Ehmm, kali ni nie Cik Miela jadi cikgu BM korang. Untuk pengetahuan semua entri ini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah jer. Tapi yang lepas sekolah sekolah pun boleh juga, apa salahnya kan?.Kotlah nak bagi sedap ayat-ayat entri blog korang?. Sebenarnya Cik Miela nie budak giler-giler cermelang karangan, tapi entri ni cuma sekadar perkongsian maklumat. Ilmu nie tentu dari cikgu BM cik Miela laa, tak kan dari cikgu matematik pula. Mungkin ramai tak tahu untuk menghasilkan karangan yang berkualiti sebenarnya memerlukan kosa kata berkualiti atau lebih senang cakap ayat power dalam karangan. Budak-budak sekolah memang takut letak ayat power dalam karangan. Sekarang tak perlu takut, bila hampa baca baru tau (alamak cakap penang la pulak). Berikut adalah contoh kosa kata berkualiti yang boleh digunakan dalam karangan

1. Seyogia
Bermaksud: sepatutnya
Contoh: Seyogia, sebagai remaja haruslah meluangkan masa dengan lebih berfaedah.

2.Cakna
Bermaksud: ambil berat
Contoh: Semua pihak perlu cakna terhadap isu ini.

3. Hemat
Bermaksud: pendapat
Contoh: Pada hemat saya, kecuaian permandu merupakan salah satu faktor kemalangan.

4. Wahana
Bermaksud: alat/medium
Contoh: Media massa merupakan wahana dalam membentuk peribadi remaja pada hari ini.

5. Kompak
Bermaksud: bersatu-padu
Contoh: Kita perlu kompak untuk menangani gejala sosial yang kian menjadi-jadi.

6. Kemaslahatn
Bermaksud: Faedah/keabaikan
Contoh: Terdapat kemaslahatan yang kita dapati melalui internet.

7. Efektif
Bermaksud: Berkesan
Contoh: Penguatkuasaan undang-undang sangat efektif bagi menbendung gejala rasuah.

8. Kekangan
Bermaksud: Halangan
Contoh: Terdapat banyak kekangan daripada pihak luar dalam merealisasikan misi tersebut.


Lapan kosa kata saja Cik Miela bagi, yang lain bolehlah cari kat internet sendiri yer. Tak susah pun just gunakan kosa kata tersebut macam kata sinonim. Oklah, Selamat Berjaya!!...:D

0 Comments