Sempena hari bapa yang menjelang beberapa hari nie, Cik Miela tulis satu cerpen sempena Hari Bapa...cer bace........


Sekali pandang melihat wajah Ayah, perasaan benci mula membara didalam hatiku ini. Aku sering mengingkari kata-kata Ayah, malah setiap hari sering saja aku menimbulkan api kemarahan dalam diri ayahku . Mungkin pandangan orang, aku ini anak derhaka. Tetapi aku menpunyai sebab mengapa aku begitu benci dengan insan bergelar Ayah.

Kisahnya bermula ketika ibuku nazak di rumah usang , dimana kami sekeluarga tinggal di situ. Kami memang bukan golongan berada. Kehidupan Ibu dan Ayah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun sikap ayahku yang rajin menyimpan wang menbuatkan aku dan ibuku bangga mempunyai ayah dan suami yang rajin menyimpan wang.

Perasaan kagum terhadap ayahku mula berubah apabila Ayah begitu enggan menbawa ibu ke hospital walaupun ibu sedang nazak akibat penyakit darah tinggi ibu itu. Bagiku ayah sangat kedekut mengeluarkan wangnya untuk merawat ibu yang hanya menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya walaupun pada mulanya ayah ingin membawa ibu ke hospital.Ibu yang berada dalam keadaan nazak tidak dapat berkata-kata apa-pun, kerana suaranya hilang ketika itu. Aku begitu sedih melihat keadaan ibu dalam keadaan begitu.

Akhirnya ibu menutup mata buat selama-lamanya.Hatiku begitu sebak apabila ibu meninggal di sisiku. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku pada masa itu. Sejak hari itu aku mula menbenci ayahku, bagiku jika Ayah sempat menbawa ibu ke hospital sudah tentu ibu masih hidup sehingga hari ini. Namun aku terpaksa tinggal bersama ayahku kerana amanat dari ibu supaya tinggal bersamanya.

Aku yang dulunya seorang anak yang baik kini berubah menjadi anak derhaka. Aku tidak lagi selalu berada di rumah usang itu sebaliknya aku banyak meluangkan masa bersama-sama Azrin dan Mohsin. Aku sering melakukan aktiviti yang tidak berfaedah bersama-sama mereka. Sehingga aku sanggup mencuri barang di kedai ruuncit Pak Kassim. Ini semuanya pengaruh dari rakanku. Egoku begitu tercabar jika ada rakan menacabarku melakukan sesuatu yang tidak elok.

Kisah aku berkawan dengan budak jahat mula tersebar di seluruh kampung.Tambah-tambah lagi apabila mereka tahu bahawa akulah mencuri barang di kedai runcit Pak Kassim. Namun, aku pekakkan saja telingaku. Ayah pula makin hari makan panas telinga mendengar kutukan daripada orang kampung.

Sehinggalah pada suatu hari ketika ayah hendak pulang ke rumah selepas mencari rezeki di samudera. Orang kampung sekali lagi menberitahu bahawa aku melakukan perkara yang tidak enak didengar setelah telah mencuri sebuah motosikal Pak Ramli.

“Anak kau, Hisham tu dengan budak-budak jahat tadi curi motosikal aku. Kau hanya tahu cari rezeki di laut saja. Ajar anak pun tak tahu. Kau pesan anak kau supaya pulangkan balik motosikal aku tu”Herdik Pak Ramli.

“Tak mugkin la, Ramli. Aku kenal anak aku itu. Sejahat-jahat anak aku, dia tidak akan curi motosikal orang. Mungkin, kau silap orang agaknya. “jawab Ayah. Bagai tidak percaya kata-kata Pak Ramli.

“Kau ingat aku ni rabun kah?Aku nampak anak kau pakai baju merah putih. Kau pun tahu anak kau sudah berubah sejak berkawan dengan Azrin dan Mohsin. Teserahlah kalau kau tak percaya. Tetapi aku akan tetap akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis jika si Hisham tak pulangkan motosikal aku” terang Pak Ramli dengan bersunggug-sungguh.

“Baiklah Ramli, bila balik ke rumah nanti, tahulah saya kerjakan budak tu”. Muka Ayah begitu merah padam mendengar kata Ramli. Sejak bergelar ayah tunggal, ayah semakin pening dengan perangaiku yang memalukan itu. Setibanya di rumah, ayah terus memarahiku. Ketika itu aku sedang asyik tidur.

“Bangun, Hisyam!!. Ayah nak tanya, kamukah yang mencuri motosikal Pak Ramli?. Jawab!!”marah ayah begitu menbara. Sudahlah menggangu aku ketika tidur, lalu memarahiku.

“Apa ayah ni. Ganggu orang tidur saja. Kalau ayah nak tahu sangat, ya memang saya curi motosikal Pak Ramli tu. Puas?”jawabku tanpa rasa bersalah langsung. Ayah begitu marah sekali mendengar jawapanku. Panggg,satu tamparan datang ke pipiku

“Kau memang biadap. Ayah dan arwah ibu tak pernah ajar kamu biadap dengan orang tua”kata ayah yang begitu beremosi.

“Ayah yang salah. Dulu masa ibu sedang nazak, ayah tak bawa ibu ke hospital walaupun wang simpanan ayah mampu merawat ibu. Ayah sajakan nak ibu mati?”jawabku lalu aku dengan rasa marah terus keluar dari rumah. Aku benci ayah.

Sejak itu, dalam beberapa hari aku tinggal bersama Azrin. Aku tidak mahu lagi melihat muka ayah. Lagipun rumah Azrin agak jauh dari rumahku.Tiba-tiba datang Pak Ramli ke rumah Azrin. Aku ingat Pak Ramli ingin memarahi aku,rupa-rupanya dia ingin mengkhabarkan bahawa ayahku meninggal akibat lemas di laut.Deraian manik-manik putih menitis dipipiku apabila dengan khabar sedih ini.Di tambah pula apabila Pak Ramli meberi sepucuk surat kepadaku. Menurut Pak Ramli, sebelum ayah meninggal, ayah ingin menberi surat itu kepadaku agar pulang ke rumah.Lantas aku menbacanya..

“Hisham. Pulanglah. Ayah minta maaf atas kekasaran ayah terhadap kamu, Hisyam. Ayah tahu ayah begitu banyak salah dan selalu mengabaikan kamu kerana ayah begitu sibuk mencari rezeki di laut. Tapi ayah ingin kamu tahu bahawa ayah sangat sayangkan ibu kamu. Ayah tidak membawa ibu ke hospital kerana ibu kamu sendiri yang mahu melepasakan nafas terakhir di rumah kita. Ibu juga meminta Ayah agar wang simpanan itu digunakan untuk menanggug kehidupan kamu. Daripada: Ayah”

Aku begitu menyesal mengingkari kata-kata ayah selama ini. Aku menyesal kerana menbenci darah dagingku sendiri iaitu Ayah. Maafkan aku Ayah.

Ditulis oleh: CIK MIELA

0 Comments