik sijil ke rumah.

3. Kalau nak hantar borang permohonan biaq sampul surat tu besaq dari sampul surat sampul pos ekspress. Beli sampul ekspress dalam 353 x250 mm (A4 size) untuk pihak matrikulasi masukan sijil dalam tu nanti. So dalam sampul surat ada borang permohonan + sampul pos ekspress untuk di hantar. 

3. Kalau cop pengesahan pulak boleh dapatkan daripada pegawai kerajaan kumpulan A macam lecturer, pegetua sek menengah, pengawai daerah etc. List pegawai kerajaan A boleh tengok disini

Korang akan dapat sampul pos ekspress yang dihantar ke KPM setelah sijil tu siap

Pesanan Cik Miela, better nak mohon silalah mohon sekarang. Proses agak lama, jangan expect mohon bulan ni bulan depan dapat. Berapa batch yang mohon sijil matrik, belum campur satu Malaysia lagi, huhu. Tapi lama atau cepat, janji dapat. Kita kena bangga sijil matrik sekarang dah laku wei.

 


p/s: Entri asal daripada post saya di Facebook sini. Tapi version blog saya update version membebel lebih sikit haha. Thanks for reading 😘.