Salam Readership. Kali ni Miela nak story pengalaman berpuasa di USM. Tempoh yang cantik sebab 15 hari ramadhan di USM, kemudian bermula hari ni sampai raya beramadhan di rumah pula. Tahun lepas beberapa hari je berpuasa kat USM sebab tempoh tak lama. Tahun ni rasa macam "lama" sikit, huhu.

Berbanding zaman matrik dulu berpuasa, agak terhad di dalam kawasan matrik. Tapi bila masuk U bebas sikit la. Nak bukak kat luar pun boleh. Meriah jugak berbuka puasa di universiti sendiri, dapat berbuka dengan ramai orang sampai kadang-kadang tu dapat makanan free. Tu yang suka tu, hehe.


Bazar Ramadhan Bayan Baru. Waktu ni tak ramai orang sebab baru lepas hujan

Sebut tentang bazar ramadhan. Ada beberapa tempat pernah pergi. Tapi bazar ramadhan yang paling best sekali adalah dekat bazar bayan baru. Kat situ macam-macam juadah berbuka jual. Ni antara bazar besaq yang ada kat penang ni. Kalau pi sekali, mesti rasa nak pergi lagi. Ikutkan hati memang macam-macam nak beli, tapi dok kawal diri jangan beli bebanyak. Kang membazir. Yang sedap kat bazar ramadhan ni nasi ayam madu, karipap ayam dan daging, ayam goreng dan roti john.


Berbuka dengan coursemate pengurusan
Kisah kedua pula berbuka dengan coursemate pengurusan. Sebenarnya ada sejarah tersendiri kononya sebelum pergi berbuka dengan coursemate. Actually masa hari kejadian dah lama janji nak berbuka dengan kawan baik sendiri tetiba pula dia cancel last minute. Kebetulan hari tu school ada buat majlis berbuka berpuasa. Dengan pergi tanpa dirancang, sempat tshirt je uolzzz. Tak sempat nak iron baju kurung nak pergi. Nasib baik ada geng jugak pergi majlis berbuka pakai t-shirt je. Sedap lauk berbuka school punya ni terutama masak kambing, plus sebab free.

Bebuka dengan family baru SKS

Next pula berbuka dengan sekretariat Kampus Sejahtera di Ivory Bukit Gambir. Feeling macam dah tua sikit, mana taknya semua second year and first year yang join. Tapi muka I tetap muda gitew, hahaha. Menu-menu berbuka ialah ikan masak tiga rasa, tomyam campur, air green tea, kailan ikan masin dan telur dadar. Tak silap masa ni berbuka dengan 20 orang bersusun dengan 5 meja. Kiranya meja kami paling panjang dekat kedai makan tu. 

The last Miela nak simpulkan selain berbuka dengan dua group besar ni, hari-hari lain juga berbuka dengan kawan-kawan seuniverisiti. Ada berbuka di bilik kawan. Penuh bilik dengan juadah berbuka, sampai bergerak pun susah sebab penuh haha. Ada hari berbuka di KFC konon nak tukar selesa berbuka. Paling selalu nak berbuka kat luar selalunya di ivory juga, sebab dekat pintu pagar USM gitew,

Sangat seronok berpuasa di perantauan terutama masa zaman univerisiti. Miela tahu lepas habis universiti memang tak akan berbuka puasa gaya-gaya student kan. Masa tu jenuh jugak fikiaq hari-hari nak berbuka makan apa. Kalau kat rumah tu, makanan memang tersedia. Berbuka sesorang pun pernah rasa. Sampai bersahur makan biskut saja pun pernah rasa. Itu semua pengalaman. Next year tak tahu lagi pengalaman berpuasa sebagai budak pratikal macam mana. Harap dapat ketemu lagi ramadhan tahun hadapan.


P/s: Jom shooping raya di Ladya Shops. Banyak koleksi menarik dengan harga berpatutan!. 

2 Comments

  1. Rindu pula nk berpuasa dan berbuka dekat u. Best dulu masa u kitaorg suka jugak membeli di bazaar then berbuka di dataran ramai2..rindunyaaa

    ReplyDelete