Tamat sudah Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2012/2013
Salam readership. Wahai pembaca blog ini sekalian, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa secara rasminya saya sudah tamat menjalani program matrikulasi perakaunan satu tahun sesi 2012/2013. Yahooooo! bestnye :D. Alhamdulilah.. Tak sangka berjaya juga habiskan study kat matrik. Rasa sekejap sangat, lepas bolehlah buat ladang anggur kat rumah sementera tunggu tawaran UPU, haha.
Habis last paper ekonomi, terus blah dari kmpk. Bukan tak sabar, tapi sebenarnya tak nak nangis kat situ. Sorry kawan-kawan tak sempat jumpa : /. Jawab paper terakhir tu dugaan banyak sikit, fikir balik je memanjang, kritikal subjek pula tu. Tak tahulah pointer jadi macam mana nanti. Apa-apa pun semua benda dah lepas, jangan di kenang.
Hidup kat matrik sebenarnya best, best sama macam zaman sekolah dulu. Most of student banyak sama umur dengan kita. Sebab hampir setiap masa berhadapan dengan dorang ni, dah nama pun duduk tinggal dalam asrama.
Akhir kata, Miela pasti akan rindu KMPk. Tahniah KMPk, kerana banyak mengubah hidup saya. And I will miss you to all my friend ex-student KMPk ;"). Semoga ukhwah kita tidak tamat di matrik, tetapi hingga hujung nyawa.
Gambar last day di matrik. *sebelum ambil exam untuk last paper |
Kalau rindu dorang, suka dengar lagu ni walaupun
ramai tak berapa suka sangat lagu ni, hehe.
2 Comments
selamat bercuti! manfaatkan cuti tu ^^
ReplyDeletethanks. hehe
ReplyDelete