Cara manfaatkan cuti semester anda
Salam Readership. Hari ni Miela nak kongsikan tips cara nak manfaatkan cuti semester korang. Haa dok rumah tapi tak tau nak buat apa. Tetiba hampa rasa nak balik U. Tapi bila kat U hampa rasa nak balik rumah. Macam mana tu?.
Seeloknya cuti semester hampa buat aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan biaq masa tu burn tak buat apa dok termenung asyik scroll facebook saja. Haha macam benda ni korang tak pernah buat masa cuti?. Ok jom tengok cuti ni apa yang korang boleh buat.
1. Kerja Part Time
2. Belajar third language
Seeloknya cuti semester hampa buat aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan biaq masa tu burn tak buat apa dok termenung asyik scroll facebook saja. Haha macam benda ni korang tak pernah buat masa cuti?. Ok jom tengok cuti ni apa yang korang boleh buat.
1. Kerja Part Time
Selalunya time cuti nilah ramai berebut cari duit lebih dengan kerja part time. Tak kiralah kerja kat restaurant fast food ka, jadi promoter ka, jaga butik ka, kerja kilang, cikgu tuisyen ka dan lain-lain asalkan halal. Walaupun sesetengah kedai/syarikat tak da offer kerja kosong, boleh je tanya ada tak kerja kosong. Contohlah si Aminah nak kerja partime kat kfc, dia pergi terus tanya kat pekerja ada kerja kosong tak. Pastu pekerja tu minta tinggalkan no telefon nanti kalau ada kerja kosong depa contact.
Cara lain lagi kerja part time dari rumah. Contohnya jual barang online. Kalau takda modal, boleh jadi dropship tak perlu simpan stock. Modal pun zero *untuk dropship tanpa bayaran komitment. Rajin-rajin google butik mana tawarkan dropship agent. Tak pun search #dropshipwanted atau #dropshipdiperlukan di social media, insyallah jumpa.
Jika korang berkebolehan menguasai third language seperti Chinese, German, Frace, Korea, Japan atau bahasa lain-lain sangatlah benefit nanti bila grad nanti. Sekarang ni belajar third language boleh google internet then boleh self study. Kalau tempat korang ada offer kelas bahasa, join je tak rugi pun.
Kalau takde jugak tempat korang offer kelas bahasa, macam Miela mention tadi boleh cari dalam google ataupun study di Youtube lagi mudah. Contohnya nak study bahasa Cina boleh ke channel Learn Chinese With Emma, study bahasa German di channel German Pod 101.com dan study bahasa Korea di Korean Class 101.
3. Sertai aktiviti kemasyarakatan
Apakata gunakan tenaga orang muda macam korang dengan join aktiviti kemasyarakatan. Kalau di universiti ada buat program masa cuti, join je untuk tambah lagi pengalaman. Ataupun berbakti dengan sekolah lama dengan menjadi fasilitator program motivasi di sekolah. Pendek kata kalau ada peluang program sukarelawan, join sahaja walaupun takda upah dari segi wang tunai sekurang-kurangnya kita berbakti kepada masyarakat. Sekarang ni nak join program sukarelawan tak susah, dalam social media pun ada mereka tawarkan contoh Muslim Volunteer Malaysia sering buat program sukarelawan sekitar ibu kota.
4. Kembangkan bakat anda
Tak kira korang ada bakat menyanyi ke, memasak ke, melukis ke atau mana-mana bakat yang rasa boleh dikembangkan tu, masa cuti ni lah sangat sesuai untuk expandkan bakat yang kita ada. Contohnya rasa diri tu boleh memasak, try memasak pelbagai lagi resepi terbaru. Kalau pandai berangan tu jangan duduk saja boleh saja tulis manuskrip then nanti bila dah siap boleh hantar ke penerbit. Kalau pandai melukis, lukis gambar yang lebih mencabar sikit dan postkan di social media. Kadang-kadang bakat yang kita ada ni kena bagitau kat orang macam post dalam sosial media tu. Sebab dari situ orang akan nampak kebolehan kita dan mana tahu boleh jadi sumber pendapatan?
5. Melancong
Ok yang ni last. Mesti ramai yang suka melacong?. Untung cuti semester ni biasanya tak jatuh pada waktu cuti sekolah jadi kebanyakkan pakej pelacongan, harga tiket, harga bilik yang termasuk yang semua tu termasuk kos nak melancong akan jadi lebih murah. Lagipun melancong time cuti semester *bukan waktu weekend atau cuti umum* biasanya tak ramai orang, menjadikan pencutian lebih selesa. Bila lagi kalau nak melancong kalau bukan waktu cuti kan?. Sebaiknya kalau merancang untuk melancong perlulah buat sebelum cuti supaya dapat offer yang menarik dan murah.
Itu sahaja 5 tips yang Miela kongsikan. Semua tips tu yess memang Miela amalkan waktu cuti semester. Tapi kadang-kadang tak semua. Contohnya melancong kalau takde duit tak jalan jugak huhu. Sebaiknya manfaatkan cuti semester korang. Nanti bila dah masuk alam pekerjaan, susah tau nak cuti panjang macam cuti semester ni.
5 Comments
bagusnyaaa!!! haha. tu la ingat nak kerja part time. tapi eventhough cuti, ada projek final yang kena settle. haih.heeee.
ReplyDeleteNice sharing ^^ tqvm :)
ReplyDeleteholidayyyy bestnyaaa
ReplyDeletenak melancong tapi kena kerja part time dulu sebab fulus tak banyak ahahahaha
ReplyDeletebagus cadangan tu utk student yg bercuti semester. nanti bila habis belajar dah kerja susah dah nak cuti lama2 ni.
ReplyDelete