Sunday, November 04, 2018

Sarapan di Taman Tun Sardon


Salam Readership. Sepajang zaman study dulu, Taman Tun Sardon merupakan port yang best untuk sarapan. Haha cumanya dah habis belajar baru nak update yer. So entah kali ke berapa sarapan dekat Taman Tun Sardon. Banyak kali pergi tandanya tempat tu memang best ler.

Antara menu yang top dekat Taman Tun Sardon seperti Sarabai, nasi lamuni, kuey teow sup, roti jala dan roti bakar. Korang wajib cuba sarapan di Taman Tun Sardon tau kalau datang Penang.


Menu sarapan: Teh O suam, Nasi Lemak Lamuni, Kuey Teow Sup, Milo Ais dan Kuey Teow Goreng


Menu paling fames di Taman Tun Sardon, Serabai. Serabai dia sedap sangattttttttttt tak tau nak describe memang kena rasa hehe. Tak silap satu RM0.80 jerrr

Jadi jika datang ke penang, jadikan Taman Tun Sardon sebagai lokasi wajib korang untuk breakfast. Waze je Astaka Taman Tun Sardon. Port sarapan disini dibuka seawal 8 pagi tau. Dah pergi tu jangan lupa share okay. 

Friday, November 02, 2018

Permulaan zaman dewasa yang mencabar


Salam Readership. Lama tak bukak topik-topik deep sikit. Zaman belajar dah tamat setahun lepas. So fasa sekarang boleh dikatakan awal zaman dewasa. Mula-mula tu sejujurnya susah nak adapt fasa yang agak mencabar ni.

Di fasa ini, mulalah dah kurang circle of friends. Jika zaman belajar dulu kawan selalu je depan mata, siang malam sama-sama. Bila dah tamat belajar semua ada life masing-masing. Normal sebenarnya dah tak banyak kawan macam dulu. Janganlah kita ingat bila mereka jarang contact kita terus mind set dia lupa kita sepenuhnya. Tidak, kita kena faham setiap orang komitment hidup masing-masing. Good friends like a star, you don't always see them but you know they're always there.

Why not kita start mula tegur kawan lama tak contact??. Boleh mulakan dengan komen di facebook atau tegur di story Instagram. Kalau kita kekal dengan ego "dia tak tegur aku, aku taknak tegur dia" sampai bila?. Hubungan persahabatan lama-lama pudar macam tu saja.

Antara benda lain kena hadapi di fasa zaman dewasa ialah kita lebih banyak berdikari. Berdikari tak bermaksud kita loner tau. Sometimes kita kena belajar untuk tidak terlalu bergantung dengan manusia. Kadang-kadang kena hadapi masalah itu sendiri. Susah mana kena bangkit sendiri. Belajar untuk lebih positif. Cari kata-kata positif dari influencer terkenal seperti Aida Azlin, Slurpee_crank, Aiman Azlan dan lain-lain.

Hidup zaman dewasa juga memang tak lari dari masalah tempat kerja, kewangan, keluarga mahupun cinta. Ingat hidup manusia tak selalu indah sebab dunia ini merupakan tempat ujian. Untuk saya lebih kuat dan positif memang saya akan selalu fikir macam tu sebab hidup tak selalu indah. Tapi detik-detik indah tu kita kena hargai dan bersyukur. Down itu biasa, tapi kena cepat-cepat move on supaya kita tidak terkurung dalam kesedihan terlalu lama yang sebenarnya kita boleh cari cahaya untuk kita keluar. Kalau boleh carilah kawan dipercayai kalau tak pun cerita pada family untuk minta pendapat.

Untuk kita lebih bahagia dalam hidup carilah kegembiraan dalam hidup. Carilah hobi atau minat. Takde hobi atau minat boleh diexplore. Tak semestinya  kegembiraan boleh dibeli dengan wang atau cinta. Buat baik kepada manusia atau haiwan pun merupakan satu kegembiraaan. Kalau makan buat korang happy, buatlah hahaha. Sebab happiness tu korang sendiri kena explorer jawapanya. Akhir kata jangan tengok apa yang orang lain ada, tetapi lihatlah apa yang kita miliki yang tiada pada orang lain


Majlis konvokesyen USM kali ke 56 di USM Pulau Pinang

Salam Readership. Alhamdulilah  masih diberi peluang dan rezeki untuk datang ke USM lagi melawat kawan-kawan yang dah konvo. Kalau tahun lepas Miela pernah cerita pengalaman konvo di entri ini. Hehe korang boleh la throwback sat 😝.


Agak meriah majlis konvo kali ni. Sebelum ni orang datang konvo kita. Sekarang giliran Miela datang konvo orang. Meh Miela share sikit gambar hari tuu. 



Tahniah Mira



Tahniah Haniff



Tahniah Sham dan Acan


Selfie dengan orang yang konvo ni, berseri-seri lepas dapat ijazah

Sebenarnya ramai juga kawan konvo kali ni, tapi tu laa banyak tak sempat. Sempat yang tangkap gambar yang sempat jumpa je. Disclaimer walaupun saya konvo dulu dari mereka dan merupakan senior kepada mereka saya masih sebaya mereka malah lagi muda dari dorang sebenarnya. Coz ramai ingat Miela akak-akak melawat junior konvo tau 😂. Anyways tahniah kepada semua graduan USM dah konvo minggu lepas. An ending to a start, a start of an ending.