Friday, July 24, 2015

Laksa Ketam Kuala Kurau

Salam Readership. Salam Syawal. Alhamdulilah dah seminggu kita beraya. Belum sempat nak update tentang entry raya Miela dah excited cerita tentang petang tadi hehheh. Entry raya tu next entry, later on la.

Alkisahnya fenomena laksa ketam Kuala Kurau ketam masih ramai belum tau lagi. Cuma dengar khabar angin ada laksa ketam kat Kampung Nelayan Kuala Kurau, Perak. Dan semalam juga nampak kawan post gambar laksa ketam sesama. Apalagi Miela ws kawan ajak makan laksa ketam. Maka petang tadi dapat merealsasikan kempunan nak makan laksa ketam. Miela memang suka makan laksa, ketam pun suka jugak. Laksa campoq ketam lagi bertambah sukalah. 

Laksa ketam yang menyelerakan

Mula-mula ingat laksa ni special cuma ketamnya je. Ingat bajet laksa rasa biasa ja. Tapi sekali rasa laksa dia, perghhh sedap gila. Kuah laksa sedap sangat, tak terlalu pekat dan tak terlalu cair gitu. Dari segi harga dia jangan terkejut ya, harga sepinggan laksa ketam hanya RM9.00 SAHAJA. Sekali pakej bagi ayaq masak free lagi. 

Manakala tempat pula terletak di Kampung Nelayan Kuala Kurau. Landmark dekat bawah jambatan Kuala Gula. Kat bawah tu ada signboard kecik nak ke warung laksa ketam Kampung Nelayan. Kedai dia terletak dalam Kampung Nelayan. Alah susah apa, waze kan adooo. Memadangkan Miela pun duduk di Kuala Kurau kurang 10 minit nak pergi sana. Hoho hari-hari boleh pergi gamaknya lepas dah tau laksa ketam ni kat mana.


Tadi sempat jugak tanya makcik yang jual laksa ketam. Katanya dia bukak setiap hari time petang. Tapi bergantung jugak, kekadang cuti tetiba hampa mai dia katop hmm takda rezeki nak makan. Tapi Laksa ketam Kuala Kurau sangat berbaloi untuk hampa try, dihidangkan dengan ketam fresh dari laut. Kuala Kurau memang kaya seafood fresh ni. Tengok sahaja kawasan sekeliling betul-betul dekat dengan laut. Jangan lupa jika singgah Kuala Kurau jangan lupa rasa laksa ketam okayyyy.

Tuesday, July 14, 2015

Tak pernah balik RAYA


Salam Ramadhan. Bukak sahur bukak sahur bukak tuptup bulan posa pun dah nak habis. Eh cepatnya kan?. Tau dak kenapa hampa rasa cepat sangat posa tengok-tengok dah nak raya. Sebab kita sibuk berpuasa, solat tarawih, sedekah dan amalan lain masa bulan Ramadhan ni. Haaa bila kita rasa sibuk rasa cepat ja masa berlalu.

Masa kecik-kecik dulu. Soalan yang dok berulang macam "Baju raya hang berapa pasang? Baju raya  hang warna apa? Mak hang buat kuih apa tahun ni?" . Kami masa tu semangat lah jawab, kalau warna baju raya sama main sep sep pulak kan haha. Tapi kann bila orang tanya "Tahun ni hang balik raya kat mana?" . Wehhh sengih la jawabnya. Tahu tak ceq mana pernah balik raya. Ni bukan sebab masalah ekonomi sampai tak pernah balik kampung, takda mengena pun. Nak kata takda kampung, ada jaaa aihhh.

Jawapanya sebab Miela memang duduk di kampung muahahahaha. Sejak kecil lagi Miela dan family memang tinggal dengan tokwan dan nenek belah Abah. So memang soal balik raya tak ada la, tak bergerak pun duduk kat kampung je. Manakala kampung belah Mak Miela pula pun sekampung jugak di Kuala Kurau kira-kira 7-8 kilometer dari rumah kampung Abah yang Miela tinggal sekarang. 

