Wednesday, June 25, 2014

Pageviews terkini 6/14


Salam readership. Agak jarang sekali Miela update tentang pageviews blog ni. Konon-konon rahsia besar negara tak nak bagitahu. Malu katanya, sebab pageview hampa mungkin hebat-hebat kan. Alaaa, takdelah gurau je. Saje nak mengupdate blog ni, bosan-bosan petang ni update blog jelah.

Selama lebih kurang 4 tahun Miela berblogging since 2010, setakat ni pageviews  blog Miela ialah 135270 seperti korang dalam gambar di atas. Takdelah banyak sangat pun, tapi bolehlahkan daripada takda langsung, krik-krik je takda sapa nak baca blog ni. Terima kasih kepada pembaca blog ni yang sudi baca blog yang suka merepek ni kan. Sebab korang jugalah penyumbang kepada jumlah pageviews ni.  Ada juga beribu-ribu orang yang baca blog ni yaa, kononyaaaaaa.

Mood: Pening den, banyak sangat cerita best dalam laptop ni :P .

Monday, June 23, 2014

Kat mana nak beli baju fesyen korea yang murah


Salam readership. Teringin nak bergaya ala-ala retis korea?. Maklumlah sekarang, fesyen korea sekarang menjadi pilihan sebab fesyen dia cute-cute gitu. Siapa kata muslimah tak boleh bergaya bak artis korea?. Kalau orang korea selalu fesyennya dress paras lutut, so kita  sebagai muslim pun boleh sesuaikan dengan seluar atau skirt labuh. Tak gitu?.

Ingin menjadi seperti jihyo, IU atau Yoona?

Tapi Miela sebenarnya bukan nak cerita lebih detail pasal bab fesyen korea lebih dalam, nanti jadi ajaran sesat pulak diberi hehe. Miela kan bukannya  fashion consultant , entah-entah korang lebih gojes bergaya ek?. Miela pakai apa yang Miela rasa selesa dan of course mestilah menutup aurat.

Sebenarnya Miela nak cerita tentang tempat yang Miela shopping baju fesyen ala-ala korea. Ini tempat jual murah punya, kualiti insyaallah terjamin dan puas hati. Ada dua kedai yang menjadi pilihan Miela iaitu, SF Stylez dan LuvClothez

SF Stylez

SF Stylez ni ada jual bermacam-macam jenis baju dan dress yang cantik. Mesti rambang mata je korang tengok. Sekarang ni SF Stylez ada buat promotion under RM20, gila murah betul tak?.  SF Stylez bukan jual baju je, kasut dan beg pun ada di jual. Tapi kalau nak beli tu, pastikan ada stock untuk item yang nak beli tu, kalau nanti kena tukar item la kan.


LuvClothez
Luv Clothez pun sama jual bermacam-macam jenis dress dan baju yang cantik lagi cute gitu. Paling femes printed colourful long sleeve top. Macam-macam kaler ada, geram tengok mak dibuatnyanya hehe. Harga mesti korang terkejut punya, ada yang murah satu top just RM19 je. LuvClothez selalu buat sale sampai 50% sale, separuh harga tu.

Haa korang dah rambang mata ke nak pilih? hehe. Miela pun rasa begitu jugak, tangan ni gatal rasa nak membeli je lagi. Tapi seriously 2 website ni, memang menawarkan pelbagai jenis baju dan gaya sesuai untuk anda yang gemarkan fesyen ala korea. Harap-harap entri ini membantu korang untuk korang shopping baju fesyen seperti ini. Happy shopping :).

Saturday, June 21, 2014

Tukar warna

Salam readership. Alhamdulilah hari dah masuk hari kedua Miela berada di home sweet home. Maklumlah dah habis exam, hehe. Rasa lega yang amat. Yang tak habis exam bawak bersabar yaa, teruskan perjuangan anda di dewan exam.

Semalam, Miela redesign blog ni. Seperti korang nampak, blog ni dah bertukar kaler. Sekejap je design, tak sampai sehari pun. Padahal main tukar-tukar kaler je. Tak reti nak design hebat-hebat macam blog orang lain. Blog yang dulu yang kaler pink pun dah cukup setahun, so kenalah tukar baru. Orang kata setahun hanya sekali. Eh macam raya pulak, bulan posa pun dah nak dekat.

Design blog 2013/2014

As you can see, design yang sekarang macam lebih kurang sama dengan design lama. Cuma design sekarang lebih simple dan nampak matang sesuai dengan umoq tuan blog ni yang nak masuk umoq 20 tahun, kononnyyyyaaa. Ada suara-suara sumbang mengatakan design blog lama ni macam kebudak-budakkan, takpa lah janji orang baca blog kita sudah, ye dook?. Dan most important, blog tak loading lama. Kalau blog lama pasti akan jejaskan bilangan view.

Untuk background blog ni pula, Miela ambil dari cerrybam.com . Kat situ banyak background cantik-cantik. Cakap ja nak kaler apa, merah kah, biru kah, pink kah, nak kaler pelangi pun boleh haha. Kalau tak tau nak tukaq background macam mana, boleh tanya Miela.

p/s : Holiday mood is on. Yeayy