Apabila sang lelaki minat korea
Di petang yang agak mendung ini, maka cik mila tengah keadaan boring yang teramat sangat maka tiba-tiba ja cik mila tambah entri baru,ngee. Seperti korang tahu kan, kebayakan artis korea amat digemari oleh gadis-gadis kat Malaysia nie kan?contohnya Kim bum, SNSD, 4minute and bigbag(sekadar cik mila tahu lar, sebab cik mila nie minat sangat, tapi lagu depa gempak lar). Tapi kalau golongan makcik-makcik langsung tak minat korea, bahkan mereka samakan korea tue macam jepun. Mereka pun pelik dengan anak dara mereka asyik dengan lagu korea ja. “Hiss, pening betul dengan perangai anak aku ni, 24 jam korea. Macam lah faham sangat bahasa depa tu”mungkin itu persoalan yang ada dikepala golongan makcik2 nie.
Golongan anak teruna teruna juga tak terkecuali minat korea, tapi sangat sedikit. Yelah mereka bukan duduk kat rumah 24jam, asyik nak melepak je haha(tak semua).Tak da masa nak dengan korea nieh. Ada yang cakap “aku tak main la dengan korea nie, tak gentleman lar”. Amboi sombongnyer. Lelaki yang minat korea mungkin minat style korea, gaya tari dan lagu la. Contoh artis malaysia yang minta korea ialah Erul AF9. Memang artis nie fanatik la sangat-sangat dengan korea.
Bercerita pasal lelaki yang tak minat korea nie, lawak lar bila dia jumpa awek minat korea, maka terpaksa la lelaki ini minat korea demi memenangi hati si awek ini. Aik kata tak minat korea. Namapak beno nipunya(ayat dalam hantu kak limah). Kalau bermesej dengan si awek nie pakai bahasa korea, maka pening la si pakwe tue,kahkahkah. Lagi satu dia terpaksa la kenal dan tahu lagu, artis dan style kpop nie. Sampai rambut pun nak diikutnya style korea, demi si awek nielah.
So, moral of the story lar,jangan cakap besar la.Secondly, jadi la diri sendiri, jangan sebab orang lain nak jadi bukan diri sendiri, kalau nak berubah ke arah kebaikan takpa la. Then, si awek tue janganlah paksa si pakwe tue minat kpop, kesian....Nampak beno tak boleh terima atas kekurangan dirinya. Jadi, dalam perhubungan tue biarlah be your self.
1 Comments
saya pun penah ada awek yang suka korea,tapi saya terus terang je cakap kat dia saya tak minat korea dan saya tak mahu pura-pura minat benda yang saya tak minat tu.
ReplyDelete