Salam Readership. Bajet 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 21 Oktober 2016. Tidak terkecuali PM jugak membentangkan belajawan 2017 bagi universiti awam. Agak menarik perhatian kami kerana kami sebagai pelajar juga tidak terkecuali terkesan akan bajet untuk universiti awam. Berikut adalah bajet 2017 bagi univeristi awam.




Potongan keseluruhan bagi kementerian pengajian tinggi sebanyak 9.31% (RM13.378 bilion - RM12.132 billion). Manakala bagi Universiti Awam telah berkurang sebanyak 19.23% dari RM 7.573 billion kepada RM 6.117 billion.

1. Universiti Malaya (UM)
Berkurang 20.24% (RM 463 juta kpd RM 370 juta)

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Berkurang 31.16% (RM 512.327juta kpd RM 352.700juta)

3. Universiti Sains Malaysia (USM)
Berkurang 27.99% (RM 542J-RM 390J)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Berkurang 29.68% (RM439J - RM308J)

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Berkurang 30.19% (RM415J - RM 290J)

6. Universiti Utara Malaysia
Meningkat 2.19% (RM 243J - RM248J)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Berkurang 23.02% (RM 529j - RM407j)

8. Univerisi Teknologi Mara (UITM)
Berkurang 25.2% (RM2.234B -RM1.671B)

9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bertambah 3.2% (RM142J - RM147J)

10. Universiti Tun Hussien On (UTHM)
Berkurang 4.54% (RM247J-RM236J)


Pandangan: Kalau tahun lepas bajet untuk universiti memang dah cut sikit, agak memberi kesan besar untuk universiti. Jadi univeristi terpaksa cari inisiatif untuk menjana pendapatan dan jugak mengalakkan untuk berjimat mengunakan fasiliti universiti. Ni bajet makin kurang, agak meruncingkan juga terutama pentadbiran universiti dan student. Tak mustahil student terpaksa mengeluarkan duit lebih demi menampung perbelanjaan universiti.

0 Comments