Sunday, October 18, 2020

Jalan-jalan Tempat Menarik dan Makan Menarik di Kuala Sepetang & Taiping

Salam Readership. Jarang-jarang Miela nak share tentang jalan-jalan ke Taiping sebabnya selalu ke Taiping sebab dekat sangat. Jarak dari rumah Miela ke Taiping tidaklah terlalu jauh, dalam 40 minit. Tapi kali ni berbeza sedikit. Nak share tempat menarik yang mungkin ramai tak tahu, jadi Miela share disini.

Kami mulakan pagi perjalan direct terus ke Kuala Sepetang. Kalau jarak dari Taiping ke Kuala Sepetang kira-kira setengah jam sahaja. Tempat kami tuju ialah Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang atau dikenali Matang Mangrove Forest Reserve.  Normally selalu Pusat Eko Pelajaran tempat lawatan budak-budak sekolah untuk lawatan sambil belajar. Dan ini bukanlah kali pertama Miela pergi, sebelum ni dah pergi tempat ni masa study dulu. Tempat ni orang luar ramai tak tahu sebenarnya, tapi kecantikan tempat  ni boleh buat port ootd untuk bergambar


Harga tiket masuk RM5, manakala satu kenderaan yang masuk dikenakan RM2/kenderaan



Keindahan pokok bakau amat menyenangkan





My Favorite picture!. Ala-ala dekat korea gituu


Lepas puas ootd dekat hutan paya bakau ni, of courselah lapar. Jadi terus ke Doli Kuey Teow Goreng. The best Kuey Teow Goreng dekat Taiping. Jarang tak penuh makan dekat sini. Kalau datang Taiping nak makan Kuey Teow Goreng wajib cuba . Doli Kuey Teow Goreng sederet jalan ke Taiping Mall.



Kuey Teow Goreng dan Mee Sup di Doli Kuey Teow Goreng


Tak puas lagi bergambar dekat Kuala Sepetang, sambung pula bergambar dekat Taman Tasik Taiping. Rugilah kalau ke Taiping tak singgah Taman Tasik Taiping, sebab kawasan sini banyak pokok-pokok terpelihara. Kira Taman Tasik ni ibarat kebangaan orang Taiping sebagai tapak warisan merupakan merupakan  Sustainable Global Top 100 Destinations Award . Tempat ni pun best untuk beriadah tau.






Last short trip kitaorang berakhir di Cendol Ansari untuk basahkan tekak. Ini pun sedap jugak cendol dia, dan memang sentiasa ramai orang. Cendol serendah RM2.50, sangat murah. Tak ingat kat mana, tapi dekat je dari Taman Tasik Taping. Kalau waze Ansari Famous Cendol confirm jumpa.




Thursday, September 24, 2020

Makan makanan Korea di Cottiny Cafe Prai, Penang

Sekali sekala apa salahnya nak rewardkan diri sendiri makanan? Begitulah Miela disebabkan minat sangat dengan Korea sampai makanan korea tak terkecuali hehe

Baru-baru ni I ada cuba satu kedai makan dekat area Perda. Sebenarnya kat Penang banyak kedai makanan Korea cuma kita sebagai orang Islam kena pilih makanan yang halal yer. Luckily kedai makan Mila pergi ni memang halal

Kedai yang Mila cuba makan di cafe The Cottiny. Actually dia ada dua cawangan satu dekat area Pulau satu dekat area Bukit Mertajam. So Mila pergi paling dekat dengan tempat kerja. Kedai sederet jalan nak pergi Mydin Bukit Mertajam dari arah Banda Perda. Kalau waze confirm senang jumpa.



Makanan korea dekat cafe ni lebih kepada ayam-ayam, topeokki dengan ramen. So kami dah cuba Tteobokki Cheese, Chili Sauce Chicken Race, Shin Ramen dan Bingsu. Antara menu dan harga untuk makanan lain boleh tengok dibawah:










Bingsu pun nampak menyelerakan 



Teopokki Cheese memang terbaik!


Menu paling recommended makan sini Teopokki Cheese dengan Ayam Korea dia, memang wajib cuba okay. Harga-harga dekat The Cottiny memang berpatutan, tak rugi pun cuba. Kalau nak tahu info lanjut boleh layari Facebook Cottiny Cafe .

Thursday, August 20, 2020

Family Mart Auto City, Juru Penang

Family Mart dah lama I tunggu belah utara ni. Maklumlah Family selalunya ada kat KL. I hope Family Mart ada juga cawangan dekat Parit Buntar or Taiping sebab lagi dekat. Tapi takpe buat sementara kita pergi dekat Auto City, Juru Penang kira bersyukur la. Kira tak perlu pergi dekat area Pulau dah.

Dalam minggu lepas dapat berkesempatan ke Family Mart Auto City. I pergi awal dalam 8.30 gitu kebetulan nak pergi kerja. Tapi still beratur. Bayangkanlah kalau pergi waktu weekend confirm lagi kena beratur panjang. Tambah pula Juru memang selalu jem. Family Mart betul-betul depan Seoul Garden Auto City yer.


Family Mart Auto City, Juru Penang

Tapi walaupun pergi pagi kira oklah beratur dalam 5 minit je. Tapi yang sedih rasa terkejaq-kejaq masa sebab masa tu nak masuk office tu. So dalam around 10 minit dekat situ. Tak cukup 10 minit, I need 30 minute or more untuk shopping haul kat situ hahahaa. Dan seriously rambang mata nak pilih makanan apa. Jadi hasil tangkapan makanan seperti dibawah.


So yang betul-betul sempat beli Onigiri perisa spicy honey chicken dengan Chocolate Mouse. Rasa onigiri perisa spicy honey chicken sumpah sedap giler. Hampa memang kena patut beli. Harga dia cuma RM 4.50. Chocolate Mouse pun sedap, rasa coklat penuh cuma RM5.90 sahaja.


Sebenarnya teringin nak rasa oden family mart dengan minuman frappe dekat Family Mart. Itulah tak sempat huhu. Tambah kalau beli oden jenuh nak bawak better makan dekat situ jer. Apa-apa pun Family kalau  waktu peak, memang sentiasa penuh. Harap-harap Family Mart akan bukan lagi cawangan area utara ni.