Seperti sedia maklum, hampir semua remaja di dunia sudah mengenali artis ini, iaitu Miley Cyrus.  Miley merupakan bintang remaja popular dalam  siri Hannah Montana terbitan Disney Channel. Siri ini telah mencetus satu fenomena baru apabila Berjaya mencatat jumlah penonton seramai 5.4 juta sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan Disney Channel yang paling sukses.
            Miley merupakan anak kepada penyanyi country terkenal iaitu Billy Ray Cyrus bersama isterinya, Leticia “Tish”. Semantara itu, adik beradaiknya lain ialah Noah Lisdsey Cyrus , Brandi Cyrus, dan Christoper Cody Cyrus.Oleh kerana sewaktu kecilnya selalu tersenyum, dia dipanggil smiley dan seterusnya bertukar kepada Miley dan kekal sehingga hari ini.
            Karier Miley bermula apabila dia menbintangi siri Tv Doc. Miley juga turut menbintangi filem Big Fish dan juga beberapa iklan komersial. Selepas itu, Miley turut mencuba nasib mengikuti pelbagai ujibakat yang diadakan oleh pihak Disney. Namun begitu kehadiranya tidak diterima oleh pihak Disney kerana usianya terlalu kecil. Oleh kerana Miley terlalu ingin membintangi siri TV, Disney telah memanggilnya sekali lagi dan menbenarkannya mengikuti sesi uji bakat untuk watak dalam Hannah Montana dan berjaya. Mley Cyrus mula di kenali ramai. Rancangan ini Berjaya mencetuskan fenemona baru yang mana Miley sendiri tidak pernah menyangka impaknya seperti ini. nama Hannah Montana sinonim dengan Miley Cyrus
Namun begitu beberapa tahun kemudian, imej Tween Idol/ idola remaja begitu sinonim denganya telah disingkirkan dan digantikan imej yang lebih seksi dan matang apabila umurnya semakin meningkat. Ramai peminatnya kecewa atas transformasi Miley ini. Ia juga menarik perhatian ibu bapa yang menpunyai anak sebaya Miley. Mereka berpendapat, apa yang dilakukan  oleh renaja seperti Miley itu amat menbimbangkan kerana ia mampu mempengaruhi anak-anak mereka yang meminati Miley dan menjadiakan Miley sebagai idola.
            Perubahan pada Miley dikatakan mula berlaku sekitar tahun 2009. Penyanyi dan pelakon kelahiran Texas bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih dewasa dan segera meinggalkan alam kanak-kanaknya. Pelbagai kenyataan telah diberikan olehnya dalam setiap temu ramah yang diadakan. Selain menyatakan hasrat untukk berkahwin, dia juga pernah menyatakan hasrat untuk keluar dari rumah keluarganya dan tinggal bersama teman lelakinya, Liam Hemsworth.
            Ramai jurnalis berpengaruh barat berpendapat, kisah perubahan Miley itu bukan lagi sesuatu yang baru. Ia telah lama bertapak di kalangan selebriti kanak-kanak Hollywood. Contonya, Lindsay Lohan. Pada awalnya Lindsay Lohan diminati ramai dan menjadi sanjungan peminat-peminat, Namun, imej bersih tercalar setelah memberontak menuntut hak untuk menjadi dewasa. Tidak mustahil, Miley juga akan mengikuti jejak langkah mereka. Bahkan juga Miley akan lebih teruk daripada mereka.

0 Comments