Kalau time hari raya, dalam masa sehari nak ulang alik rumah Abah dengan rumah Mak pun boleh. Best kan tak payah nak bergaduh tiap-tiap tahun nak balik kampung kat mana. Ni bestnya kalau kawen dengan orang satu kampung. I hope get married with orang dekat-dekat dengan kampung like my parents. Nama pun berharap, sekali dapat orang jauh tak tahu rasa bagai mana tak beraya di kampung sendiri. Biarlah, jodoh tu rahsia tuhan hehe. 

Last but not least. Sebelum nak tamatkan entri terakhir sebelum raya, ni nak tunjuk satu video iklan raya Pengacau Raya oleh BSN. Memang best video ni, ternyata "pengacau" ada meaning tersembunyi rupanya haha. Akhir kata, Miela ingin ucapakan Selamat Hari Raya kepada semua reader yang membaca blog ni. Mohon Maaf Zahir dan Batin yaa.


Sunday, July 12, 2015

Pendapat mengenai #SayaZahra

Salam Ramadhan. Isu mengenai video ucapan Zahra telah menjadi viral beberapa hari lepas. Tapi disebabkan Miela agak sibuk sikit maklumlahkan dah nak raya. Persiapan pun makin giat. Hari ni baru berkesempatan menonton sendiri video tersebut selepas membaca daripada beberapa blog mengenai viral tersebut.


Video Nama Saya Zahra Dan Saya Sayangkan Malaysia


Pertama sekali Miela ingin memuji atas keberanian Kak Zahra bercakap di hadapan orang ramai dan VIP termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan penuh tenang dan tidak terlalu beremosi. Kak Zahra telah mengunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk menceritakan realiti kehidupan fresh graduate dengan kos sara hidup makin tinggi. Rasanya tak ramai anak muda mampu memberikan ucapan tanpa gentar seperti Kak Zahra. Saya sendiri pun tak mampu apa yang Kak Zahra buat, sebab untuk berpublic speaking yang berkualiti bukannya mudah. Mungkin boleh diperbaiki skill public sepaking tu, masih ada masa lagi.

Well seperti biasa mesti ada mengeluarkan pendapat dan kritikan tentang video ni. Ada yang menyokong penuh apa yang dikatakan ada pula menbidas apa yang dilontarkan oleh Kak Zahra. Tapi Miela taknak ulas tentang tu sebab benda tu memang dah ada dalam laman sosial. Kali ni biar tuan blog ni memberi pendapat. Nama pun setiap orang ada pendapat masing-masing.

Bila menonton video ini Miela agak gusar sedikit dengan masa hadapan. Mungkin sekarang Miela belum rasa betul-betul susah kehidupan sekarang SEPENUHNYA disebabkan masih lagi student dengan bantuan PTPTN, parents dan sumber kewangan lain seperti blog dan bantuan anak perkerja. Tapi bahangnya memang terasa jua, dengan sumber kewangan sedia ada Miela perlu mengunakan sebaiknya dan tidak boros dalam kos hidup yang tinggi. Paling senang nampak masuk sahaja kedai runcit atau koperasi dengan berbekalkan RM10, berapa barang kita mampu beli??. Jawapan ada pada anda.

Seperti Kak Zahra gambarkan kehidupan lepas belajar rupa-rupanya tak seindah Miela impikan. Maknanya bermula dari sekarang pelajar perlu membuat persiapan menghadapai kehidupan alam pekerjaan yang mencabar. Untuk meringankan kos hidup masa hadapan mungkin pada masa sekarang pelajar boleh start menabung. Jika duit PTPTN dan wang belanja tak cukup, macam mana nak simpan??. Buat kerja partime atau side income untuk cari duit lebih. Jika bekerja, dimanakah pula masa study untuk mendapatkan degree first class supaya PTPTN menjadi biasiswa. Semua pelajar faham untuk mendapatkan pointer yang tinggi, usaha mestilah lebih dengan masa berkualiti. Inilah realiti hidup pelajar harus hadapi, tak apa biarlah kita belajar erti susah sebelum mengenal erti senang :).

Tapi pointnya disini kami bukannya manja inginkan gaji yang tinggi, perlukan subsidi atau pendidikan free. Apa Kak Zahra tekankan adalah survival dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Cukuplah penurunan harga barang dan cukai yang membebankan membuatkan kami mampu "bernafas" dengan kehidupan sekarang. 


Sekian sahaja pendapat dari insan yang bakal menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan yang makin mencabar. Hanya orang susah sahaja faham apa erti cabaran hidup.