dugaan dan kejayaan
Beberapa jam sebelum mengambil keputusan PMR, Zainisha Amanina dan juga kawan-kawanya berdebar – debar menunggu keputusan. Keputusan mereka juga akan menentukan ke mana halatuju mereka ke aliran pelajaran mereka di tingkatan empat mana ataupun ke sekolah berasrama yang lain. Dalam menunggu keputusan, fikiran Amanina masih melayang entah kemana.
“ Nina, awak belajar bersungguh-sungguh bila saya tiada nanti. Sebab awaklah pelajar harapan di dalam kelas ini. Kalau boleh, awak gantikan tempat saya sebagai ketua kelas ni”. Itulah kata-kata terakhir Muzafar kepada Amanina. Amanina fikir kata-kata Muzafar hanya gurauan semata-mata. Lagipun Muzafar kadang kala selalu bergurau denganya.
Ketika Muzafar keluar dari perkarangan sekolah, Muzafar telah dilanggar oleh sebuah kereta. Amanina langsung tidak menyangka kawan baiknya sejak kecil, Muzafar akan meninggalkannya buat selama-lamanya. Selama ini lelaki itulah selalu menberi semangat untuk dia mencapai 8A dalam PMR. Kematian Muzafar menbuatkan pelajar dan guru kelas tiga Cempaka turut terasa kehilanganya. Muzafar merupakan ketua kelas yang berdidikasi. Atas amanah Muzafar, Amanina telah menjadi ketua kelas yang selama ini dipegang oleh Muzafar.
Air mata Amanina jatuh ke bumi apabila mengimbas kembali mengenai detik kematian Muzafar. Mazafar sepatutnya menduduki peperiksaan dan mendapat keputusan PMR bersama-sama pada tahun ini. Tetapi, itulah dinamakan ketentuan Allah terhadap hambanya.
Selepas beberapa bulan kematian Muzafar. Guru kelas mereka iaitu Cikgu Norisha pula meninggal dunia akibat barah otak. Pelajar tiga Cempaka tidak tahu selama ini Cikgu Norisha menghidap penyakit barah otak. Sebenarnya Cikgu Norisha sepatutnya menjalani pebedahan pada bulan Febuari, tetapi Cikgu Norisha enggan dan menangguhkan pebedahan pada hujung tahun ini kerana beliau ingin menumpukan pengajaran kepada pelajar kelas tiga Cempaka yang lemah dengan subjek Bahasa Inggeris. Beliau mahu semua pelajar kelas tiga Cempaka lulus subjek Bahasa Inggeris yang beliau ajar.
“Cikgu mahu kamu lulus dan cemerlang dalam PMR. Tak susah jikalau kamu berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dan cemerlang kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”pesan Cikgu Norisha telah menjadi pegangan pelajar kelas tiga Cempaka. Beliau telah memberi dorongan dan bimbingan kepada pelajar tiga Cempaka.
Kehilangan Cikgu Norisha dan Muzafar menbuatkan pelajar tiga Cempaka terasa terpukul. Dua insan ini telah banyak berjasa kepada pelajar tiga Cempaka. Pada awalnya, kehilangan dua insan ini menbuatkan pelajar kelas tiga Cempaka berputus-asa untuk berusaha. Namun Amaninalah telah merbuatkan mereka berubah.
“Kenapa kamu semua cepat mengalah?. Bukankah pelajar tiga Cempaka ini tidak berputus-asa?. Jika mereka berdua tahu keadaan pelajar tiga Cempaka begini tentu mereka sedih melihat keadaan kamu semua yang sudah berputus asa. Sedarlah, mereka telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Mana semangat pelajar tiga Cempaka?”. Kata Amanina mebuatkan mereka pelajar tiga Cempaka sedar. Semangat belajar mereka mula meningkat sehingga mereka menghadapi peperiksaan PMR. Semua guru sekolah ini juga kagum melihat kesungguhan perlajar kelas ini untuk mencapai keputusan yang terbaik
‘’Amanina kenapa awak termenung lagi, cikgu suruh pergi dewan. Awak tak dengar ka?”kata Suria menyebabkan Amanina tersedar dari lamunanya. Dia melihat seolah-olah mengimbas kembali kisah sedih rakanya itu
“Awak janganlah sedih. Saya tahu apa yang awak rasa. Jom kita pergi, ambil keputusan dekat dewan”pujuk Syarifah. Sememangnya mereka berdua sangat mengerti perasaan Amanina. Susah dan senang mereka lalui bersama.
Mereka bertiga menuju ke dewan bersama-sama. Perasaan berdebar-debar menyelubungi hati mereka. Hasil usaha mereka dalam setahun ini akan diketahui apabila mendapat keputusan nanti. Perlahan-lahan mereka menlengkah sehingga mereka memasuki dewan. Setibanya mereka disana mereka menuju ke Cikgu Taufik. Sebelum mereka memasuki dewan, mereka diberitahu bahawa Cikgu Taufik akan mengantikan Cikgu Norisha untuk mengumumkan keputusan pelajar tiga Cempaka. Begitu juga dengan kelas lain, guru kelas mereka juga mengumumkan keputusan mengikut kelas masing-masing.
Satu persatu-satu nama pelajar tiga cempaka disebut. Rata-rata mereka mendapat keputusan 4A ke atas . Begitu juga Suria dan Syarifah, masing-masing mendapat 7A yang mendapat keputusan yang paling cemerlang di kelas itu setakat ini. Amanina pula semakin berdebar-debar, maklumlah dialah orang terakhir mendapat keputusaan PMR dalam kelas ini.
“Zainisha Amanina Bt Ahmad, tahniah walaupun kamu kelas pertengahan tetapi kamu berjaya mendapat semua A dalam PMR. Beri tepukan gemuruh kepada Zainisah” ucap cikgu Taufik dengan begitu bangga dengan kejayaan anak muridnya itu. Kedengaran suara pelajar 3 Cempaka agak riuh. Masing-masing begitu kagum dengan kejayaan Zainisah. Mereka tidak menyangka ada pelajar dari kelas pertengahan ini mendapat 8A dalam PMR. Lantas mereka saling mengucapkan tahniah kepada Zainisah. Mereka bangga kerana rakan mereka mendapat keputusan yang cermelang.
Zainisah begitu bangga sekali atas kejayaanya itu. Ini kerana berkat usaha, tujuk ajar guru dan rakan dan juga doa. ”Ya Allah, terima kasih kerana engkau menberi nikmat kejayaan ini kepada hambamu ini. Ku juga bermohon agar engkau menberikan ketenangan di sana kepada mereka yang banyak berjasa kepadaku iaitu Muzafar dan Cikgu Norisha. Tempatkanlah mereka ini kepada orang yang beriman. Amin”.
0 Comments