Hai uolls. Memadangkan sekali lagi kita akan menghadapi PKP  untuk kali ketiga, tambah pula time raya pulak tu. Mesti korang banyak masa terluang sampai tak tahu nak buat, maklumlah time PKP pun susah. I just nak memperkenalkan satu apps game ni, mungkin ada yang kenal masa PKP 1, nama dia Plato.

Apps Plato dia lain daripada apps game yang lain. Plato ni macam untuk orang tak reti main boleh main game. Kebanyakkan game kita dah biasa main masa kecik-kecik cumanya version maya. Dan yang best sekali korang boleh main game dengan kawan-kawan korang sekali walaupun jauh. Siap boleh chat tau

Boleh download dekat Apps dan Google Play Store


Dalam Plato ada macam-macam game macam bowling, archery, bankroll, ludo, basketball dan lain-lain. Macam contoh kat atas tu game BankRoll, game bankroll sebijik macam game jutaria tu. Cara untuk bermain-main ramai-ramai korang add username plato masing-masing dan  add mereka dalam satu group. Kemudian boleh start game yang korang suka.



Bermacam-macam game di Plato. Korang juga boleh main game dengan orang luar secara online tau. Plato antara best apps untuk mengisi masa PKP korang ni. Wajib try apps ni okay!


0 Comments