Kenapa tak dapat UPU?
Salam Readership. Baru-baru ni result UPU. Miela dengan cerita kat twitter ramai budak batch 95 ni tak dapat UPU. Paling mengejutkan straight A pun tak UPU, tapi yang 2A pulak UPU. Apa cer?. Mungkin tak da rezeki namanya. Kadang kita merancang itu ini, nak masuk U tu, corse tu lah. Tapi Allah dah takdirkan kita dapat masuk U mana-mana pun even banyak A kita dapat. So kena terima dengan hati terbuka.
Ramai-ramai tertanya-tanya kenapa tak dapat UPU?. Result SPM takda teruk mana?. Teruk sangat kaa saya sampai tak layak masuk IPTA?. Pelbagai persoalan berada dibenak fikiran dorang tentang hal ni. Pihak UPU dah jawab dalam page ni . Disini Miela ada printscreen sedikit jawapan tentang UPU ni. Untuk lebih jelas sila klik gambar :).
Ramai-ramai tertanya-tanya kenapa tak dapat UPU?. Result SPM takda teruk mana?. Teruk sangat kaa saya sampai tak layak masuk IPTA?. Pelbagai persoalan berada dibenak fikiran dorang tentang hal ni. Pihak UPU dah jawab dalam page ni . Disini Miela ada printscreen sedikit jawapan tentang UPU ni. Untuk lebih jelas sila klik gambar :).
Miela sendiri pun rasa, Miela bukanlah orang yang layak nak taip pasal entri seolah-olah ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Tapi Miela nak semua bukak minda dan peka tentang hal ni. Miela sendiri pun pernah rasa tak dapat UPU. Pernah Miela luahkan rasa kecewa dalam entrn ini. Tapi pada masa tu, Miela t dah redha dengan apa yang Allah aturkan coz dah agak tak dapat disebabkan course tertukar dengan orang sebab orang tu tak habiskan permohonan dia n check UPU Miela terus. So ada hikmahnya, akhirnya Miela pergi matrik. Sistem komputer kadang-kadang kejam, silap sikit habis tak dapat sebab komputer memang tak da perasaan, hehe.
Secara ringkas sebab-sebab pelajar tak dapat UPU:
1. Terlalu demand dalam memilih course dan IPTA
2. Gred SPM subjek elektif rendah
3. Pilih course kurang daripada 8 pilihan.
4. Masalah teknikal seperti IC, tertukar maklumat dll
5. Markah koko yang sedikit
Jadi kalau nak pilih course dalam UPU tu jangan demand sangat. Kena ukur baju di badan sendiri. Pilih ikut kelayakan berdasarkan subjek yang adik ambil dalam SPM. Contoh ada seorang student ambil subjek sn tulen dapat 5A dalam subjek teras tapi tak kredit dalam subjek elektif seperti bio, kimia, fizik dan add math. Mohon course medik di UM, memang tak dapat lah. Dan jangan pandang sebelah mata terhadap U yang tak berapa femes dan politeknik.
Miela juga nak nasihatkan kepada adik-adik nak masuk form 4, kalau ambil subjek sn tulen kena pastikan boleh score betul-betul kalau tak jangan masuk aliran sn. Dulu Miela pernah dengar "masuklah aliran sains, orang cakap senang masuk U". Tidak, kalau tak score subjek elektif memang pedih nak dapat. Selain tu, kalau nak isi UPU biar full pilihan tu, walaupun tak nak diploma nak ambil asasi je. Jangan.... walaupun seyakin mana pun boleh dapat course tu isi biar penuh. UPU dah bagi 8 pilihan, hampa isi 3 pilihan. Kalau tak dapat UPU, jangan tanya kenapa tak dapat?. Buangkan perasaan over confident
Tips-tips mudah dapat UPU:
1. Sebagai langkah berjaga-jaga pilih 2 3 course yang tak terfikir orang nak pilih. Macam diploma perkayuan, perikanan dll
2. Penuhkan lapan pilhan.
3. Isi juga pemohonan Program Pengajian SIJIL/DIPLOMA Politeknik Konvensional/METrO & ILKA .Still boleh isi Guna no pin bsn yang sama. Jangan sombong, mana tahu dapat politeknik. Politeknik pun bagus sebenarnya.
4. Check pemohonan sebelum tarikh tutup mana tahu kalau ada silap isi boleh diperbetulkan.
5. Pastikan selesaikan pemohonan secara berasingan. Maknanya, si A buat pemohonan tapi tak habis. Pastu si B guna lappy A buat pemohonan. Jangan, takut-takut tertukar maklumat.
Kesimpulanya, kita tak sepatutnya menunding jari pada satu pihak saja padahal semua tu datang daripada kesilapan kita sendiri dalam mengisi pemohonan UPU. Zaman sekarang mungkin susah nak dapat di IPTA sebab orang pandai semakin ramai dan persaingan pun semakin sengit. Dan jangan bersedih kalau bukan rezeki kita untuk study di IPTA, mungkin lebih baik ALLAH tetapkan. Ala form 6, matrik, MARA dan IPTS kan ada??. Tak gitu?. Peace yaw ^-^V .
6 Comments
BERMINAT UNTUK MENJADI SPONSOR ?
ReplyDeleteKLIK LINK DI BAWAH.. :)
http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/05/pencarian-sponsor.html
TERIMA KASIH <3
mohon share yaa..kredit for u..thanks..
ReplyDeleteoh..rupanya macma nie..hhuhu..sedih la yg dapat result bagus tak dapat..huhu..tak ada rezeki la diaorang.. nice entry yea.. :)
ReplyDeleteSiti Nurazwaniza::)
ReplyDeleteShammira: Dipersilakan, asalkan ada kredit nama saya
Nana Liena. Rezeki ada dimana2
interesting entry, sgt brgune :)
ReplyDeleteada juga dengar cerita pasal ni... harap2 adik2 batch 96 dan seterusnya bersedia.. saingan makin sengit.. markah koko juga penting..
ReplyDelete