Nama: Ahmad Shahir B Zawawi


Tinggi:168cm

Berat: 67 kg

Adik-beradik: 5 orang

Pendidikan: Matrikulasi UIAM



Hobi: bermain futsal

Prinsip hidup: Usaha janji yang terbaik.

10 Soalan cepumas:

1. Syarat menjadi kekasih Shahir?

Shahir: Bila dah tiba waktunya nanti, saya nak kekasih yang sedap mata memadang, amat memahami diri dan karier saya. Saya tak kisah dia bertudung atau tak. Apa yang penting hatinya mestilah sentiasa jujur dalam perhubungan. Kalau boleh saya nak cari kekasih pilihan sendiri kerana ini soal masa depan saya. Tapi saya tidak menolak jika saya ditakdirkan bertemu gadis pilihan keluarga.



2. Bagaimana kalau Shahir tak sukakan seseorang?

Shahir: Elak bertemu denganya. Bimbang suasana bertambah tengag. Sejujurnya, saya tak suka bergaduh jadi kalau cari pasal, lebih baik saya menjauhkan diri.



3. Apa perkara pertama yang kamu pelajari sejak meninggalkan AF8 ?

Shahir: Oh, sungguh banyak benda baru yang saya pelajari. Antaranya ialah belajar untuk tidur dua jam sehari kerana komitmen terhadap karier, selain belajar untuk berdisiplin perihal masa.



4. Shahir menangis bila…

Shahir: Kalau tengok orang2 tua yang masih berkerja dan pergi kesana sini tanpa anak-anak menbantu. Saya sensitive sangat bila tengok anak2 yg biarkan ibubapa masih berkerja walaupun mereka tua dan uzur.



5. Dengar cerita kamu dan adira sedang mengenali hati budi masing-masing. Benarkah?

Shahir: Hehehe…mengenali hati budi macam mana tu?. Hakikatnya, kami mengenali budi atas dasar kerja saja. Tidak lebih daripada itu. Cinta bukan komitment saya buat masa sekarang. Kerja nombor satu!



6. Idola seni yang menjadi inspirasi dan mengapa?

Shahir: Jamal Abdilah. Saya memilihnya kerana terpegun dengan suara yang sukar untuk di cari ganti. Walaupun beliau sering diasak kontroversi, namun dia cukup steady dan masih popular hingga kini. Paling penting, suranya tidak berubah sejak dahulu hingga kini. Cayalah!

7. Andaikan bukan orang popular?

Shahir: Saya dah buka pusat futsal di Kampar, Perak. Ini memang cita-cita saya dan sebelum dapat Af8, saya dah mohon pinjaman bank. Sekarang benda ini terpaksa saya tengguhkan dahulu.



8. Rakan Af8 yang paling rapat dengan kamu?

Shahir: Daus kerana kami sekepala



9. Lima perkara tentang yang peminat tidak mengenali kamu?

Shahir: boleh memasak, sensitif, sukakan kanak-kanak, tak suka tengok perempuan menangis atau orang tua menangis n saya fobia dengan darah.



10. Kalau dapat hadiah sebuah pulau?

Shahir: Nak buka resort yang tak mahal. Saya nak buat konsep ala kampung. Mahu semua orang mampu datang. Tak macam resort lain yang ada sekarang yang mahal harganya kalau nak bercuti.



Sumber: mangga, URTV dan Remaja

0 Comments