Friday, November 02, 2018

Majlis konvokesyen USM kali ke 56 di USM Pulau Pinang

Salam Readership. Alhamdulilah  masih diberi peluang dan rezeki untuk datang ke USM lagi melawat kawan-kawan yang dah konvo. Kalau tahun lepas Miela pernah cerita pengalaman konvo di entri ini. Hehe korang boleh la throwback sat 😝.


Agak meriah majlis konvo kali ni. Sebelum ni orang datang konvo kita. Sekarang giliran Miela datang konvo orang. Meh Miela share sikit gambar hari tuu. 



Tahniah Mira



Tahniah Haniff



Tahniah Sham dan Acan


Selfie dengan orang yang konvo ni, berseri-seri lepas dapat ijazah

Sebenarnya ramai juga kawan konvo kali ni, tapi tu laa banyak tak sempat. Sempat yang tangkap gambar yang sempat jumpa je. Disclaimer walaupun saya konvo dulu dari mereka dan merupakan senior kepada mereka saya masih sebaya mereka malah lagi muda dari dorang sebenarnya. Coz ramai ingat Miela akak-akak melawat junior konvo tau 😂. Anyways tahniah kepada semua graduan USM dah konvo minggu lepas. An ending to a start, a start of an ending.

Sunday, October 21, 2018

Review Fresh Milk Cream dari The Face Shop

Salam Readership. Miela memang gemarkan product moisturizer dari Korea sebab dia banyak guna natural ingredient dan bekasnya selalu besar. Sebelum ni Miela pernah pakai aloe vera punya, best cuma kali ni nak try hat baru yang milk punya.

Macam korang tahu The Face Shop antara brand product kecantikan yang femes jugak. So takde ragu-ragu nak beli product dia. Sebulan yang lepas Miela ada beli Fresh Milk Cream kat Aeon. Mula-mula asalnya nak aloevera, tap Fresh Milk Cream macam value of money juga sebab fungsi susu kita tau dia ada function mencerahkan kulit.


Packaging depan, diaa besar dalam size 10x10. Packaging dia comel warna putih hehe.


Packaging belakang


First impression Tekstur krim ni agak melekit sikit, pastu bila pakai tak rasa semoisturize aloevera tapi masih rasa lembab kat muka dia. Bau krim ni wangi sgt. Krim ni bukan je boleh sapu kat muka, satu badan pun boleh. Kiranya krim very good value for money sebab pakai krim boleh tahan berbulan-bulan and multifunction.

Selepas sebulan sebenarnya takde effect brightening sangat tapi rasa muka dah tak kusam macam dulu. Sebulan pakai masih banyak lagi dalam 80%, padahal sehari pakai dua kali jer. Tak macam krim lain beli harga sama sebulan dah habis 😂. So recommeded nak beli krim ada function pelembab dan pecerah yang boleh pakai berbulan-bulan

Saturday, September 22, 2018

Review: Photobook 11" x 8.5" Medium Landscape 40 pages


Salam Readership. Baru-baru ni Miela baru sahaja tempah untuk kali kedua diphotobook sebagai hadiah kahwin untuk kawan. Kali nie beli hat besaq sikit baru puas orang tengok. Sebelum Miela order photobook dekat Photobook Malaysia, Miela beli dulu voucher dekat Lazada. Sebab banyak-banyak voucher Photobook kat Lazada paling murah so far.


Cari je kat Lazada lepas tu checkout. Nanti dorang akan sent promo code dalam email and korang boleh guna bila dah lepas edit photobook. 

Lepas edit-edit semua dekat Photobook Malaysia , kena tambah RM10 untuk kos postage jadi total semuanya RM45 jer. Postage ambik masa tak seminggu dah sampai.


Tadaaa dah sampai


Untuk 40 pages boleh muat sampai 50++ gambar tau, printing memang cantik giler



Perbezaan Photobook 11x8.5 dengan photobook mini square 6x6


Alhamudilah photobook ni pun dah sampai kat kawan dan dia sangat puas hati dengan gift ni. Phootobook ni ibarat album modern yang lagi best kita boleh edit sendiri and letak perkataan yang kita suka. Plus kalau kena air pun gambar tak rosak. Lagi satu kalau photobook hilang, boleh print balik je cuma kena bayar hehe. Rasa nak repeat order lagi untuk photobook kenangan 2018. Trylah Photobook Malaysia, Miela jamin mesti korang puas hati dengan servies mereka.