Fazura masih tercari-cari Qaseh di pondok bas. Kali ini dia perlu menberi amaran kepada Qaseh supaya tidak mengugat kedudukan dia di dalam kelas. Bagi Fazura, Qaseh telah merampas apa dia miliki selama ini. Sekarang Qaseh pula sering dipuji, manakala Fazura pula semakin terpinggir. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Setelah lama menungu di pondok bas akhirnya Fazura nampak kelibat Qaseh.

“Qaseh!!mari sini. Aku nak cakap sesuatu”agar lantang suara Fazura. Kelihatan Qaseh menuju ke arah Fazura.

“Ada apa Fazura?”tanya Qaseh terpinga-pinga.

“Qaseh, aku nak bagi amaran. Kau jangan tunjuk pandai kat cikgu. Selama ni kau saja nak sakitkan hati aku kan?. Kau ingat tak kenapa buku latihan Bahasa Melayu kau hilang. Sebab aku yang sorokan buku tu. Faham?”. Agak keras suara Fazura.

“Sampai hati awak buat saya macam tu. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati awak”. Qaseh begitu terkejut dengan perubahan Fazura. Selama ini dia tidak menyangka Fazura bersikap bergitu. Tiba-tiba dua rakan sekelasnya iaitu Hanita dan Sarah telihat Fazura memarahi Qaseh.

Rupa-rupanya mereka telah mendengar perbualan antara Fazura dan Qaseh. Fazura yakin tentu mereka berdua akan melaporkan kejadian ini kepada Cikgu Rizman. Kemudian Fazura lari dan terus melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan. Qaseh terlihat sebuah kereta waja hampir melanggar Fazura.

“Fazura!!. Hati-hati ada kereta”.Jerit Qaseh. Tanpa berfikir panjang Qaseh terus melintas dan menolak Fazura ke pinggir jalan.

“Qaseh!!”jerit Fazura apabila melihat Qaseh dilanggar oleh sebuah kereta dari arah kanan.

◊◊◊

“Qaseh, maafkan saya ya. Selama ini saya telah banyak buat jahat terhadap awak”suara Fazura agak terisak-risak. Kerana Qasehlah, dia tidak dilanggar tetapi Qaseh pula menjadi mangsanya. Sekarang Qaseh terpaksa menerima rawatan akibat dilanggar kereta. Mujurlah Qaseh mengalami kecedaran yang tidak serius. Lagipun pemandu kereta waja itu pun tidak memandu dengan laju cuma terlanggar sedikit sahaja.

“Awak janganlah macam tu. Mungkin ada hikmahnya. Sekarang kita kawan. Betul tak Hanita dan Sarah”ucap Qaseh yang agak lemah di atas kantil.

“Kami dah maafkan awak. Jangan risaulah”kata Hanita.

“Sebab awak pandai daripada saya daripada dalam kelas. Saya dengki kat awak. Rasa kelakar pun ada”kata Fazura. Bila difikirkan balik, dia tidak patut melakukan perkara sebegitu kepada Qaseh. Semua itu kerana Qaseh lebih banyak berusaha berbanding Fazura yang dulu tidak sudi berkongsi ilmu dengan kawannya padahal semakin dikongsi semakin bertambah ilmu. Sesungguhya manusia harus mengikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.


Tamat.

P/s:ok tak cerpen cik mila tulis??mungkin terok kowt, hehe. Ni first cerpen cik mila tulis..Kalau korang tak pernah baca cerpen ni sila kilik label ceritera tau.


0 Comments