Sukanya saya sukanya saya
Salam readership. Wah blog pun ada spesies jugak uaolls. Hampa semua yang ada blog mesti ada spesies blog jadi feveret korang, kan kan kan?. Haa ni Miela nak story pasal blog yang miela suka. Kalau blogwalking jumpa spesies blog yang Miela nyatakan dibawah, Miela takkan ragu-ragu nak tekan button Join This Site. Adakah blog anda spesies yang Miela suka?. Jeng jeng jeng blog siapakah itu?



1. Entri yang gedebak gedebum
First kalau Miela blogwalking, Miela akan baca entri. Miela ni jenis fast reading, baca entri macam scanner gitu. Miela suka entri 100% no copy paste dan guna ayat sendiri yang bergitu santai. Tu baru namanya best blogger. Kalau tak ada idea nak tulis entri boleh klik Tips Menulis Entri Blog. Kadang-kadang mebaca entri blog merupakan satu hiburan tetapi bergantung cara blogger tu menyampaikan cerita.  Entri blog menarik walaupun ada ayat merapu merepuk semua tu, terus je Miela follow blog tu.


Beginikah kehidupan student? 

2. Student blogger
Miela gemarkan blogger yang merupakan student U, bukan budak sekolah yer. Zaman sekolah Miela dah lepas *maknanya aku dah tua la yer?. Kalau Miela blogwalking, Miela suka tengok bio blogger. Miela suka blogger student U punya sebab dorang selalu akan story pasal kehidupan kat U. Dari situ kita dapat kenal ipta/itps yang ada kat Malaysia dengan lebih dekat. Tambah-tambah pula entri dorang ni lebih matang. Contohlah korang tak dapat masuk Universiti Melaya sebab nak masuk pun susah, tapi korang dapat tahu kehidupan Universiti Melaya melalui seorang blogger. Kan best, jauh blogwalking luas padangan tak gitu?.

3. Design blog eyecooling
Spesies blog eyecooling ialah design blog yang tak terlalu banyak widget yang merapu, fast loading dan warna blog tidak terlalu terang atau pudar. Miela kadang-kadang kesian blog tu, comel memang comel tapi kalau orang rabun teruk tengok blog tu nampak white screen je. Sampai tulisan susah nak baca sebab warna tulisan nak dekat sama dengan warna blog. Merangkak-rangkak macam suster gesot Miela baca blog tu hah. Suka blog yang guna kaler harmoni, *haha macam tahu kaler  harmoni tu apa. 


4. Travel blog
Agak susah sikit nak jumpa blog spesies macam ni. Tak semua orang Malaysia ni kaya-kaya berlaka nak melancong hari-hari. Miela tertarik blog yang menceritakan tentang perjalanan dia dari satu tempat ke satu tempat. Lagi best kalau blog tu story tentang luar percutian negara. Walaupun tak dapat pergi luar negara, mendengar story dari dorang dah cukup ibarat melancong dalam mimpi, hahaha.

Setiap gambar ada lagu

5. Picture blog
Spesies blog yang selalu melatak pic yang menarik walaupun ayat entri blog tak sampai 100 words. Taiplah satu juta word dalam blog, Miela tak tertarik nak baca kecuali kalau cerpen atau novel online. Gambar yang menarik boleh menarik ramai follower. Gambar pun boleh bercerita, bahkan orang tak reti baca boleh faham kann?.  Setiap gambar ada lagu *ayat Yuna gitu.


Susahkan nak memuaskan hati cik miela yang suka memilh blog dan cerewet, haha. Tak semestinya yang bukan spesies blog yang Miela suka tak follow langsung tapi ikut nasiblah. Nak follow, follow je. Satu lagi Miela lupa bagi tahu spesis blog yang berkkkkkk kkkkkk kkkkkkkkk kkkkk. Miela percaya kalau blog tu ramai follower, mestilah best. Takkan yang blog sampah ramai pulak orang nak follow kan? 0psss. So, Bagaimana pula dengan ciri-ciri blog korang suka?. Kosingkan sikit disini :).

Nak menang RM10 000 hanya satu minit, klik sini

8 Comments

  1. Yeaahh . sokongg semua ! And part yang num 3 tu . Alahai . Kadang2 malas nak baca kalau entry tulisan kecik and warna x terang . Susah nak baca *adakah saya rabun ? haha :D

    ReplyDelete
  2. @cik natasya (: yeah that right. sepatutnya blogger lain kena peka benda ni, kena fikir mata reader yang lain jugak.

    ReplyDelete
  3. hurmm.bagus3,..sekurang kurangnya kita dapat tahu apa yg dapat mnarik perhatian blogge rlain terhadap blog kita..agak2 cik miela, blog saya ad menepati ciri2 tu tak?? huhuhuh

    ReplyDelete
  4. akak tak kisah blog macam mana pun.. asalkan entrinya menggunakan perkataan yang sopan (tak lucah/biadap) dan blogger tu jenis yang tak sombong je.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Yela.. Blog budak sekolah mana menarik kan TT^TT
    *menangis belakang pintu*

    ReplyDelete
  6. @Miss Xyz alolo siannyer.. tak jugak sebenarnya.. hehe :)

    ReplyDelete
  7. @Mizz Aiza betul. yang penting bahasa mestilah sopan

    ReplyDelete
  8. everyone has their own tastes btw nice entry ^^

    ReplyDelete