Dewasa ini, banyak laman social yang terdapat di internet seperti Facebook, Twitter, blog dan myspace. Daripada kanak-kanak hinggalah warga emas , ada yang menpunyai laman social. Namun begitu, ada satu laman social yang lain daripada yang lain dan ia semestinya buatan Malaysia. Laman sosial ini di kenali sebagai Sekolah Sri Bangsar. Dulu, ia dinamakan sebagai Buletin Sri Bnagsar.
            Sebenarnya, Sekolah Sri Bangsar ini adalah ciptaan novelis remaja AinMaisarah.  Sekolah Sri Bangsar ini hanyalah sebuah sekolah maya yang dicipta bagi mengumpul semua pembaca buku AinMaisarah. Para pembaca novel AinMaisarah dapat berinteraksi sesama sendiri di sini. Semua gambar dan cerita hanyalah ciptaan AinMaisarah dan tidak ada kena mengena dengan realiti sebenar. Kesemua watak pelajar dan cikgu di dalam Sekolah Sri Bangsar ini terdapat di dalam kesemua novel AinMaisarah. Sebagai contoh, gambar bangunan Sekolah Sri Bangsar di atas hanyalah khayalan penulis.

Kisah penubuhan Sekolah Sri Bangsar(Berdasarkan khayalan penulis sahaja);
Sekolah Sri Bangsar telah ditubuhkan pada 1982 oleh Dato' Seri Ainon Maisarah. Pada ketika itu Dato' Seri Ainon Maisarah, adalah ahli parlimen kawasan Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar (sebuah sekolah kerajaan)
Kini selepas 26 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar bertukar status kepada sekolah swasta, sekaligus ditukar namanya menjadi Sekolah Sri Bangsar. Sekolah Sri Bangsar dibeli oleh seorang tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia iaitu Tan Sri Hisham.
Sekolah Sri Bangsar mempunyai dua sesi persekolahan. Pelajar tingkatan satu, dua dan tiga bersekolah pada sesi petang. Pelajar tingkatan empat dan lima pula menimba ilmu pada sesi sebelah pagi.
Sekolah Sri Bangsar terkenal sebagai juara bertahan peringkat negeri bagi kejohanan bola sepak. Sekolah Sri Bangsar juga sentiasa disebut-sebut sebagai sekolah yang berdaya saing dan berwawasan seiring dengan cabaran globalisasi masa kini.
Pemberitahuan : Pihak pengurusan AinMaisarah menerima beberapa emel daripada ibubapa yang mencari sekolah ini sekitar Bangsar. Bagi mengelak kekeliruan, pihak pengurusan AinMaisarah ingin menyatakan di sini bahawa Sekolah Sri Bangsar ini adalah ciptaan novelis remaja AinMaisarah
            Bagi yang merdaftar dalam laman Sekolah Sri Bngsar mereka berpeluang mendaftar nama sebagai pelajar  Sekolah Sri Bangsar dan boleh menyertai forum bicara di sana. Setiap pelajar mereka akan diberi status tingkatan satu di Sekolah Sri Bangsar walaupun berapa umur pelajar itu. Menariknya, semakin banyak interaksi online yang dilakukan, maka status itu akan dinaiktaraf kepada tingkatan dua hingga tingkatan lima. Untuk menyertai komuniti ini hanya klik di laman web ini.
  Sekolah Sri Bangsar

0 Comments