Petang ini Qaseh belajar berkumpulan di rumah Hanita juga bersama Sarah. Maklumlah minggu depan mereka akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Mereka berbincang tentang subjek Matematik Tambahan dan Kimia. Sarah meghadapi masalah subjek Matematik Tambahan manakala Hanita pula masalah dengan subjek Kimia. Selesai berbincang, mereka bersembang sebentar bagi menghilangkan tekanan.




“Tak sangka awak pandai daripada kami, Qaseh. Baru beberapa minggu awak sekolah kat sini. Ramai orang kata awak lebik bijak daripada Fazura. Tak macam Fazura sombong lagi kedekut ilmu. Awak pula sudi berkongsi ilmu dengan semua orang. Jika perangai awak berterusan sebegini, saya yakin kuputusan SPM sekolah makin meningkat tahun depan.”puji Sarah. Kebenaran kata Sarah memang terbukti. Sebelum kehadiran Qaseh, Fazura selalu dipuji oeleh cikgu sekolahnya. Tetapi malangnya dia seorang yang agak sombong dan kedekut ilmu. Makin dipuji makin sombong.



“Tapi saya risaulah, saya lihat Fazura tu macam tak suka kepada saya.Saya tak berniat nak ambil perhatian daripada semua orang” kata Qaseh. Qaseh merasakan Fazura seolah-olah iri hati sejak Qaseh berpindah di Sekolah Menengah Sri Bangsar. Tetapi itu semua sangkaan Qaseh sahaja. Jikalau tidak seperti sangkaannya, dia berasa lega. Dia tidak mahu ada orang iri hati terhadapnya.



“Memang patut kalau Fazura tu iri hati kat awak. Biar dia sedar dengan perangainya. Sebagai seorang yang berilmu janganlah sombong. Tapi Cik Qaseh makin pandai makin kasih dengan Cik Qaseh ni kan”gurau Hanita.



“Dah nama ini ibu bapa saya yang beri, saya terima. Hari dah nak malam ni saya kena balik dulu. Nanti mak saya risau. Jumpa esok ya”kata Qaseh sambil berjalan ke arah basikalnya.



◊◊◊

0 Comments