Sunday, March 04, 2018

Review Buku 27 Hari Untuk Move On By Faiz Ibrahim

Salam Readership. Kali ni macam excited sikit nak review pasal bestnya buku 27 Hari Untuk Move On. Actually sebelum ni Miela pernah nampak buku nie beberapa kali kat bookstore. But I think "Hmm buku tu bukan untuk aku, sebab aku tak pernah bercinta pun hahahaa". Entahlah semalam tetiba rasa tergerak nak beli buku nie kat Popular. Maybe Miela rasa kadang-kadang rasa giveup dengan kehidupan dewasa. Mungkin aku perlu move on untuk next chapter of life.

Muka depan buku nie. Nampak macam buku untuk orang putus cinta haha

Muka belakang, percayalah buku nie mampu buat korang rasa lahir semula

Buku 27 Hari Untuk Move on bukan semata-mata untuk orang putus cinta je,  buku nie sesuai juga untuk korang nak move on daripada kawan-kawan yang tinggalkan kita from best friend to stranger ke ataupun korang rasa lonelynya jadi single sedangkan orang lain semua ada pasangan masing-masing, ehhhh. 

First mula-mula baca buku nie, rasa nak tahu macam mana penulis buku nak move on daripada putus cinta macam mana. Apa yang dia lakukan. Maklumlah tak pernah rasa bercinta, dan sebab itu takut bercinta sebab takut patah hati. Tapi buku ni versi lelaki move on. Ingatkan lelaki paling senang je nak move on, rupanya ambil masa jugah nohh. Paling kelakar penulis cuba busykan kehidupan dengan buat kerja-kerja rumah sampai terlebih rajin cuci baju mak dia sekali haha. At same time penulis ada letakkan kata-kata motivasi untuk kita lebih semangat untuk move on. 

The part of quote in this book I loved is " Jika rasa sendirian dan jatuh, berceritalah kepada Allah. Jangan ego dan malu untuk bercerita, kerna kau itu hamba dan setiap hamba itu pasti memerlukan Perciptanya". Jangan pula egokan dengan diri kita "Ala bila susah baru nak cari tuhan". Ish sebenarnya sebenarnya banyak quote yang best dalam buku nie, tapi takkan nak habaq semua. Nanti spoiler hehe.

Sesungguhnya Miela rasa menyesalnya beli buku Faiz Ibrahim satu jer. Sepatutnya beli buku  Rehabilitasi, Regraduasi, Reinkarnasi dan Ambivalen semalam. Tapi Insyallah ada rezeki beli buku Faiz Ibrahim lagi. Tak sangka dalam satu malam berjaya habiskan baca buku 27 Hari Untuk Move On setebal 176 muka surat. Kalau berjaya baca buku dalam masa yang singkat, memang tandanya buku tu betul-betul berjaya menarik minat Miela.

Kalau nak dapatkan 27 Hari Untuk Move On By Faiz Ibrahim boleh pergi mana-mana bookstore seperti Popular atau MPH. If kalau pergi sana buku tu takdak, jangan sedih. Boleh beli online http://www.thefaizibrahim.com.my/ .  Selamat Lahir Semula!!!

Sunday, February 11, 2018

Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru Penang

Salam Readership. Dua minggu lepas Miela berkesempatan melawat ke Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru Penang. Sejujurnya ini kali kedua Miela pergi. Untuk kali pertama Miela pergi time tu sebelum beberapa hari nak konvo. After kali kedua pergi, Miela rasa nak pergi tempat tu. Boleh hilang stress tau tengok kucing comel-comel ni. 

Miela memang sangat mengharapkan ada zoo mini kucing di kawasan utara, maklumlah kalau nak pergi KL jauh sangat noks. Tapi Alhamdulilah ada juga di kawasan Penang. Meh Miela belanja sikit gambar sis bulus yang comel-comel nie.



Si bulus sedang makan friskies


Kucing pun pandai exercise tauuu. Miela tengok kucing ni banyak kali dok main benda ni, patutlah kurus 😂😂

Decoration yang menarik


Di Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru korang akan diberi masa sejam untuk main sepuas-puasnya kucing kat sini. Malah ada juga tools diberi untuk korang berjinak-jinak kucing kat sini. Kucing kat sini hampir semuanya manja-manja uollss. Kat sini juga ada macam-macam jenis baka kucing ada seperti bengal, golden, cinnamon, British short hair, munchkin, vegdoll, dan Turkish angore. 


Overall Miela sangat puas hati tempat ni. Sekurang-kurangnya korang bayar tiket masuk dapat berjinak-jinak dengan kucing. Kucing kat sini agak hyperactive, memang kelakar tengok telatah kucing comel ni. Layanan staff sini sangat okay dan ramah bercerita tentang habit kucing kat sini.


Haarga tiket masuk 
Dewasa hanya RM9.00 
Kanak-kanak RM5.00
Student RM5.00 (untuk weekdays sahaja)

Alamat
1-1-25,The One Terrace Plus Shop,
Tingkat Mahsuri 4,
11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Waze
Penang Cat Studio And Spa

No telefon
013-3029788

Facebook

p/s: Korang yang pencinta kucing tinggal area penang wajib tau pergi!

Friday, February 09, 2018

Cara transfer duit dari CIMB ke bank lain mengunakan CIMB Cliks


Salam Readership. Miela agak bersemangat sikit untuk update entri kali ni. Mana taknya, lately trafik blog meningkat disebabkan entri tutorial transfer duit ni. Dulu Miela pernah update cara transfer duit dari BSN ke bank lain mengunakan atm disini . Tapi entri yang BSN agak lama, mungkin ada perubahan dari cara transfer. Kemudian Miela pernah buat entri cara transfer duit mengunakan maybank2u disini. So let's next tutorial yang baru uolss.......


1. Log in ke CIMB Cliks
2. Klik bahagian transfer > To Other Banks



3. Isi detail seperti di dalam gambar


From : Select nombor acc cimb kita 
Method : Normal transfer ambil masa 1 hari waktu bekerja, instant transfer tak kisah transfer waktu malam akan masuk pada waktu tu juga
To : Pilih bank acc lain yang kita nak transfer
Account no : acc nombor penerima
Recipient's name : nama acc penerima
Payment type: Selalunya kita pilih fund transfer la kannn
Amount: Jumlah ingin transfer
Recipient reference dan other payment detail: apa-apa sahaja detail transfer ingin kita masuk
When: Of courselah korang nak pilih now, kalau nak schedulekan transfer pun boleh
Alert recipient by : boleh melalui email (free) atau by sms. Yang sms ni best boleh letak nombor penerima supaya penerima alert kita pun transfer. Tapi kena cas RM0.21 yer. 

4. Kemudian klik submit
5. Contoh Miela buat transaksi normal transfer, akan jadi macam ni yer


6. Kemudian request TAC. Nanti server akan hantar nombor tersebut melalui message ke nombor hampa daftarkan. Lepas tu boleh isi TAC number dan tekan confirm.

7. Jadi transaksi kalau berjaya akan keluar aknowledgement. Contoh transaksi normal transfer.



Semoga tutorial akan membantu korang terutamanya yang baru guna CIMB Cliks hehe